Bab 19🦋

384 16 0
                                    

Airis baru sahaja pulang dari kelas dan dia merebahkan badan di katil empuk ya kerana terlampau penat seharian kelas sederet.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi dan dia  terus mencari telefon bimbitnya di dalam beg tangannya.

“Siapa pula call ni? Scammer ke?” kata Airis apabila melihat nombor yang tidak dikenali.

Pada mulanya Airis biarkan sahaja akan tetapi si pemanggil seperti tidak berputus asa menghubungi dirinya.

Tanpa membuang masa Airis menjawab panggilan itu kerana dia rimas.

“Assalamualaikum, haa nak apa?” jawab Airis kasar, dia dah lah penat baru balik dah orang ganggu waktu rehat dia.

“Waalaikumsalam, amboi garangnya cik tunang saya.”

“Haa? Awak Aisy ke?”

“Ye lah awak ada berapa orang tunang pula, awak tak simpan nombor saya ke?”

Airis terkelu memang dia ada nombor Aisy akan tetapi dia lupa nak simpan.

“Hahaha maaf saya lupa, kebelakangan ini saya sibuk itu yang lupa. Awak nak apa hubungi saya ni?”

Airis bukan apa dia segan sebenarnya nak bercakap dengan Aisy entahlah sifat malu dia kalau berhadapan dengan lelaki selain keluarganya dia jadi malu.

“Saya nak ajak awak keluar boleh? Hujung minggu ni awak sibuk ke?”

Airis mendengar kata-kata Aisy terus berfikir. Keluar berdua ke haih cair lah Airis.

“Amani are you still there?”  soal Aisy apabila dia tidak dengar jawapan dari Airis.

“Haa...boleh, bila dan pukul berapa tu ye?” soal Airis.

“Nanti saya mesej, jangan lupa simpan nombor tunang awak ni. Saya tutup dulu ya cik tunang, Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.”

Selepas tamat sahaja panggilan dia terus menyimpan nombor telefon tunangnya.

Pada malam itu, ketika makan malam Airis memberitahu yang dia mahu keluar dengan Aisy hujung minggu ini kepada Mama dan Ayah. Dia mahu minta izin mahu keluar akan tetapi Abang-abangnya pula mengusik Airis.

“Waa...Adik kita nak pergi dating.” kata Ammar

“Dah besar Adik kita kan Ammar.” balas Aisar.

Airis menjeling tajam kepada Abang-abangnya.

“Airis dah besarlah dah nak jadi bini orang tak macam korang single, tak laku, bujang terlajak.” balas Airis kegeraman.”

“Aduh sakitnya ayat-ayat dia bagai menikam hati.” balas Ammar.

“Sakit jugalah, kami tak adalah tua mana pun. Nak cari pasangan kena yang baik. Bukan hidup dengan dia sehari dua je.”

Mama dan Ayah tersengih sahaja mendengar celoteh anak-anak mereka ada sahaja topik menceriakan hari-hari mereka.

Hari di mana Airis keluar dengan Aisy tiba.

Selepas sahaja solat subuh Airis memikirkan baju apa yang sesuai untuk keluar.

Dia memandang almari bajunya dan melihat baju mana yang sesuai.

“Haih susah betul nak pilih baju yang mana, nak keluar je dengan Encik tunang yang kau nak beria ni kenapa Airis.” soal Airis dengan dirinya sendiri.

Setelah beberapa minit Airis mengambil keputusan memakai baju berwarna hitam dan dipadankan dengan skirt labuh.

Airis menggosok baju dan tudung yang mahu digunakan untuk keluar dengan Aisy tengah hari nanti.

Aisy Daiyan: Duda Hot [OG]Where stories live. Discover now