Airis yang sedang membaca buku terganggu apabila pintu biliknya diketuk.
“Adik, Ayah dan Mama panggil turun ada benda nak bincang ni.”
Apabila mendengar kata-kata Aisar dia terus menutup buku dan turun ke bawah.
“Haa Airis kamu tahu kan masa cuti sem nanti kamu kahwin kan?”
“Hm...” nak tak nak Airis menjawab. Dia terasa terlalu awal untuk ke langkah seterusnya kerana dia masih belum kenal Aisy.
Apabila kemukakan pendapat dia, Mama mengatakan kenal lepas nikah lagi baik, dah halal.
“Nanti kamu uruskan borang nikah dengan Aisy ya?”
Haa sudah ini yang dia malas ni, dia dah lah segan dengan lelaki selain keluarganya.
“Kamu jangan risau Mia teman dengan Bonda sekejap lagi.”
“Semua dah lengkapkan apa yang dia nak?” soal Ayah.
“Dah Ayah, Airis dah selesaikan dengan Mia.”
Hari selepas dia tunang kelas dia dibatalkan dan dia mengajak Mia menguruskan hal itu.
Mama dan Ayah ada cadangkan nikah di Kampung Atok dan Nenek sebab mereka tak berapa sihat jadi kesian kepada mereka.
“Kamu ada mesej Aisy tak?”
Haa sudah apa nak jawab dah seminggu tunang akan tetapi dia masih belum berani menghubungi Aisy.
“Tak Mama.”
“Hish kamu ni! Pergilah berkenalan supaya hubungan kamu dengan dia semakin baik.”
“Hm... Yelah.”
Selepas itu, Mia ada menghubungi yang mengatakan dia dalam perjalanan ke rumahnya.
Airis turun ke bawah dan tiba-tiba Mama memanggil dirinya kerana Bonda telah tiba.
Ketika Airis menuju ke kereta dia berdebar mahu berjumpa dengan Encik tunang.
Masuk sahaja Airis ke dalam kereta dia terus menyapa Bonda dan Mia.
“Korang berdua rancang pakai baju sama ke?” soal Mia tiba-tiba.
Airis terus melihat bajunya dengan baju Aisy sama warna iaitu warna coklat gelap.
“Hish kamu jangan nak mengusik Airis dengan Angah kamu.” sampuk Bonda.
Lega Airis kerana Bonda meredakan situasi, dia tidak tahu mahu respon bagaimana.
Tanpa disedari Aisy hanya tersenyum kecil sambil memandu. Comel pula cik tunang kita malu.
Setelah tiba di destinasi mereka selesai apa yang patut kalau boleh nak selesaikan dengan segera.
Alhamdulillah semua urusan nikahnya selesai tinggal nak nikah sahaja lagi. Tarikh juga telah ditetapkan.
Selepas itu, Bonda mengajak membeli barang kahwin alang-alang banyak lagi masa.
Sampai sahaja di pusat beli-belah. Mia dan Bonda jalan berdua dan Aisy jalan bersama dengan Airis di belakang.
Mereka masuk ke butik kasut, Bonda suruh Airis memilih kasut untuk hantaran dan nikah.
Airis jalan sekeliling seorang diri, begitu juga dengan Aisy melihat kasut untuk dirinya.
Airis mencari kasut nikah terlebih dahulu. Butik ni macam-macam jenis kasut ada dan butik ini butik terkenal.
Airis berkenan dengan sepasang kasut yang menarik minatnya. Selepas itu, dia membelek-belek kasut itu dan mencuba.
Airis ternampak harga di tapak kasut terus ternganga, mak aii... mahal gila.
YOU ARE READING
Aisy Daiyan: Duda Hot [OG]
RomantikSIPNOPSIS Airis Amani seorang yang ambivert, cantik, pandai dan disenangi oleh orang sekeliling. Ramai lelaki cuba mengambil hatinya namun dia tidak mahu kerana ingin fokus belajar dan kukuhkan ekonomi dahulu baru fikirkan tentang kahwin. Jika jodoh...