Bab 20🦋

429 16 0
                                    

Airis mula mengemas barang untuk pulang ke Kampung kerana Airis akan nikah di Kampung.

Dia membuka almari bajunya dan mengambil beg rodanya.

Airis mencari baju yang sesuai untuk bawa pulang ke kampung.

Tanpa membuang masa dia mengambil beberapa helai baju dan letak ke dalam beg.

Airis mengambil barang-barang keperluannya dan menyusun di dalam beg pakaiannya.

Selepas siap mengemas beg Airis bawa beg rodanya turun ke bawah untuk dimasukkan ke dalam kereta.

Airis menyusun semua barang di dalam kereta.

“Muat ke semua barang.” soal Ammar.

“Muat kot.”

“Kalau tak muat, kau jalan kaki balik Kampung atau kau duduk dekat atas bumbung kereta.”

Airis hanya memberi jelingan tajam kepada Ammar. Ada sahaja topik Abang-abangnya cari pasal tak Ammar, Aisar.

Mereka masuk ke dalam rumah dan melihat apa yang tertinggal.

Kelihatan Mama sedang membawa beberapa tupperware berisi makanan untuk dibawa sekali. Sementara mahu sampai ke kampung jika lapar boleh makan masa dalam perjalanan.

Apabila semua telah siap mereka mulakan perjalanan ke Kampung.

Ayah mahu berehat dari memandu kereta. Terpaksalah Aisar dan Ammar bergilir-gilir membawa kereta.

Sepanjang perjalanan ke Kampung pelbagai topik yang mereka bualkan.

Ketika dalam perjalanan ke Kampung jalan raya sesak dengan banyak kereta kerana sekarang musim cuti persekolahan.

Aisar yang memandu kereta tiba-tiba rasa lapar dan Mama membuka bekalan makanan yang dibawa tadi untuk makan bersama kerana sudah waktu makan tengah hari akan tetapi mereka masih di atas jalan raya.

Mereka makan bersama dan sesekali Mama menyuap makanan ke dalam mulut Aisar yang sedang memandu dalam kesesakkan lalu lintas.

Setelah beberapa jam memandu akhirnya mereka tiba di Kampung. Apabila sampai sahaja di perkarangan rumah Atok dan Nenek menyambut kepulangan mereka.

Mereka keluar dan bersalaman dengan Atok dan Nenek.

“Assalamualaikum, Atok dan Nenek. Atok dan Nenek sihat?”

“Sihat sahaja, macam mana dah sedia jadi bini orang?”

“Inshaallah Nek.”

“Mak dan Ayah sihat.” soal Mama dan Ayah sambil bersalaman.

“Sihat sahaja, kami dah tak sabar nak dapat cucu menantu.”

Memerah muka Airis mendengarkan itu kerana dia tahu Nenek tuju kepadanya. Haih lagi beberapa hari dia akan bergelar isteri orang.

Mereka pulang awal beberapa hari untuk membuat persiapan apa yang patut sebelum majlis bermula.

Esok khemah dan pelamin akan dipasang. Sedara-mara juga pulang dan ada yang duduk di homestay dan hotel.

Airis dan yang lain masuk ke bilik untuk merehatkan diri.

Selepas berehat Airis membersihkan diri dan menolong apa yang patut di dapur setelah melihat sedara-maranya ramai di dapur.

Malam itu, mereka pergi ke surau untuk solat maghrib berjemaah di surau. Mereka jalan kaki bersama-sama.

Nenek ada memperkenalkan Airis kepada rakan-rakannya. Banyak topik yang dibualkan Nenek dan Mama dengan orang Kampung disitu dan Airis hanya memasang telinga sahaja.

Aisy Daiyan: Duda Hot [OG]Where stories live. Discover now