Bunyi alarm mengejutkannya dari tidur yang tidak begitu lena itu. Tiba-tiba kejadian semalam menjengah di fikirannya. Terbayang-bayang lelaki dan wanita itu berada didalam kamar yang tertutup itu.
Adakah mereka berdua masih saling menyukai?
Dia meneruskan rutin menggosok gigi, lalu mencuci wajahnya menggunakan pencuci muka. Dan kemudiannya, membersihkan dirinya. Dia ingin tetap kelihatan cantik dan segar dimata lelaki itu, walaupun dia bukanlah model terkenal seperti Fleur Clementine namun dia juga cantik.
Kita perlu ada keyakinan diri yang tinggi.
Buat apa dia bersedih, belum tentu lagi ada apa-apa yang terjadi didalam kamar tersebut, bukan. Jadi, dia akan menganggap tidak berlaku apa-apa diantara mereka berdua.
Dia harus yakin terhadap lelaki itu.
"Hello good morning, Isaac!." Fleur Clementine mencium kedua belah pipi anak lelakinya itu. Dia tersenyum melihat wajah anaknya itu, persis Ian Rayne.
"Good morning.. mom."
Fleur Clementine tersenyum.
"Good morning, Ben."
"Good morning, Miss Fleur."
"Where's Rose?." Soal Ian Rayne sambil memandang ke arah Butler Benjamin.
Wajah Fleur Clementine kelihatannya tidak gembira apabila mendengar lelaki itu memanggil nama gadis itu. Takkanlah dia kalah dengan gadis muda itu?
Tak mungkin!
"I'm here!." Ivy Rose yang baru menuruni anak tangga itu menjawab dengan gembira.
"Good morning everyone."
Butler Benjamin pantas menarik kerusi di sebelah Isaac Shiloh.
"Thank you, Ben."
"My pleasure, Miss Rose."
"Good morning Aunty Rose!."
"Good morning, Shiloh." Ian Rayne mengerling ke arah gadis itu.
"Did you get well sleep, Miss Rose?." Soal Fleur Clementine.
"Of course, I did."
"Same with us, right Ian?." Jawab wanita itu dengan nada yang menyakitkan hati.
Ivy Rose mengerling ke arah lelaki itu, lalu dia tersenyum. Entah mengapa dia terbayangkan adegan dia menarik rambut wanita itu ketika itu. Tapi kalau dapat tarik pun, apa salahnya, kan.
Dia tertawa.
Sexy is an energy, not a body type.
Setiap hari dia perlu dihantar oleh Kevin ke university. Kerana lelaki itu perlu menghantar bekas isterinya pula ke tempat kerja, dan jika mereka menghantarnya ke university selepas menghantar Isaac Shiloh ke sekolah, mereka perlu melalui jalan yang jauh pula, khuatir jika wanita itu terlewat. Padahal jika difikirkan logik, jalan menuju ke Maverick's Holding dan University of Amsterdam adalah jalan sehala, jadi siapa yang menjadi penyibuk di sini?
Namun, sebagai seorang gadis yang berpelajaran tinggi dan mempunyai nama baik yang perlu dijaga, dia perlu menjaga status dirinya itu. Itulah beza diantara mereka berdua.
Dia tersenyum.
Rex Marcus tersenyum memandang ke arahnya, dia cuma berani membalas senyuman lelaki itu sahaja. Untuk berborak atau berada dekat dengan lelaki itu, dia tidak berani. Dia tidak mahu ada apa-apa masalah lagi dengan bekas temannya yang bernama Ruby Natalina itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/353696822-288-k480091.jpg)
YOU ARE READING
MRS. RAYNE : LADY ROSE KESAYANGAN TUAN RAYNE | C
RomansaMengisahkan tentang si gadis berambut warna ginger, Ivy Rose Wyat, 19 tahun dan si mata biru, Ian Rayne Maverick, 35 tahun. Ian Rayne merupakan sahabat baik kepada Max Rhett Wyatt, iaitu abang kepada Ivy Rose. Ian Rayne juga mempunyai seorang anak l...