BAB 6🦋

403 17 0
                                    

Airis dan Mia telah berjanji untuk keluar jalan-jalan di pusat beli-belah untuk membeli barang mereka dan sambil menenangkan fikiran.

Mia menghubungi Airis dan memberitahu untuk menjemputnya kerana tiada orang yang boleh menghantarnya ke pusat beli-belah.

Setelah itu, Airis bersiap-siap untuk keluar dan menjemput Mia.

Airis mencari kelibat Ibunya untuk memberitahu yang dia mahu keluar. Airis tahu Ibunya pasti ada di rumah kerana dia ada kata yang dia mahu berehat di rumah sahaja hujung minggu ini.

Walaupun hari minggu Ayah dan Abang-abangnya sibuk dengan kerja pejabatnya.

Ibu pula kalau tak sibuk hanya memasak dan luangkan masa di rumah kalau sibuk pasti dengan persatuan.

Kelihatan Ibunya sedang leka memasak hidangan untuk dijamu.

Airis menegur Ibunya dengan baik kerana takut sudip dan kuali melayang kerana terkejut. Tak pasal-pasal jadi kes berat.

“Mama, Airis nak keluar dengan Mia boleh nak beli barang untuk assignment.”

Puan Afnan Aralyn iaitu kepada ibu Airis sedang leka mengacau sambal ayam masak merah untuk hidangan tengah hari terdengar anak bongsunya menegurnya.

“Boleh, hati-hati jangan nak pergi tempat yang bukan-bukan. Ni keluar dah minta izin Ayah dah?”

“Dah!, Mama jangan risau pandai-pandailah Airis nanti kalau ada masalah Airis call Bodyguard Airis.”

Mamanya hanya menggelengkan kepala dia tahu bodyguard anak bongsunya siapa, siapa lagi kalau bukan Abang-abangnya.

“Mama, Airis nak keluar dah ni.” Kata Airis sambil menuju ke arah Ibunya lalu menyalami tangan ibunya.

Airis risau lambat pula sampai nanti ke destinasi.

“Ya lah, hati-hati memandu jangan racing pula. Kamu ni bukan boleh dipercayai dan jangan lupa kirim salam pada Mia.”

Sempat Ibunya menitipkan pesan dan memerli Airis. Dia tahu perangai anak bongsunya, Aisar pernah menumpang Airis pergi ke tempat kerja kerana kereta Aisar rosak dan itulah kali terakhir Aisar beri adiknya memandu jika ingin keluar bersama.

Aisar takut kerana Airis bawa kereta laju tahulah kereta Honda Jazz. Bak kata Aisar, tak sayang nyawa Airis ni, banyak dah pahala agaknya.

Mana tak risau dia satu-satunya anak perempuan dan anak bongsu dalam keluarga.

Dalam perjalanan Airis menikmati keindahan alam dan mendengar lagu sambil dalam perjalanan ke rumah Mia.

Setelah sampai Airis memakirkan kereta di tepi dan mencari telefon dan mendail nombor rakannya untuk memberitahu yang dia telah sampai.

“Assalamualaikum, wahai tuan puteri hamba telah sampai di depan rumah tuan puteri. Sila ke sini dengan segera.”

Airis memerli Mia kerana tadi dia kata dah tunggu depan rumah ni bila Airis dah sampai batang hidung pun tak nampak.

“Waalikumsalam, on the way.” Mia terus mencapai beg tangannya dan terus turun.

Tiba-tiba pintu pagar rumah Mia terbuka dan Airis ingat Mia yang keluar sekali sebuah kereta Lamborgini Urus berwarna hitam keluar.

“Kereta siapa pula ni? Ada orang datang kut.” Kata Airis sendirian.

Setelah itu, kelihatan Mia yang keluar dari pintu pagar dan dia terus menuju ke kereta Airis dan terus masuk ke perut kereta Airis.

Airis teruskan pemanduan untuk ke destinasi dan Airis ingin menanyakan sesuatu kepada Mia.

“Kau ni dari tadi pandang aku, kau ada benda nak cakap ke?” soal Mia kepada Airis yang sedar dari tadi Airis seperti ingin menanyakan sesuatu.

Aisy Daiyan: Duda Hot [OG]Where stories live. Discover now