Hari yang dinantikan telah tiba. Hari dimana dua hati disatukan. Semua orang sibuk menguruskan majlis Airis supaya semuanya berjalan lancar.
Selepas solat subuh Airis mengemas bilik dan membantu Mama.
Airis akan dinikahkan di Masjid Al-Falah iaitu Masjid di kawasan kampung Neneknya selepas solat zohor.
Nenek dan yang lain pula sibuk masak makanan tengahari.
Selepas siap apa yang patut, Mama menyuruh Airis mandi segarkan diri dan bersiap-siap kerana Kak Hana iaitu sepupu Airis mahu mula Makeup kan Airis.
Selepas mandi dan mengambil wudhu Airis memakai baju harian terlebih dahulu.
Airis masuk sahaja ke biliknya dia melihat sepupu-sepupu yang lain semua sudah berada di bilik mahu melihat Airis bersiap akan tetapi Kak Hana menghalau mereka semua kerana rimas dan dia takut makin lambatlah Airis bersiap.
Airis hanya mampu tersenyum sahaja jarang dia melihat Kak Hana sebegitu.
Kak Hana mula mendandan Airis bermula dengan solekan.
Selepas beberapa jam Kak Hana solek Airis akhirnya siap.
Kak Hana minta Airis melihat hasil tangannya sama ada Airis puas ataupun tidak kerana masih ada masa untuk ubah jika Airis tidak selesa ataupun tidak suka.
Airis melihat cermin dan dia terkejut kerana dia seakan tidak percaya itu adalah dirinya kerana dia jarang mengenakan solekkan pada wajahnya.
Dia tidak percaya yang dia akan secantik ini apabila disolek.
“Cantiklah Kak Hana Makeup kan Airis, Airis suka walaupun Airis tak biasa.”
“Kak Hana buat Makeup look macam ni sebab nampak macam sesuai dengan Airis yang berkulit putih. Lagipun Airis memang dah cantik.”
“Hish Kak Hana ni, jangan puji sangat tak muat baju kejap lagi.”
Kak Hana hanya ketawa kerana pandai Airis melawak.
Kak Hana menyuruh Airis memakai baju supaya dia boleh pakaikan tudung Airis.
Airis memakai baju nikahnya dan dia seakan tidak percaya dia akan jadi isteri sebentar sahaja lagi.
Kak Hana mula memakaikan Airis tudung dan dia kemaskan tudung Airis supaya nampak lebih cantik.
Ketika Kak Hana memakaikan tiara kepada Airis, Mama masuk ke dalam bilik Airis dan dia melihat keadaan anaknya.
Dia melihat Airis terus dia mengalirkan air mata kerana dia tidak percaya anak bongsu perempuan dia bakal menjadi seorang isteri. Berat mahu melepaskan akan tetapi sampai bila mahu menghalang kerana jodoh Airis sudah sampai.
Airis yang perasan seseorang masuk ke bilik terus melihat dari pantulan cermin siapa yang masuk dan ternyata Mama.
Dia melihat Mama siap berpakaian cantik akan tetapi dia perasan yang wajah ibunya seperti sedih.
“Mama ok?” soal Airis.
“Mama ok sahaja, tak sangka anak perempuan Mama dah nak jadi isteri orang.”
“Mama jangan sedih, Airis tetap akan selalu ada untuk Mama. Mama kan yang melahirkan Airis dan banyak berkorban untuk Airis. Mama jangan sedih-sedih macam ni nanti Airis menangis habis solekkan Kak Hana.”
Tergelak mereka berdua dengan kata-kata Airis.
“Nanti jadi isteri yang baik ya Airis, hormat dan jaga rumah tangga kamu. Kalau ada masalah berbincang elok-elok jangan lari dari masalah. Mama doakan anak Mama ni bahagia hingga ke jannah.” kata Puan Afnan kepada Airis lalu memeluk anak dia.
YOU ARE READING
Aisy Daiyan: Duda Hot [OG]
RomanceSIPNOPSIS Airis Amani seorang yang ambivert, cantik, pandai dan disenangi oleh orang sekeliling. Ramai lelaki cuba mengambil hatinya namun dia tidak mahu kerana ingin fokus belajar dan kukuhkan ekonomi dahulu baru fikirkan tentang kahwin. Jika jodoh...