Gadis itu beberapa kali mengerling ke arah jam di pergelangan tangan kirinya.
"Guys, I should leave now."
"Oh girl, you're the real Cinderella. Do you know that, Ivy?." Seloroh Rex Marcus sambil ketawa memandang wajahnya.
Manakala Ruby dan Edgar Smith ketawa mendengarkan kata-kata Rex Marcus itu.
"Whether I'm Cinderella or not, what's the most important is that I must go now. Very quick!." Jawab Ivy Rose sambil tersenyum paksa.
Sebenarnya dia tidak selesa dengan pandangan lelaki bernama Rex Marcus itu, sedari awal dia menyedari lelaki rambut potongan buzz itu memandangnya. Dan pulang adalah jalan terbaik untuk melepaskan diri daripada pandangan mata galak lelaki itu.
"Girl, just relax... Okay guys, pardon me. Biar aku hantar Cinderella ini pulang dahulu. Jumpa lagi." Ajak Ruby lalu bingkas bangun dan mencapai bag galasnya itu.
"Aye-aye stepmother!." Jawab lelaki bernama Edgar Smith lalu ketawa menampakkan giginya itu.
Ivy Rose tersenyum.
"Bye."
"Bye Ivy." Balas Rex Marcus tersenyum.
Mata lelaki bernama Rex Marcus masih memerhatikan langkah gadis itu.
"What are you looking at, man?."
Lelaki itu ketawa.
"She's beautiful, man." Jawab Rex Marcus lalu menyuakan minuman beer itu ke bibirnya sambil tersenyum nakal.
...
Lelaki itu mengerling ke arah jam di pergelangan tangan kirinya, sudah hampir jam 11 malam. Namun bayang-bayang gadis itu masih belum kelihatan lagi. Kemudian pandangannya beralih kearah anak lelakinya yang sedang lena di ribaannya. Dia tersenyum melihat wajah anaknya yang sedang lena itu, padahal dialah orang yang paling teruja ingin menunggu gadis itu pulang.
Dia mengangkat kepala anaknya dengan perlahan-lahan lalu diletakkan di atas sofa. Lalu dia bingkas bangun dan membetulkan baju white tee yang dipakainya, kemudian mencempung anak lelakinya menuju ke tingkat 2 kamar tidur anaknya itu.
Butler Benjamin setia menanti kepulangan gadis itu.
Tidak lama kemudian, Ian Rayne turun ke tingkat bawah sambil sebelah tangannya berada didalam poket seluar sebelah kanan.
"I'm going to Theatre Room."
"Do you need anything, Tuan Rayne?."
"No, thanks Ben."
He nodded.
"Alright Tuan Rayne."
Butler Benjamin memandang langkah lelaki itu menuju ke sudut theatre room.
...
Kedengaran bunyi kereta Black Porsche 911 memasuki kawasan mansion dan berhenti di pintu hadapan.
Ivy Rose melihat jam di pergelangan tangan kirinya, dia melepaskan nafas lega. Hampir-hampir jam 11 malam. Ruby di sebelahnya hanya ketawa melihat gadis itu yang gelabah.
"Nice mansion!." Puji Ruby sambil memerhatikan sekeliling kawasan itu.
Gadis itu ketawa.
YOU ARE READING
MRS. RAYNE : LADY ROSE KESAYANGAN TUAN RAYNE | C
RomanceMengisahkan tentang si gadis berambut warna ginger, Ivy Rose Wyat, 19 tahun dan si mata biru, Ian Rayne Maverick, 35 tahun. Ian Rayne merupakan sahabat baik kepada Max Rhett Wyatt, iaitu abang kepada Ivy Rose. Ian Rayne juga mempunyai seorang anak l...