Selepas solat subuh Aisy keluar rumah untuk berjoging sebelum ke tempat kerja. Itulah rutin hariannya setiap hari jika cuti dia akan pergi ke gym.
Selepas pulang berjoging dia membersihkan diri dan bersiap ke tempat kerja.
Aisy turun dan bersarapan pagi bersama yang lain.
Ketika mereka sedang menikmati hidangan tiba-tiba Qa'id datang ke rumah.
“Assalamualaikum Paklong, Maklong, Aisy dan Mia.”
Mereka semua melihat gerangan yang memberi salam dan mereka terkejut.
“Waalaikumsalam, budak bertuah ni bila balik? Kenapa tak cakap mari duduk sekali.” ajak Tengku Affan.
Selepas bersalaman dengan semua Qa'id terus duduk.
“Pakngah dan Makngah tak balik ke?” soal Aisy memulakan perbualan.
“Tak, mereka sibuk. Nanti diorang balik jika semua dah selesai. Kalau nak diorang balik sini awal kau kena kahwinlah.” jawab Qa'id tenang.
“Kenapa aku? Kenapa tak kau sahaja yang kahwin?. Kau kan bujang? Nak jadi bujang terlajak ke? Sekurang-kurangnya aku dah pernah kahwin mesti dah lama tak merasa kasut melayangkan?” kata Aisy sarkastik.
“Hahaha... Ampun gurau je. Maklong sejak bila Aisy garang sangat ni?” soal Qa'id kerana seram dengan sikap Aisy yang kini.
“Banyaklah kau, mengadu sahaja kerjanya.” perli Aisy.
Tengku Dahlia hanya menggelengkan kepala. Kalau mereka berdua berjumpa ada sahaja benda nak digaduhkan.
“Jemput makan Qa'id, jangan malu-malu.” kata Tengku Dahlia.
“Dia mana pernah malu Bonda.” sampuk Aisy.
Qa'id memandang Aisy lalu memberi jelingan kepada Aisy.
Mereka makan sarapan pagi bersama-sama dan ada sahaja topik yang dibualkan Mia dan Aisy hanya jadi pendengar.
Selepas makan Aisy naik ke bilik untuk membersihkan diri dan dia rancang mahu pergi melawat Axel.
Ketika Aisy turun dia terserempak dengan Qa'id.
“Kau nak pergi mana ni Aisy?” soal Qa'id apabila melihat pakaian Aisy yang segak mengenakan t-shirt polo hitam.
“Aku nak pergi melawat anak aku, sibuk je lah kau ni.” kata Aisy lalu pergi ke rak kasut dan mengambil kasut bersesuaian.
“Bila kau ada anak? Kau jangan cakap anak haram. Aku bagitau Maklong.”
“Mulut jaga sikit ye, kau nak tahu jomlah ikut. Aku tengok kau macam tak ada kerja sahaja dah macam orang tanam anggur.”
“Bila pulak aku tanam anggur, muka aku elok ni kau kata tanam anggur.”
“Hish kau ni belajar tinggi-tinggi tapi malas aku nak cakap, penganggur lah.”
Tanpa membuang masa Aisy terus pergi ke kereta kepunyaannya Audi RS 5 berwarna hitam.
Qa'id yang melihat Aisy sudah masuk ke dalam kereta terus dia memakai kasut dengan pantas lalu masuk ke dalam kereta Aisy.
Tanpa membuang masa Aisy memulakan perjalanan mereka ke destinasi.
“Kau dah ok ke Aisy?” soal Qa'id.
“Aku ok je, InshaAllah aku baik-baik sahaja.”
“Aku ada nampak beberapa kali Bekas isteri kau tu keluar masuk hotel dengan lelaki.”
“Biarlah dia, dosa dia tanggung. Sekurang-kurangnya aku tak menyesal lepaskan dia.”
Qa'id tahu Aisy sukar melupakan bekas isterinya kerana mereka telah bercinta tiga tahun dan perkahwinannya hanya bertahan 1 tahun.
YOU ARE READING
Aisy Daiyan: Duda Hot [OG]
RomanceSIPNOPSIS Airis Amani seorang yang ambivert, cantik, pandai dan disenangi oleh orang sekeliling. Ramai lelaki cuba mengambil hatinya namun dia tidak mahu kerana ingin fokus belajar dan kukuhkan ekonomi dahulu baru fikirkan tentang kahwin. Jika jodoh...