Bab 21🦋

378 16 0
                                    

Selepas solat subuh Airis keluar untuk membantu apa yang patut kerana Nenek mahu buat kenduri doa selamat.

Sampai sahaja di dapur kelihatan Maklong dan anak-anaknya ada di dapur.

“Bala-bala ni ada pula, mesti ada sahaja benda nak cari gaduh lepas ni percayalah.” ujar Airis sendirian.

Tanpa membuang masa Airis menuju ke dapur untuk membantu apa yang patut nanti kalau tak tunjuk muka kena kecam dengan diorang kata dia pemalas lah apalah padahal anak dia tu masak pun tak reti duduk sahaja bukan tolong pun.

Mereka membuat gotong royong masak-masakan sedikit untuk kenduri doa selamat malam ini.

Airis pergi ke arah Nenek dan menanyakan apa yang boleh ditolong.

Belum sempat Nenek menjawab Maklong menyampuk.

“Banyak benda kena tolong takkan tak nampak.” perli Maklong.

“Haih aku orang tua ni ada yang kena kejap lagi. Sabar Airis lawan mulut longkang ni kena kental.” kata Airis dalam hati.

Airis mengabaikan kata-kata Maklong dan menolong Neneknya mengupas bawang. Nenek nak buat kerja lain dahulu.

“Aku dengar bakal suami kau tu duda?” soal Maklong.

“Biasalah Mak orang tak laku tu yang dapat duda.” tambah anak Maklong.

Airis memujuk dirinya untuk bersabar.

“Dah kalau jodoh Maklong.”

“Ke sebab dia kaya?”

“Macam Mak tak tahu Airis ni mata duitan.” sambung anaknya memanaskan keadaan.

Jiran-jiran yang datang semua mula berbisik-bisik.

“Ada yang aku sumbat bawang ni kejap lagi, tahu nak membawang sahaja.” kata Airis dalam hati.

“Maklong, Airis kalau dah terdesak sangat nak lelaki kaya, Airis dah lama kahwin. Airis kalau boleh nak habis belajar dan kerja dahulu baru fikir kahwin tapi dah jodoh sampai awal siapa mahu menidakkan kuasa tuhan?”

“Ye lah tak ada angin, tak ada ribut kau nak kahwin siapa sahaja tak fikir negatif. Ke kau dah mengandung?”

Mengucap banyak Airis dibuatnya. Sabar dia memang dah hilang dah.

Airis terus bangun dari situ dan basuh tangan membalas apa yang Maklong katakan.

“Airis masih tahu halal dan haram Maklong, Airis masih ada akal. Macam anak Maklong bagus sangat dia tu lagi teruklah tidur dengan banyak jantan dan pensyarah tak ada pula Maklong kisah.”

“Dan kau jangan ingat aku tak tahu apa-apa pasal kau, kawan-kawan kau selalu cakap yang kau buat kerja tak senonoh. Dari pemakaian kau pun aku dah tahu apa yang orang kata tu betul.”

Selepas Airis melepaskan apa yang terpendam dia terus keluar dari rumah tenangkan fikirannya.

Terkedu Maklong dengan kata-kata Airis. Orang sekeliling yang mendengar terus berbisik-bisik.

“Lia betul ke apa yang Airis cakapkan tu?” soal Maklong kepada Anaknya.

Lia yang mendengar kata-kata Airis rasa dunianya berhenti berputar kerana semua rahsianya terbongkar dan dia tak sangka sampai Airis tahu.

Lia yang mendengar soalan Maknya terdiam. Dia tidak tahu mahu menjawab apa.

“Jom balik kita selesaikan apa yang patut.” kata Maklong sambil menyeret anaknya pulang.

Nenek dan Mama yang baru ke dapur tiba-tiba pelik mana Airis dan Kaklong.

“Piah, mana mereka semua?”

Aisy Daiyan: Duda Hot [OG]Where stories live. Discover now