Ivy Rose memaut lengan abangnya dengan erat sambil berjalan di atas permaidani itu, mengiringi Max Rhett di hari bahagianya itu. Senyuman tidak lekang dari bibir mereka berdua. Ini adalah hari bahagia buat abangnya dan juga dirinya. Bersama dengan angin yang menghembus di telinganya, suasananya kelihatan sangat romantis. Perkahwinan mereka diadakan di tepi pantai, di atas permintaan pengantin perempuan sendiri.
Ivy Rose berdiri di sebelah abangnya sambil tersenyum manis menanti Pearl Emmaline yang sedang berjalan diiringi oleh ayahnya iaitu Tuan Dalton Tylor. Senyuman Max Rhett juga tidak lekang di bibirnya, apabila melihat si pencuri hatinya yang sangat cantik memakai gaun pengantin putih itu.
Tanpa dia sedari, ada sepasang mata biru sedang memandang ke arahnya, dengan pandangan rindu.
"Sister, give it to me!." Jerit Ivy Rose sambil melambaikan tangannya ke arah kakak iparnya itu untuk acara melontar bunga tangan.
"Give it to me, Sister Pearl!." Jerit Catherine Grace.
Pearl Emmaline ketawa mendengarkannya. Max Rhett disebelah isterinya, hanya geleng kepala melihat perangai adiknya itu.
"Okay, get ready! ... 1... 2... 3!." Pearl Emmaline terus melontarkan bunga tangan itu ke belakang.
"I got it!." Jerit Ivy Rose dengan gembira sambil mengangkat bunga tangan itu lalu memeluk Catherine Grace.
"Do you get someone to get married?." Soal Catherine Grace.
"Nah! I will get married to myself." Jawab Ivy Rose tersenyum nakal.
"Silly!." Mereka berdua ketawa.
I'll survive. Somehow I always do.
Dia terlihat kanak-kanak lelaki itu tertidur di atas sofa di ruang tamu itu, lalu dia menghampirinya dengan perasaan rindu. Berbulan-bulan dia tidak bertemu dengan kanak-kanak lelaki itu. Jarinya mengusap lembut pipi kanak-kanak itu sambil tersenyum.
"Rose?." Jarinya terhenti dengan serta-merta. Suara itu, suara yang selalu dirinduinya.
Dia bingkas bangun, dan menoleh ke arah lelaki itu. Mereka kini saling bertatapan.
"Where have you been, Rose?." Soal lelaki itu. Penampilan gadis itu telah banyak berubah. Rambutnya yang bewarna ginger itu juga berubah menjadi brown. Dress bewarna light pink yang dipakai ketika ini sangat sesuai dengannya, dipadankan dengan accessories ringkas manakala rambut panjangnya pula disanggul ringkas.
Kelihatan anggun.
"Hi, Brother Ian." Sapa gadis itu, mencuba untuk tersenyum.
Lelaki itu menghampirinya, sambil merenung matanya. Mereka berdiri dekat.
"Where have you been?."
Gadis itu tersenyum.
"Somewhere that I belong."
Lelaki itu tertawa mendengar jawapannya itu. Ian Rayne ingin melangkah lebih dekat lagi namun dia berhenti setelah namanya dipanggil.
"Hi, best buddy!." Sapa Max Rhett diikuti oleh Pearl Emmaline.
"Hi, my man!."
Pearl Emmaline berdiri di sisi Ivy Rose, dia mengerti perasaan gadis itu apabila tiba-tiba terpaksa berhadapan dengan lelaki yang telah menolak cintanya.
"Let's dance!." Ajak Pearl Emmaline.
Pearl Emmaline menarik tangan gadis itu menuju ke ballroom di dalam Wyatt's Mansion itu. Muzik romantik itu kedengaran di ballroom itu, masing-masing menari bersama pasangan manakala dia menari bersama dengan pengantin perempuan.
YOU ARE READING
MRS. RAYNE : LADY ROSE KESAYANGAN TUAN RAYNE | C
RomanceMengisahkan tentang si gadis berambut warna ginger, Ivy Rose Wyat, 19 tahun dan si mata biru, Ian Rayne Maverick, 35 tahun. Ian Rayne merupakan sahabat baik kepada Max Rhett Wyatt, iaitu abang kepada Ivy Rose. Ian Rayne juga mempunyai seorang anak l...