BAB 7🦋

390 16 0
                                    

Aisy tiba di sebuah Mall kerana dia ada meeting dengan Syarikat Adlan’s.

Mereka akan bertemu di Kafe Starbuck. Aisy yang mencadang tempat itu kerana dia belum makan lagi dan kebetulan orang yang Aisy mahu jumpa ada di kawasan berdekatan.

Aisy mencari di mana terletaknya Kafe Starbuck itu dan setelah menjumpai Kafe itu dia mencari kelibat Aisar dan Ammar iaitu orang yang akan berurusan dengannya.

Walaupun tidak kenal dia pasti mereka pasti berpakaian formal akan tetapi disitu tiada seorang pun memakai pakaian formal kecuali dia.

Setelah tidak menjumpai Aisy mengambil keputusan untuk membuat pesanan air  dan makanan sementara menunggu mereka berdua.

Aisar dan Ammar mencari Tengku Aisy Daiyan COO Syarikat AD legacy. Siapa sahaja tidak kenal syarikat terkenal dalam dunia perniagaan itu. Semua berebut untuk bekerjasama dengan syarikat itu.

Aisar dan Ammar menegur Tengku Aisy yang sedang leka melihat telefon bimbit. Mereka pernah melihat muka Aisy di majalah akan tetapi takut salah orang, takut tertegur pelanduk  dua serupa.

“Assalamualikum, Tengku Aisy?” soal Aisar takut salah orang buat malu sahaja.

“Waalaikumsalam, ya saya.” Balas Aisy selepas dengar orang menegurnya dan kelihatan dua orang menegurnya.

“Kami dari Syarikat Adlan’s, saya Aisar dan ini Ammar.” Kata Aisar dan mereka teruskan perbincangan mereka untuk bekerjasama.

Pelbagai pandangan dan cadangan dibincangkan bersama bagi menjayakan projek bersama.

Walaupun perangai mereka berdua gila-gila akan tetapi jika waktu kerja mood bertukar serius dan beku.

Setelah selesai berbincang dan bersetuju mereka makan tengah hari bersama dan berborak kosong.

Ammar membuat pesanan di kaunter dan sementara Aisar berbual-bual dengan Aisy.

Setelah itu, mereka mahu pulang dan ketika hendak keluar dari kafe itu Ammar melihat seorang perempuan menggeletar dan seorang lagi cuba menenangkan.

Ammar cuba mengenalpasti adakah benar itu Adiknya. Setelah kenalpasti dia terus memanggil Aisar yang sedang berbual dengan Aisy dan memberitahu tentang Adiknya.

“Wei Along, Aku rasa itu Airiskan.” Kata Ammar sambil menunjuk ke
arah keberadaan Airis yang sedang menunduk dan menangis manakala, Aisar dan Aisy mencari dan hanya melihat sama ada betul ataupun tidak.

Aisy berkerut melihat kelibat Adiknya juga berada disitu. Dia tertanya-tanya kenapa dengan Airis putus cinta ke.

Tanpa membuang masa mereka bertiga menuju kearah Airis. Aisy hanya berada di belakang kerana tidak mahu masuk campur hal keluarga.

“Adik kenapa dengan kau?” lepas sahaja Aisar berkata kepada Airis, Airis memandang Abangnya dan belum sempat menjawab terus pengsan.

Ammar terkejut dan terus mencempung Adiknya pergi ke Hospital. Aisar mengikut dari belakang.

Orang sekeliling mahu membantu akan tetapi dihalang oleh Aisar kerana mereka sendiri akan uruskan Adiknya.

Mia dan Abangnya turut mengikuti mereka dengan menggunakan kereta Aisy. Aisy bertanya kepada Adiknya apa yang berlaku.

“Apa yang terjadi dekat kawan kau tu? Putus cinta ke?” soal Aisy sambil memandu.

“Tak lah, macam mana nak cakap cuba Abang tengok ni.” Kata Mia kepada Abangnya sambil menunjukkan kertas-kertas yang Airis dapat apabila telah tiba di hospital.

Aisy membaca semuanya dan Aisy terkejut siapa stalk Airis dan Psiko. Aisy berkata ini kes serius dan perlu buat laporan polis. Takut sesuatu yang tidak diingin berlaku.

Aisy Daiyan: Duda Hot [OG]Where stories live. Discover now