BAB 14🦋

351 16 0
                                    

Keesokkan harinya Airis pergi ke kelas seperti biasa dan dia pelik kenapa dia rasa tak sedap hati.

Ketika waktu rehat dia rehat bersama Mia. Dia ada mengatakan pada Mia yang dia tak sedap hati. Mia hanya balas InshaAllah tak ada apa-apa perkara buruk berlaku.

Selepas apa yang Airis kata pada dirinya dia perlu berhati-hati dia takut firasat Airis betul. Mia takut lelaki psiko itu muncul semula.

Ketika mereka mereka di kafeteria, tiba-tiba ada seorang perempuan memberi surat kepada Airis. Belum sempat bertanya dari siapa perempuan itu berlalu pergi.

Mia dah rasa lain apabila melihat riak muka Airis seperti ketakutan.

Tanpa membuang masa Airis membuka surat itu untuk melihat apa yang terkandung.

“Nice to meet you Airis, I just want to confess yang I like you.”-surat misteri

“Kau rasa dia orang yang sama ke?”

“Aku tak tahulah Airis apa kata kau cakap dengan Abang-abang kau pasal ni. Kita tak tahu niat orang ni dan tak tahu sama ada orang yang sama ataupun tidak.”

Airis mula rasa takut untuk berdepan dengan orang kerana teringatkan kisah lalu yang perit itu.

Keesokkan harinya Airis dan Mia telah merancang mahu keluar pergi jalan-jalan. Sebenarnya Mia rancang mahu tenangkan Airis dan memujuk tidak ada perkara buruk berlaku.

Setelah tiba di Mall mereka jalan-jalan mahu cuci mata.

Mia mengajak pergi ke kedai buku untuk membeli novel.

Airis menemani Mia dan melihat kalau ada novel yang berkenan di hati.

“Mia dah berapa hasil tangkapan novel kau?”

“Dah empat buah buku.”

“Banyaknya?”

“Tak banyaklah ni, aku dah lama tak beli novel. Lama tak ada koleksi buku baru.”

“Haih nanti kalau kau kena marah dengan Bonda macam mana?”

“Kita guna konsep pinjam buku kau, konfirm Bonda tak bising.”

“Banyak cantik kau jual nama aku.”

“Aku memang cantik.”

Airis menjuling matanya keatas  kerana Mia perasan dirinya cantik. Pantang orang puji.

Airis melihat buku-buku yang Mia pilih dan buku yang dipilih boleh dikatakan menarik.

“Mia nanti kau dah habis baca aku nak pinjam boleh?”

“Boleh nanti buku novel kau pun aku nak pinjam.”

Selepas puas memilih mereka pergi ke kaunter pembayaran dan membayar semua novel.

Mereka merancang mahu ke kedai makan selepas keluar dari kedai makan.

Selepas membuat pesanan mereka berbual-bual.

“Mia, kau tak beli buku dari penulis kesayangan kau ke?”

“Rhys tu kesayangan mestilah semua koleksi dia aku ada.”

“Dia tu lelaki ke perempuan?”

“Entahlah ada yang kata lelaki dan ada yang kata perempuan, misteri betul dia.”

“Dia tak keluarkan buku baru ke?”

“Entah, mungkin dia sibuk.”

Selepas itu, makanan mereka tiba, Airis minum air kegemarannya dan tiba-tiba Mia menyoal tentang bakal suami Airis.

Aisy Daiyan: Duda Hot [OG]Where stories live. Discover now