BAB 5🦋

441 17 0
                                    

Keesokkan harinya Universiti mengadakan perlawanan persahabatan pelbagai jenis sukan antaranya bola jaring, bola sepak, bola tampar dan banyak lagi acara sukan.

Airis dan Mia memasuki pertandingan bola tampar.

Mereka berdua memang suka bermain bola tampar kerana bola jaring memerlukan ketinggian dan semua permain tinggi. Maklumlah mereka ni tak berapa tinggi, lagipun sukan itu sering menjadi rebutan.

Mereka malas bergaduh dan berebut apabila mahu menyertai sukan tersebut.

Airis dan Mia berehat sebentar sementara menunggu permainan seterusnya.

Mia mengajak Airis melihat acara bolak sepak di Padang. Airis malas kerana dia tahu Mia hendak ke sana untuk mencuci mata dengan melihat lelaki bermain bola sepak.

Mia kata bukan selalu cuci mata tengok lelaki handsome.

Airis terpaksa mengikut Mia kerana dia diheret oleh Mia. Airis dalam keadaan keterpaksaan duduk menjadi penonton sekali.

Dia hanya main handphone dan hanya sesekali perhatiannya kepada padang.

“Wei Airis handsomenya lelaki tu?”

Itulah perkataan yang sering disebut oleh Mia kepada semua permain bola sepak yang ada rupa.

Semua lelaki handsome dan percayalah mereka ni ada sesetengah dari mereka ni buaya.

Airis hanya memutarkan bebola mata keatas kerana merasa annoying dengan Mia.

Ketika sedang leka melihat permainan bola sepak tiba-tiba ada seorang lelaki handsome mendekati Airis dan duduk di sebelah Airis.

Airis terkejut dan melihat siapa gerangan yang duduk ditepinya kerana dia tidak selesa.

“Hai awak! Awak dari Universiti mana?” tanya lelaki misteri itu kepada Airis.

“Awak cakap dengan saya ke? Maaf tak berminat nak bercakap dengan stranger.” Kata Airis dalam keadaan tidak selesa.

Jujur Airis tidak suka lelaki yang peramah kerana ada udang disebalik batu.

Airis pun jarang berbual dengan lelaki selain ahli keluarganya.

“Hai, kami dari universiti sini. Nama awak apa? Awak dari Universiti mana?” kata Mia mencelah setelah Airis berkata sedemikian untuk mengelakkan kejanggalan.

Mia tahu Airis sejenis yang susah berkomunikasi dengan orang lagi-lagi lelaki.

Kalau di kelas dia hanya akan berbual jika di arahkan bekerjasama satu kumpulan sahaja.

Kalau tidak memang tak lah mahu berbual dengan lelaki tanpa sebab.

“Saya dari Universiti Malaya, nama saya Haris. Oh nama awak apa?”

“Nama saya Mia. Ni kawan saya Ai..” belum sempat Mia menghabiskan perkataan dia disiku oleh Airis kerana dia tidak suka orang ingin berkenalan dengannya lagi-lagi lelaki.

Biarlah orang anggap dia sombong, dia tidak peduli.

“Dah jom game kita dah nak start.” Kata Airis sambil bangun dan beredar meninggalkan tempat itu dan Mia terus mengejar Airis.

Airis sengaja mencari alasan dan kebetulan dia melihat jam tangannya perlawanannya akan bermula lagi berapa minit sahaja lagi.

Haris hanya tersenyum apabila melihat kelibat mereka pergi dari situ.

“’Ish kau ni lajunya nak pergi mana? Gelanggang bola tampar tu tak lari pun.”

Airis terus menghentikan jalan dan menghadap Mia dengan perasaan geram dengan tingkah laku Mia.

Aisy Daiyan: Duda Hot [OG]Where stories live. Discover now