part 6

8.1K 269 4
                                    

Menginjak sahaja kaki ke dalam rumah, Athifa terus bertembung mata dengan Edard.
Dingin sahaja panahan mata Edard terhadap Athifa, mukanya juga tidak beriaksi sama sekali seolah olah tidak ada niat ingin memarahi Athifa. Tetapi siapa tahu dalam
hati Edard dah meluap luap rasa marah, dia cuma tahan agar tidak sesekali naik tangan dengan Athifa.

'' siapa tadi tu ? " datar suaranya bertanya. Sukar untuk dia lupakan apa yang dilihat tadi, dimana seorang lelaki yang ingin menyentuh Athifa, dan yang paling dia tak boleh nak terima Athifa langsung tidak ada niat ingin menolak sentuhan lelaki tu malah hanya hanya berdiri dan membiarkan sahaja

" student.... baru dekat uni " perlahan suaranya menjawap dan mata terus di larikan dari melihat wajah Edard. Sumpah dia cakap sekarang ni jantung dia macam nak pecah bila melihat pandangan dingin Edard.

" ouh.... student baru " kepala dianggukkan bersama bibir yang mencebik seolah olah tidak percaya Athifa langsung tidak memberitahunya tentang student baru tu.

Selama ni kalau ada apa apa yang berlaku dekat universiti Athifa akan terus menceritakan kepada Edard, tapi entah kenapa kali ni Athifa langsung tidak memberitahu kepadanya, mungkin sebab student baru tu lelaki jadi Athifa tidak ingin bercerita.

" erm.... Athifa naik bilik dulu ye daddy " ujarnya yang ingin melarikan diri dari Edard.

" boleh erh Athifa biarkan je student baru tu nak sentuh Athifa " terhenti langkah Athifa setelah mendengar ayat yang di lontarkan oleh Edard.Dia pun tak tau kenapa dia bodoh sangat nak biarkan je Albern tu sentuh dia, padahal selama ni mana mana lelaki yang cuba nak sentuh dia akan tepis.

" dia tak sempat sentuh Athifa pun daddy, bukannya Athifa nak biarkan je dia sentuh cuma tadi...." tak tahu alasan apa yang dia nak bagi dekat Edard

" tadi apa ? " tanya Edard yang sudah berombak dada. Kalau tak di ingatkan yang Athifa ni perempuan dah lama Edard tumbuk
" ke sebab Athifa memang suka kalau ada lelaki yang nak sentuh Athifa " tuduhnya dengan senyuman sinis terukir di bibir

Terangkat kepala Athifa dari menunduk ke bawah, muka tak percaya di tayangkan kepada Edard. Murah sangat ke dia ni sampai nak di sentuh oleh lelaki yang bukan mahramnya.

" daddy...kenapa tuduh Athifa macam tu ? "
bergetar suaranya bertanya, dia tak percaya yang berdiri di depannya sekarang adalah daddynya. Daddy dia tak pernah tuduh dia sampai macam ni sekali.

" kalau dah kemaruk sangat nak di sentuh lelaki, apasal tak bagi badan je terus kan senang " ego dia tercabar bila Athifa hendak membela diri lagi sedangkan dah jelas depan mata.

" apa yang daddy cakap ni, daddy ingat Athifa ni murah sangat ke ? " hampir ternaik suaranya memarahi Edard.

" yes memang pun, kalau tak takdelah Athifa nak biarkan je dia sentuh Athifa !! " terhinjut bahu Athifa bila Edard menjerkah, hampir satu rumah mendengar suara Edard.
Sekarang ni dia langsung tak faham kenapa daddy dia nak marah sangat sedangkan Athifa dah bagitahu kalau Albern tak sempat nak sentuh dia lagi.

Semakin deras air mata Athifa bila Edard mula meninggi kan suara. " Athifa dah cakap...dia tak sempat sentuh Athifa lagi daddy " tersedu sedan dia menangis, sekarang ni dia terlalu takut melihat muka daddy nya.

Kalau dia tahu dia akan kena marah sampai macam ni sekali, dia terus tolak je tubuh Albern yang menghalang laluan nya tadi, sekarang dah kena marah baru nak menyesal.

" yeke dia tak sempat nak sentuh tadi ? Athifa jangan nak menipu daddy " ujar Edard dengan gigi yang diketap kerana sakit melihat wajah Athifa yang sudah di basahi dengan air mata. Tapi di sebabkan ego, dia hanya biarkan sahaja Athifa menangis.

Disebabkan Athifa hanya diam membisu tidak menjawap soalan Edard, kaki digerakkan untuk mandekatkan jaraknya dengan Athifa.
" jangan pernah tipu daddy Athifa, daddy tak suka " bisik nya depan muka Athifa sambil tangannya naik menghapus air mata di pipi Athifa.

" Jangan sampai daddy tukarkan Athifa ke universiti lain, dan Clarissa pun Athifa takkan boleh jumpa " habis sahaja dia berkata, Edard terus menaiki tangga untuk masuk ke biliknya. Semakin lama dia mendengar tangisan Athifa, semakin sakit hatinya.

Terbuntang mata Athifa mendengar ayat Edard, sampai macam tu sekali daddy dia marah. Boleh di katakan ini adalah kali pertama dia kena tengking oleh Edard. Lepas ni dia akan cuba jarakkan diri dengan Albern, kalau tak dia tak kan boleh dapat berjumpa langsung dengan Clarissa.









 Lepas ni dia akan cuba jarakkan diri dengan Albern, kalau tak dia tak kan boleh dapat berjumpa langsung dengan Clarissa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.









𝐄𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐍𝐈𝐂𝐎 : 𝐇𝐈𝐒 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋 | 𝐂Where stories live. Discover now