"FROM FINLAND TO AMSTERDAM. AFTER SEDUCED HER BROTHER'S BEST FRIEND, SHE'S SEDUCING HER FRIEND, ONLY FOR THE SAME REASONS."
Dia menggengam penumbuknya ketika membaca artikel itu sambil menangis. Dia tidak tahu siapakah yang sanggup menyebarkan fitnah ini terhadap dirinya dan apakah motif orang itu melakukannya. Dan bagaimana dia ingin menghadapi pandangan mata pelajar-pelajar yang sering memandangnya dengan pandangan yang tajam dan jijik itu.
Dia tundukkan kepalanya sambil menangis.
"Hi Ivy." Sapa Ruby.
Gadis itu angkat kepalanya, air matanya masih tersisa di kelopak matanya.
"Hey, what's going on with you?." Ruby duduk di sebelahnya sambil memandang ke arahnya.
Ivy Rose memandang wajah temannya itu. Dia sangat berharap sangkaannya adalah tidak benar.
"I didn't deserve this, Ruby. I did nothing to them!." Ivy Rose menunjukkan artikel itu kepada temannya itu.
Ruby gigit bibirnya.
"I didn't know anything about this, Ivy. For sure, she envious to you."
Ivy Rose memandang ke arah wajah temannya.
"How do you, she?."
"Er.. I just said it. It might be she or he. I don't know." Ruby tersenyum.
"Come, we can have some fun."
"No, I'm not going."
"Please, I need your attention too. I'm your friend, Ivy." Pujuk Ruby.
Ivy Rose memandang wajah temannya itu, dia sedar sudah lama dia tidak menghabiskan masa bersama dengan temannya itu.
"Alright."
"Yeay!." Jerit Ruby dengan gembira.
Mereka berdua bertolak ke Mystique Club seusai kelas tamat. Hanya mereka berdua sahaja. Apabila tiba di kelab itu, kelihatannya Edgar Smith sudah pun menunggu mereka, sambil menari ikut rentak muzik yang sedang dimainkan.
"Hi, girls!."
"Hi, where is Rex?!." Soal Ruby.
"He's not coming over!." Kelihatannya lelaki itu sudah separuh mabuk.
"Let's dance!." Ajak Ruby lalu menarik tangan Ivy Rose dan mereka berdua menari-nari dengan gembira.
Ian Rayne mengerling ke arah jam di pergelangan tangan kirinya, lalu mencapai hand phone yang berada di atas meja. Terdapat message yang dihantar oleh gadis itu.
"I'm hanging out with my friend."
"Hmm..".
...
"Ruby! I want to sit there for a while!."
"Alright!." Ruby sambung menari bersama-sama dengan Edgar Smith.
Ivy Rose menyedut jus orange yang dipinta itu. Dia perlu mengurangkan minum minuman beralkohol jika dia ingin selamat. Selalunya jika dia mabuk, dia akan bercakap tentang perasaannya, dan dia hampir tertangkap oleh lelaki itu. No, dia belum bersedia untuk menerima penolakan lelaki itu, sekurang-kurangnya tidak didalam waktu yang terdekat ini.
Dengan tiba-tiba dia merasa sedikit pening. Dia pelik, minuman yang diminum hanyalah jus orange tetapi kenapa dia merasa pening dan pandangannya menjadi kabur dan berpusing-pusing. Dia dapat merasakan tubuhnya seperti di tarik dan dipegang oleh seseorang, dan bunyi muzik yang terlalu rancak itu membuatkan dia tidak dapat mendengar dengan jelas samaada itu adalah suara Ruby atau pun orang lain.
YOU ARE READING
MRS. RAYNE : LADY ROSE KESAYANGAN TUAN RAYNE | C
RomanceMengisahkan tentang si gadis berambut warna ginger, Ivy Rose Wyat, 19 tahun dan si mata biru, Ian Rayne Maverick, 35 tahun. Ian Rayne merupakan sahabat baik kepada Max Rhett Wyatt, iaitu abang kepada Ivy Rose. Ian Rayne juga mempunyai seorang anak l...