Ivy Rose dan Ian Rayne menuruni anak tangga sambil berpegangan tangan, dengan perasaan yang gembira. Dari jauh dia melihat abangnya sedang bersarapan bersama dengan Pearl Emmaline. Mereka berdua berjalan menghampiri meja makan.
Gadis itu memeluk abangnya dari arah belakang, dengan pelukan erat.
"Thank you, Max. And forgive me for how bad I'm last night." Dia mengucup lembut pipi abangnya itu.
Max Rhett memegang tangan adiknya, lalu mengucupnya, sambil tersenyum.
"I can't say NO for your happiness, my little sister baby. Untuk kebahagiaan you, I sanggup terima adik ipar sebaya usia dengan I!." Selar Max Rhett sambil mengerling ke arah Ian Rayne.
Ian Rayne tersenyum sinis. Dia mengenali lelaki bernama Max Rhett ini, seorang lelaki yang cepat marah namun cepat sejuk.
Dan bagi Max Rhett, tiada apa yang kurang pada sahabatnya ini, cuma usianya sahaja yang sebaya dengannya. Dan dia tahu, sahabatnya ini adalah lelaki yang setia dan bertanggungjawab. Dia yakin Ian Rayne mampu menjaga dan melindungi adiknya ini dengan sebaiknya.
Pearl Emmaline tersenyum sambil memandang ke arah adik iparnya. Walaupun jarak usia mereka terlalu jauh, namun bagi dirinya, itu semua tiada masalah asalkan mereka berdua saling mencintai, sama seperti dirinya dan suaminya. Tidak sabar untuk menunggu hari perkahwinan mereka pula.
Tengah hari itu mereka berdua merancang untuk ke bandar Helsinki, membeli beberapa barang. Dan tiba-tiba dia melihat sebuah kedai ukiran tattoo, dan berhenti di hadapan kedai tersebut. Ian Rayne tersenyum memandang gadis itu lalu dengan perlahan-lahan dia menarik tangan gadis itu masuk ke dalam kedai tersebut.
"Are you sure you want to do this?." Gadis itu angguk kepala.
Mereka sedang memilih gambar untuk diukir di tubuh mereka dan tiba-tiba, Ian Rayne terlihat gambar bunga ros, lalu memilihnya untuk diukirkan di pergelangan tangan mereka berdua.
Gadis itu tersenyum.
"What's the meaning of this rose tattoo?."
Lelaki itu tersenyum, lalu memegang dagu gadis itu.
"It's mean you, My Rose. Owner of my heart." Mata mereka bertautan.
You're my happy place.
Dia masih menatap tattoo bunga ros di pergelangan tangan kirinya itu, sambil tersenyum. Tiba-tiba sahaja lelaki itu menghulurkan tangannya untuk memperlihatkan tattoo bunga ros yang terukir di pergelangan tangan kirinya itu.
"Do you love it, my baby?."
Gadis itu angguk kepala sambil tersenyum.
"I love it so much, my Rayne."
"We're going back to Amsterdam, tomorrow. Are you ready to meet our son?." Soal lelaki itu.
Dia menoleh ke arah lelaki itu dengan riak wajah sedih.
"What's wrong, baby?."
"I promised him that I'd be his wife. He must be sad."
Ian Rayne mencebik, sambil mencubit kedua-dua belah pipi gebu gadis itu.
"Forgive me, but no one can have you, Mrs. Rayne. You're mine. Only mine."
Mrs. Rayne? Gadis itu tersenyum mendengarnya.
YOU ARE READING
MRS. RAYNE : LADY ROSE KESAYANGAN TUAN RAYNE | C
Любовные романыMengisahkan tentang si gadis berambut warna ginger, Ivy Rose Wyat, 19 tahun dan si mata biru, Ian Rayne Maverick, 35 tahun. Ian Rayne merupakan sahabat baik kepada Max Rhett Wyatt, iaitu abang kepada Ivy Rose. Ian Rayne juga mempunyai seorang anak l...