BAB 15🦋

387 16 0
                                    

“Airis jom keluar jalan-jalan nak?” ujar Ammar.

Airis yang sedang membaca buku di meja belajarnya terganggu apabila  Ammar menegurnya. Dia tidak sedar bila Abangnya masuk.

“Keluar pergi mana?”

Airis baru sahaja mahu berehat  kerana kelas petang dibatalkan dan dia baru pulang dari kelas.

“Jalan-jalanlah hari ni kitaorang berdua cuti, jomlah Airis bukan selalu keluar sama-sama.”

“Hm... Ye lah bagi Airis masa bersiap sekejap.”

“Haa ok, aku dengan Aisar tunggu dekat dalam kereta. Jangan lambat pula.”

Mentang-mentang hari ni Mama dan Ayah keluar mereka pun keluar.

Airis bersiap ringkas sahaja dan terus pergi ke kereta selepas siap.

Mereka bertolak menuju ke destinasi, Airis tidak tahu ke mana Abang-abangnya mahu membawa dirinya. Dia hanya ikut asalkan tidak bawa ke tempat yang pelik-pelik.

Apabila sampai Airis pelik Abangnya bawa dia kemana kerana ramai orang dan macam keadaan pasar malam.

Keluar sahaja dan mereka menuju ke pintu masuk dan ternyata ada food festival.

Bersinar terus mata Airis Abang-abangnya bawa dia ke tempat begini. Lama dia teringin nak makan makanan viral.

“Haa Airis pegang tangan nanti hilang susah nak cari dah lah ramai orang ni, kau tu dah lah pendek. Aku tak naklah tiba-tiba nama kau kena sebut sebagai orang hilang dekat pentas.”

Selepas mendengar pernyataan Abangnya terus dia rasa nak lenyekkan Abang dia kerana sesedap rasa dia je kata Airis pendek.

“Along ingat Airis ni budak-budak ke?”

Ammar hanya tersenyum kecil ada-ada sahaja mereka berdua menceriakan harinya.

“Kau tu sampai bila-bila aku anggap kau budak kecil, kau kan Adik bongsu.”

“Dahlah korang ni nak makan ke nak gaduh? Aku lapar ni.” kata Ammar menyampuk dia malas disebabkan bergaduh tak makanlah mereka nanti.

Aisar memimpin tangan Airis dan Airis redha dengan perangai protective Aisar.

Pelbagai makanan yang mereka beli dan Abang-abang Airis hanya menghulur duit sahaja. Bukan selalu layan kerenah Airis.

“Kau pasti kau habiskan semua makanan yang kau beli ni?” kata Ammar sambil melihat beg makanan yang berada di tangan mereka.

“Konfirm habis ni kita beli sikit-sikit je.”

“Aku cakap sahaja nanti tak pasal-pasal Abang kau ni jugalah jadi mangsa pembuangan makanan kau.”

“Habis takkan nak buang pula, membazir.”

“Macam manalah kami berdua tak gemuk.”

Airis melihat Abang-abangnya atas bawah celah mana gemuk pun Airis tak tahulah, semua ada six pack dan sado sahaja.  Baru makan lebih sikit sahaja dah masing-masing sibuk pergi gym.

Selepas selesai membeli mereka pulang ke rumah takut ibubapa mereka mencari mereka pula.

Apabila tiba di rumah kelihatan kereta Ayahnya sudah ada di laman rumah.

Masuk sahaja ke dalam rumah dah kena marah dengan Mama. Mana tidaknya dia dan Abang-abangnya menjinjit beberapa beg plastik berisi makanan.

“Assalamualaikum.” Airis memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah.

“Waalaikumsalam, Ya Allah banyaknya makanan Airis?”

Airis hanya tersenyum kecil kerana dia sudah tahu pasti dia akan dimarahi.

Aisy Daiyan: Duda Hot [OG]Where stories live. Discover now