Aisy bangun awal pagi dan solat subuh dan dia banyak meluahkan perasaanya kepada Tuhan kerana dia takut membuka hati pada seseorang dan takut dikhianati lagi.
Dia juga takut diri dia kembali di fasa dia jatuh yang hanya berkurung.
Aisy bersiap-siap untuk pergi ke tempat kerja. Pakaian yang segak meningkatkan aura seorang Tengku Aisy Daiyan yang menarik ramai gadis kerana ketampanan.
Dari rupanya tidak terlihat seperti umurnya 36 tahun, dia kelihatan seperti 20-an akan tetapi dia tidak suka akan kaum hawa itulah Aisy.
Aisy segak mengenakan kemeja hitam, kod hitam, jam tangan hitam serta semualah hitam. Warna hitam merupakan warna kegemarannya.
Aisy turun untuk sarapan pagi sebelum ke tempat kerja dan kelihatan Ayahandanya telah ada di meja makan.
Dia duduk di sebelah Ayahandanya dan tiba-tiba Adiknya datang ke meja makan dalam keadaan orang baru bangun tidur dengan rambut kusut masai mengejutkan orang yang berada di meja makan.
“Kau ni dah gosok gigi? Mandi? Dah tak rupa orang dah macam rupa zombie pun ada, rupa hantu kak limah pun ada dah aku tengok.
Kambing pun tak macam ni.” Perli Aisy kepada Adiknya yang seperti orang gila di tepi jalan.
“Bisinglah kau ni, aku tidur lambat siapkan assignment lepas subuh aku baru aku tidur. Lepastu Bonda suruh bangun.”
Selepas itu, kelihatan Bondanya seperti singa kelaparan di belakang Adiknya.
Aisy tahu yang Bonda kejutkan Adiknya yang tidur mati. Kalau letak bom dekat tepi pun belum tentu sedar.
Tiba-tiba Ayahandanya bertanya kepada Aisy supaya tidak terus mengusik Adiknya.
“Ni kamu masuk pejabat hari ni kan? Ni pembantu peribadi kamu dah ada? Kejap lagi pergi ke pejabat Ayahanda nanti Ayahanda kenalkan Aisy kepada pekerja.”
“Haah… dah, Zain jadi pembantu peribadi Aisy. Haa ok Ayahanda.”
“Dia tak kerja ke? Bukan dia dah ada kerja ke?” soal Ayahandanya sambil menghirup kopi.
“Dah berhenti. Alang-alang dia cari kerja dan susah nak dapat Aisy ambillah dia. Dia tak kisah.”
Keadaan meja kembali sunyi dan tiba-tiba Bondanya menegur Aisy yang sedang menikmati bihun goreng yang di masak oleh Bondanya.
“Haih anak Bonda segak sangatlah, ni kalau perempuan tengok mesti cair.”
“Apa Bonda ni Aisy biasa sahaja, tak handsome mana pun. Ramai lelaki dekat luar tu lagi handsome dari Aisy, Aisy dah tua mana handsomenya.”
“Kembanglah tu, menyampah.” Kata Mia tiba-tiba. Dia tidak nafikan yang Abangnya memang handsome walaupun sudah berumur.
Biasalah seorang Mia mana boleh biarkan Abangnya bahagia.
“Cemburulah tu? Ni kau tak ada kelas ke?”
“Hello ni Tengku Aira Damia mana ada cemburu. Banyak je lelaki nak kan aku. Hari ni tak ada kelas. Aku nak siapkan tugasan lepastu nak Qada tidur.”
“Hish kamu ni! Anak dara jenis apa tidur meninggi hari tak elok, cubalah tolong Bonda memasak.” Sampuk Bondanya kegeraman apabila mendengar pernyataan anak daranya.
“Padan muka. Nanti kau kahwin kau nak bagi suami kau makan apa? Pasir? Telur hangus?” perli Aisy.
“Nantilah aku belajar sekarang ni study lagi kan. Lambat lagi rasanya nak kahwin. Jodoh pun sesat lagi.”
Selepas selesai menikmati sarapan, Aisy dan Ayahandanya bertolak pergi ke pejabat.
Aisy memandu keretanya kerana mudah untuk ke mana-mana.
YOU ARE READING
Aisy Daiyan: Duda Hot [OG]
Storie d'amoreSIPNOPSIS Airis Amani seorang yang ambivert, cantik, pandai dan disenangi oleh orang sekeliling. Ramai lelaki cuba mengambil hatinya namun dia tidak mahu kerana ingin fokus belajar dan kukuhkan ekonomi dahulu baru fikirkan tentang kahwin. Jika jodoh...