BAB 4🦋

472 16 0
                                    

Keesokkan harinya Airis meneruskan kehidupannya sebagai seorang pelajar.

Dia masuk ke kelas dan duduk di kerusi dan membuka komputer ribanya.

Tiba-tiba Airis teringatkan lukisan yang menerik minatnya dan identiti pelukis yang masih misteri itu menjadi tanda tanya.

Airis mengambil keputusan ingin mencari maklumat tentang lukisan itu di Google pada komputernya. Malangnya hanya maklumat ringkas sahaja.

Airis terkesan lukisan itu kena dengan tugasannya akan tetapi maklumat lebih mendalam sukar untuk diketahui.

Lukisan itu ada maksud yang tersendiri yang sukar digambarkan.

Tiba-tiba Mia menegur Airis dan menyebabkan Airis terkejut.

Mia melihat komputer Airis apa yang khusyuk sangat Airis kepada skrin laptopnya dan Mia pelik kenapa Airis mencari tentang lukisan itu.

Mia cuba mengingati dimana dia pernah melihat lukisan itu  dan baru dia teringat lukisan misteri di Balai Seni Negara itu.

“Ni kan lukisan yang ada dekat Balai Seni Negara tu kan?”

“Hm… cantikkan? Ada makna tersirat tentang lukisan ini. Teknik warna dan warna digunakan semua kena dengan perasaan yang ingin diluahkan oleh pelukis.”

“Cantik-cantik karya dia, tapi malang pelukisnya misteri hanya dikenali sebagai Ad.”

Mereka melihat lukisan-lukisan itu dan mereka terus leka dengan dunia mereka sendiri kerana ingin memahami maksud sebalik lukisan.

Ketika mereka leka tiba-tiba telefon bimbit Mia berbunyi dan nama tertera adalah Angah iaitu Aisy Daiyan.

“Asslamualaikum Mia. Kau balik nanti aku jemput tau, Bonda sibuk tak sempat nak jemput kau.”

“Waalaikumsalam, eh… tak apalah Mia balik dengan kawan je lah. Lagipun dah berjanji dengan dia nak siapkan kerja sikit.”

Mia dan Airis telah berjanji akan balik bersama-sama kerana pulang lewat sikit kerana ingin menyiapkan tugasan.

“Kawan lelaki ke perempuan?” tanya Aisy biasalah soalan tipikal seorang Abang.

Abangnya tidak suka lelaki dekat dengan Adiknya kerana dia tahu mereka hanya mahu mengambil kesempatan atas kesenangan Adiknya.

“Perempuanlah! Airis namanya.”

Bengang Mia apabila dituduh Abangnya. Ingat dia nak sangat keluar dengan lelaki lambat lagi lah ceritanya.

“Hm… ye lah, balik rumah terus jangan nak melencong tempat lain bising Bonda nanti.”

Dia bukan tidak tahu perangai Adiknya selalu pergi ke tempat lain. Pantang ada peluang.

Aisy ditugaskan oleh Bondanya untuk mengambil Adiknya hari ni kerana Bondanya sibuk di rumah anak yatim menganjurkan program.

Setelah puas berbual dengan Abangnya dia meneruskan kerjanya. Sempat Airis menanyakan siapa yang menelefonnya tadi.

“Kau rasa pelukis ni orang sini ke orang luar?” kata Airis tiba-tiba kepada Mia.

Airis tertanya-tanya tentang pelukis misteri itu kerana sukarnya mahu mendapat maklumat tentang pelukis misteri itu.

Pelukis itu seperti menjaga kemas rahsia dan identitinya. Rendah diri betul.

“Mungkin orang sini, kenapa kau beria nak tahu pasal pelukis tu?”

Mia pelik kenapa kawannya sorang ni Beria mahu mencari maklumat tentang pelukis itu.

“Entah bila aku tengok satu lukisan tu aku macam berminat dan lagi buat aku nak tahu siapa pelukis tu. Kau rasa lelaki ke perempuan?”

Aisy Daiyan: Duda Hot [OG]Where stories live. Discover now