BAB 2🦋

613 15 1
                                    

Aisy memandu kereta Maserati Quattroporte dan menuju ke destinasi iaitu Kafe yang sering dia kunjungi bersama dengan rakan-rakannya.

Walaupun umur mereka berbeza akan tetapi Aisy selesa dengan mereka kerana mereka jujur dan ikhlas serta ada ketika susah mahupun senang walaupun perangai mereka gila-gila. Maklumlah Aisy lagi tua dari mereka dan lebih matang.

Tanpa mereka tidak cerialah hari-hari Aisy. Ada sahaja benda mereka buat untuk hiburkan Aisy walaupun kadang-kadang sakit hati dan tak terlayan perangai gila mereka.

Lagipun mereka telah berkawan dari zaman persekolahan di peringkat menengah dan mereka berpisah ketika Aisy mengambil diploma dan bertemu semula di universiti yang sama walaupun berbeza peringkat pelajaran.

Aisy keluar dari kereta dan menuju ke pintu Kafe dan mencari kelibat sahabatnya namun tiada.

Oleh itu, Aisy mengambil keputusan untuk membuat pesanan dan mencari tempat duduk sementara menunggu raka-rakannya.

Pemilik kedai dan pekerja yang telah lama berkerja di Kafe itu telah kenal dengan pelanggan tetap mereka. Aisy boleh dikatakan adalah pelanggan tetap mereka.

Aisy sering mengunjungi Kafe jika dia pulang ke Malaysia.

Seorang pekerja lelaki disitu menegurnya dan bertanya kenapa dah lama tidak mengunjungi Kafe ini bersama rakan dan Aisy memberi jawapan yang dia kerja di luar.

Aisy suka Kafe ini kerana tidak ramai orang dan makanan serta minuman disini sedap kena dengan tekaknya.

Ketika Aisy sedang menikmati minumannya rakannya Adam menyapanya dari arah belakang, nasib baik tak tersedak dan tertumpah minuman itu.

Dia terus memandang siapakah gerangan yang menegurnya.

“Kau ni kalau aku mati tersedak siapa nak tanggung.”

Aisy bengang apabila dia dikejutkan begitu kalau membawa maut dah satu masalah.

“Sorrylah bro, aku ingat kau perasan”
Adam mengambil tempat duduk dan memanggil pelayan untuk memesan makanan dan minuman.

“Ni Zain dengan Khalif mana?”

Aisy pelik lamanya mereka mengambil masa untuk ke sini.

“Manalah aku tahu.”

Aisy pelik takkan Abang sendiri tidak tahu dimana. Tahulah masing-masing sibuk bekerja.

Adam membuat pesanan dan menyambung berbual dengan Aisy.

“Kalau Zain aku fahamlah kau tak tahu, kalau Khalif tu aku pelik. Kau kan adik dia?” sambung Aisy apabila Adam telah siap membuat pesanan.

“Manalah aku tahu dia pergi kerjalah tu.”

Setelah beberapa minit makanan Adam tiba dan mereka makan bersama-sama sementara menunggu yang lain.

Keadaan kembali sunyi kerana masing-masing menikmati makanan

Ketika mereka berdua sedang menikmati makanan Zain dan Khalif datang dan kebetulan Aisy sudah habis makan.

“Assalamualaikum sahabat-sahabat yang melupakan sahabatnya sendiri.” Ujar Khalif memerli Aisy.

“Waalaikumsalam.” Jawab mereka berdua serentak.

Aisy tahu Khalif memerlinya akan tetapi dia lebih memilih untuk mendiamkan diri malas mahu berbahas.

Mereka duduk di kerusi yang masih kosong dan memanggil pelayan untuk membuat pesanan.

Ketika sedang leka berbual Aisy perasan dengan perubahan sikap Zain yang diam dan macam memikirkan masalah riak muka pun lain.

Aisy Daiyan: Duda Hot [OG]Where stories live. Discover now