CHAPTER 3 : BACK TO AMSTERDAM.

342 15 0
                                    

Setelah mengenakan short dress bewarna biru, gadis itu menuruni anak tangga dengan perlahan-lahan dan terserempak pula dengan Max Rhett yang kebetulan baru sahaja pulang dari berjogging.

"Hi Max."

"Hi Ivy."

"Max, semalam mereka berdua bermalam di sini ke?."

Max Rhett angguk kepalanya.

"Why?."

"Nothing. I'm just asking." Terjungkit sebelah keningnya sambil memandang ke arah adiknya itu.

Ivy Rose tersenyum menuruni anak tangga itu sambil diperhatikan oleh abangnya. Cuaca pada pagi itu sangat segar dan menenangkan, dengan senyuman dia melangkah menuju ke arah kebun bunga peninggalan oleh ibunya, Jane Emelda yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga ros dan masih dijaga dengan baik sebagai tanda kenangan mendiang ibunya. Ivy Rose tersenyum apabila melihat bunga ros putih kegemaran ibunya telah pun mekar dengan cantik. Tanpa membuang masa, dia terus memetik bunga ros itu lalu membawanya ke hidung dan menghidunya.

Sangat wangi.

Dia yang sedang mencium bunga ros putih yang dipegangnya itu dengan tiba-tiba sahaja terpandang ke arah kanak-kanak lelaki itu yang sedang berlari menuju ke arahnya. Tidak lama kemudian, kanak-kanak lelaki itu pun berdiri dihadapannya sambil tersengih-sengih. Matanya melirik kearah kanak-kanak lelaki itu.

"Morning Aunty Ginger." Sapa kanak-kanak lelaki itu dengan mesra.

Sighs.

Lalu Ivy Rose menoleh ke arah kanak-kanak itu dengan pandangan yang menjengkelkan. Dia tidak begitu menggemari untuk melayani kanak-kanak.

"My name is not Ginger." Beritahu Ivy Rose.

"But my Dad called you by that name and I like it." Jawab Isaac Shiloh dengan wajah yang polos.

"It's because your Dad didn't know my name. My name is Ivy Rose. Call me Ivy or Rose or Lady Wyatt."

"But I love to call you Ginger. It's more suitable."

Sighs.

"It's up to you!." Ivy Rose mengalah. Tidak guna bertengkar dengan kanak-kanak.

Kanak-kanak lelaki itu mengikutinya daripada belakang dan sesekali mengajuknya menghidu kuntuman bunga ros yang telah mekar disitu. Ivy Rose tersenyum melihat tingkah kanak-kanak lelaki itu.

Gelagatnya sedikit comel.

"Isaac!." Jerit Ian Rayne.

Dengan serentak, Ivy Rose dan Isaac Shiloh berpaling ke arah suara yang sedang memanggil kanak-kanak lelaki itu.

"Yes Dad! I'm here!." Sahut Isaac Shiloh sambil melambaikan tangannya.

Ian Rayne sedang melangkah menuju ke arah mereka berdua membuatkan si gadis itu bagaikan terpaku melihat gaya lelaki itu berjalan. Penuh berkarisma.

Dia gigit bibirnya. Too sexy to handle.

"Get ready, we are going back to Amsterdam this morning." Beritahu Ian Rayne sambil memandang ke arah anak lelakinya.

Kanak-kanak lelaki itu memandang ke arah Ivy Rose dengan wajah sedih. Pada masa yang sama, Ivy Rose meyelitkan kuntuman bunga ros putih itu ke telinganya.

"Kenapa cepat sangat?." Soal Ivy Rose sambil memandang ke wajah lelaki itu.

Ian Rayne memandang sekilas ke arah gadis itu lalu tersenyum.

MRS. RAYNE : LADY ROSE KESAYANGAN TUAN RAYNE | CWhere stories live. Discover now