Bab 17🦋

349 17 0
                                    

Airis terjaga dari tidurnya dan dia melihat jam di dinding yang menunjukkan pukul tiga pagi.

Airis mengambil keputusan mahu buat solat sunat. Selesai sahaja solat sunat dia mengenang yang hari ini dia bakal bertukar status iaitu tunangan orang.

Dia banyakkan doa supaya urusan dipermudahkan. Dia juga telah buat solat istikharah dan jawapannya juga dia bahagia dengan pilihan Mama dan Ayah.

Selepas beberapa minit Airis tertidur di atas sejadah. Pada awalnya, dia mahu berjaga hingga solat subuh akan tetapi sebaliknya. Mungkin Airis terlampau penat uruskan majlis tunangnya hari ini.

Airis terbangun apabila ada seseorang menggerakkan tubuh badannya. Dengan mata yang masih samar-samar dia melihat siapa gerangan yang mengejutkan dirinya.

Setelah beberapa kali menggosok mata dia melihat kelibat Mama yang bertelekung mengejutkan dia untuk solat subuh.

“Airis kenapa tidur macam ni? Sakit belakang nanti.”

“Airis tertidur selepas solat sunat tahajjud tadi.”

“Dah masuk waktu solat subuh, pergi ambil wuduk Ayah ajak solat jemaah dekat ruang tamu.”

Tanpa berlengah masa Airis membuka telekung dan pergi ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Selepas selesai solat subuh berjemaah Airis menolong Mama membuat sarapan pagi kerana ahli keluarga yang lain akan datang ke rumah.

Ahli keluarga yang lain semua menyewa homestay dan ada yang menyewa rumah. Airis sudah mengajak mereka tidur di rumah akan tetapi mereka menolak kerana tidak mahu susahkan keluarga Airis.

Setelah siap sarapan Airis melihat ruang tamu ada beberapa buah keluarganya sudah sampai.

Nenek, Atok, Opah dan Tokwan semua sudah ada di ruang tamu berbual-bual dengan Abang-abangnya serta Ayah.

Airis mengajak mereka semua makan sarapan pagi kerana majlis pertunangannya akan bermula selepas solat zohor.

Sepupu yang rapat dengan Airis semua datang kecuali sepupu yang dengki akan dirinya. Bila dijemput Maklong dan anaknya kata sibuk. Paklong pula datang kerana Airis rapat dengannya dari kecil.

Selepas sahaja makan Mama suruh Airis bersiap-siap supaya tidaklah terkejar-kejar.

Sepupu Airis akan menyolek Airis kerana sepupu Airis ini merupakan jurusolek.

Untung Airis sepupu semua ada untuk membantu.

Selepas Airis mandi, sepupu Airis mula tugasnya sebagai jurusolek.

Beberapa jam kemudian siap hasil tangan sepupu Airis dan Airis kagum melihat hasilnya.

“Kak Hana cantiknya hasil makeup Kak Hana.”

“Alhamdullilah Airis suka.”

“Nanti Airis kahwin kak Hana Makeup kan boleh?”

“Boleh, takkan tak boleh. Kak Hana sponsor makeup.”

“Terima kasih Kak Hana.”

Selepas itu, Airis menunaikan solat zohor dan bersiap. Adik Kak Hana tolong stylist kan tudung Airis.

Selepas siap mereka mengambil gambar dan jujur Airis tidak percaya dia melihat diri dia yang lain dari lain.

Dia menghantar gambar kepada Mia kerana dia sudah berjanji dengan Mia untuk memberi gambar.

Dalam beberapa minit Mia membalas mesejnya. Mia memuji penampilan Airis yang cantik walaupun ringkas tetapi seri muka Airis lain.

Mia tidak sabar mahu melihat Airis depan-depan dan dia mahu melihat reaksi muka Airis pasti dia terkejut.

Aisy Daiyan: Duda Hot [OG]Where stories live. Discover now