Seperti kebiasaannya, gadis itu menerima jambangan bunga sekembalinya dia ke Leidse Square Suites, dengan serta-merta terukir senyumannya.
"We make each other better." Dia tersenyum apabila membaca nota tersebut.
Benar kata Butler Johnson, lelaki itu bukan sahaja membawa kebahagiaan kepada dirinya, tetapi benar-benar berjaya membawa perubahan yang baik ke dalam dirinya.
"You look happier now, Tuan Rayne." Puji Joshua tersenyum.
Ian Rayne ketawa apabila mendengar kata-kata itu. Lalu dia memandang ke arah pembantu peribadinya itu.
"Yes, I am, Josh."
"You really love her, don't you?."
"With all my heart, Josh." Jawab lelaki dengan senyuman gembira.
Joshua tersenyum.
Sejak bertemu kembali dengan si gadis bernama Miss Wyatt, tuannya itu menjadi semakin romantis dan mudah tersenyum. Berbeza dengan perwatakannya yang sebelum ini. Namun dia gembira dengan perubahan yang pasif ini.
Lelaki itu juga sedang merancang untuk melamar si gadis yang bertuah itu. Lelaki itu sudah tidak mampu menunggu lama untuk menjadikan gadis itu sebagai miliknya. Walaupun jarak usia diantara mereka berdua sangat jauh, namun itu tidak pernah menjadi jurang diantara mereka. Sesungguhnya, dia adalah saksi kepada dalamnya cinta lelaki itu terhadap gadis muda itu, biarpun lelaki itu sudah menolaknya, namun apa yang telah ditetapkan untuk kita, pasti akan kembali jua kepada kita.
"Things we lost have a way of coming back to us in the end, if not always in the way we expect." - Luna Lovegood.
"You look happier, Cinderella." Puji Rex Marcus.
Gadis itu memandang ke arahnya, sambil tersenyum gembira.
"Yes, I am, T-Rex!."
Lelaki itu tersenyum.
"Go on, I'm listening." Rex Marcus menongkat dagu sambil memandang ke arah gadis yang sedang tersenyum itu.
"... Err.. I'm in a relationship with my crush!."
Walaupun kata-kata itu bagaikan menghiris hatinya, namun dia tetap ukirkan senyuman gembira di hadapan gadis itu.
"You mean, Ian Rayne?." Gadis itu angguk kepala.
"I'm happy for you, Cinderella."
"Thank you, T-Rex. You're my best buddy... Can I have you as my best buddy for the rest of my life?."
"Yes, you can. Always. I always has your back, Cinderella." Ivy Rose tersenyum.
"Thank you, T-Rex. Thank you!." Mereka berdua berbalas pandangan seketika.
Seperti biasanya, Ivy Rose menjadi tidak sabar untuk pulang, dan menerima jambangan bunga ros merah berserta nota romantis daripada lelaki itu. Setiap kali teringatkan perlakuan romantis lelaki itu, senyuman lebar pasti terukir. Tidak disangka-sangka, lelaki itu sangat romantik, sangat berlainan dengan perwatakannya sebelum ini.
And he's mine.
Ketika dia ingin keluar dari Audi R8 putih itu, tiba-tiba ada sebuah kereta Mercedes Benz hitam menghampiri dan berhenti di tepi keretanya. Beberapa orang lelaki keluar dari kereta itu lalu menangkap Ivy Rose dan memaksanya masuk ke dalam BMW hitam itu. Walaupun gadis itu meronta-ronta, namun tidak dapat menandingi kekuatan lelaki-lelaki tersebut.
![](https://img.wattpad.com/cover/353696822-288-k480091.jpg)
YOU ARE READING
MRS. RAYNE : LADY ROSE KESAYANGAN TUAN RAYNE | C
RomanceMengisahkan tentang si gadis berambut warna ginger, Ivy Rose Wyat, 19 tahun dan si mata biru, Ian Rayne Maverick, 35 tahun. Ian Rayne merupakan sahabat baik kepada Max Rhett Wyatt, iaitu abang kepada Ivy Rose. Ian Rayne juga mempunyai seorang anak l...