Pada malam itu, kenduri doa selamat berlangsung dan kelihatan hubungan Maklong dan Lia baik-baik sahaja. Mungkin dia kelentong Maknya lah tu.
Tak apa suatu hari nanti rahsia dia akan terbongkar juga, cuma cepat atau lambat sahaja.
Rakan-rakan Nenek dan semua kenalan Mama suka akan Airis yang baik, cantik dan lemah-lembut. Ada yang mahu buat menantu akan tetapi semua sudah terlambat Airis sudah berpunya.
Apabila majlis bacaan Yaasin dan doa selamat selesai semua tetamu dijemput makan oleh Ayah dan Atuk.
Airis membantu apa yang patut jika ada makanan atau minuman habis dialah yang ke hulu dan ke hilir.
Ramai menanyakan tentang Airis kerana mereka jarang melihat Airis. Lagipun Airis kalau pulang ke kampung dia lebih selesa duduk di rumah Nenek sahaja.
Apabila tetamu beransur pulang Airis mengambil keputusan untuk makan. Mama dan Ayah masih sibuk melayan tetamu. Perut Airis sudah berbunyi dan meminta untuk diisi.
Ketika Airis mahu mengambil makanan, Lia menghampiri dirinya.
“Macam mana kau tahu semua rahsia aku?”
“Entahlah.”
“Tak baik reka cerita dan fitnah aku supaya semua orang benci aku.”
“Ikut kau lah. Satu sahaja aku nak pesan sejauh mana kau tipu keluarga kau, satu hari nanti semua akan terbongkar juga. Mungkin bukan aku yang bongkar atau orang lain dan juga mungkin Mak dan Ayah kau nampak sendiri. Lia, Allah SWT ada dan berubahlah ke arah kebaikan.”
Kata-kata Airis sedikit sebanyak membuatkan hati Lia berasa panas. Dia akan pastikan Airis dapat balasan.
Selepas mengambil makanan, Airis mencari tempat duduk. Di bawah khemah.
Airis duduk dan menadah tangan untuk membaca doa makan.
Satu suapan masuk ke dalam mulut Airis rasa nikmat sangat. Jarang dapat rasa masakan Neneknya.
Selepas itu, Airis membantu apa yang patut. Airis mencuci tempat letak lauk. Manakala, Abang-abangnya pula mencuci periuk dan kuali di belakang rumah Nenek.
Airis rasa gembira dapat luangkan masa bersama.
Sesekali Aisar memercikkan air kepada Airis. Airis yang geram kerana dia sudah basah membalas balik perbuatan Aisar.
Ketika mereka saling balas membalas Mama muncul bercekak pinggang melihat aksi mereka seperti kebudak-budakan mereka.
“Aisar! Airis! Apa kamu berdua lakukan ini?”
“Aisar mulakan dulu Mama.”
“Mana ada.”
Belum sempat Airis membalas mamanya sudah menyampuk kerana takut makin melarat pula mereka bergaduh.
“Dah jangan nak bergaduh mulut pula! Dah masuk ke dalam tukar baju. Dah malam-malam macam ni buat perangai. Mama piat telinga masing-masing kejap lagi. Tak sedar diri yang seorang dah nak jadi isteri yang seorang lagi umur dah berapa.”
Mereka berdua jalan masuk ke dalam rumah. Ketika mahu masuk ke bilik Ammar lalu dan tanya apa yang berlaku kerana dia mendengar suara Mama membebel.
Airis hanya menjawab tanya Along. Dia sudah kesejukkan lalu tinggalkan Ammar terpinga-pinga. Ammar baru perasan baju Adiknya basah.
Keesokkan harinya, selepas solat subuh Airis mengikut Abang-abangnya keluar jalan-jalan.
Airis siap memakai baju ringkas dan menunggu Abang-abangnya di tangga halaman rumah.
YOU ARE READING
Aisy Daiyan: Duda Hot [OG]
RomanceSIPNOPSIS Airis Amani seorang yang ambivert, cantik, pandai dan disenangi oleh orang sekeliling. Ramai lelaki cuba mengambil hatinya namun dia tidak mahu kerana ingin fokus belajar dan kukuhkan ekonomi dahulu baru fikirkan tentang kahwin. Jika jodoh...