Bunyi dentingan message yang keluar dari telefon Edard mengejutkan Athifa yang duduk di birai katil. Sementara menunggu suaminya membersihkan diri di bilik mandi, dia hanya duduk sahaja sambil memikirkan tentang keluarga kandungnya yang telah lama dia ingin jumpa
Bukan untuk pulang semula ke pangkuan mereka, tapi dia hanya ingin tahu mengapa keluarga kandungnya sanggup membuang dirinya, kalau lah mereka langsung tidak menyayangi nya, dia rasa tak perlu lah sampai buang macam tu je, boleh kan bagi dekat keluarga yang memerlukan anak
Dia berdiri sebelum mencapai telefon Edard yang berada di atas meja sebelah katil mereka. Berkerut dahinya melihat message yang disampaikan oleh sahabat baik suaminya, iaitu Uncle Daffa.
Pembantu aku dah tahu siapa sebenarnya ayah kandung isteri kau, dan dia juga tahu alamat rumah keluarga kandung Athifa, kalau kau nak melawat ke sana kau bagitau aku, kita boleh pergi sama sama nanti... pasal ni kau jangan bagitau isteri kau dulu... tunggu semuanya dah jelas, baru kau cuba untuk slowtalk dengan dia.
- DAFFA
'apa bendi ni?' bisik hatinya dengan dada yang sudah berdegup kencang. Jadi selama ni Edard tahu tentang keluarga kandung dia? tapi kenapa hari tu lelaki itu tidak berterus terang sahaja?
Perlbagai persolan yang bermain di fikiran Athifa saat ini. Dan dia tengok dari ayat Daffa sahaja dia tahu yang mereka sudah menemui keluarga kandung nya.
Tapi, ayah kandung?
Maksud nya lelaki yang pernah berjumpa dengan dia dekat universiti tu ke? Kenapa Uncle Daffa tak nak Edard bagitau dia tentang hal ni, sepatutnya dia kena tahu jadi dia tak lah macam orang bodoh setengah mati fikirkan tentang keluarga kandung dia tu
Tangannya menggenggam kuat telefon Edard dengan nafas yang turun naik menahan marah. Seumur hidup dia inilah kali pertama dia rasa betul betul marah dengan Edard.
Mata dipejamkan untuk menenagkan amarahnya yang ingin meletus. Mata di kelipkan berkali kali untuk menghapuskan air mata yang ingin keluar.
Telefon suaminya di letakkan semula di atas meja sebelum dia bertindak untuk keluar dari bilik tidur mereka.
'sabar Athifa...' berkali kali dia cuba untuk menenagkan hatinya yang seperti merintih untuk mengeluarkan tangisan. Jujur dia tidak marah akan suaminya, tapi dia kecewa kerana mereka langsung tidak memberitahunya
Singki dapur di tuju sebelum air di hidupkan, tangannya menadah air sebelum di jirus kasar ke wajahnya. Berkali kali dia melakukan itu agar wajahnya tidak kelihatan merah ingin menangis.
" baby... " terasa lengan sasa Edard membelit pinggangnya sebelum pipi merahnya dikucup sekilas oleh Edard.
" kenapa tak tunggu hubby? " dagunya di labuhkan dibahu isterinya
Nafas ditarik dan dihembus sebelum dia memusingkan badan menghadap suaminya. Bibirnya mengukirkan senyuman tipis sebelum pipi Edard diusap perlahan oleh Athifa
" hubby... " bisik Athifa di hadapan wajah suami nya
" hm.. "
" hubby, ada sesuatu ke nak cakap dengan baby? "
" what do you mean baby... " berkerut kening nya melihat Athifa
Terlepas tawa hambar dari mulut Athifa, tepat tekaannya, Edard tidak akan jujur jika dia tanya sekali pun.
" takde apalah " dada bidang suaminya ditepuk lembut sebelum dia menolak perlahan tubuh Edard
Tidak keruan hati Edard bila melihat isteri nya seperti ingin mengelak darinya, sebelum ni dia peluk pun takde pulak wanita itu ingin lepaskan.
YOU ARE READING
𝐄𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐍𝐈𝐂𝐎 : 𝐇𝐈𝐒 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋 | 𝐂
Romance[ 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐁𝐎𝐎𝐊 ] [ 𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃 𝐀𝐋𝐎𝐍𝐄 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 ] 𝐃𝐨𝐧'𝐭 𝐛𝐞 𝐚 𝐬𝐢𝐥𝐞𝐧𝐭 𝐫𝐢𝐝𝐞𝐫𝐬, 𝐯𝐨𝐭𝐞 𝐩𝐥𝐞𝐚𝐬𝐞.. { COMPLETE } 𝐄𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐍𝐈𝐂𝐎 || 𝐀𝐔𝐑𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 𝐀𝐓𝐇𝐈𝐅𝐀 ‼️WARNING‼️ - ⚠️ 𝟏𝟎𝟎% 𝐌𝐘 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 𝐈�...