' I'm still here, waiting for you my dear '
- someoneKad yang tertera tulisan seseorang itu dibaca berulang kali dengan dahi yang berkerut seribu, sejambak bunga ros yang terletak elok di atas mejanya dilihat lagi. Tidak tenteram hatinya memikirkan ' someone ' yang memberinya bunga ini.
" siapa yang bagi kau bunga ni beb ? " Clarissa yang baru sahaja memasuki bilik kuliah itu terus bertanya kepada Athifa bila ternampak sejambak bunga ros di atas meja belajar sahabatnya itu.
" aku... tak tahu, aku masuk je memang dah ada atas meja " jawap Athifa. Bunga yang berada di atas meja itu di capai dan di berikan kepada Clarissa.
" kenapa bagi aku ? " soal Clarissa. Dia tahu Athifa ni tak suka bunga, tapi takkan lah bunga yang orang bagi ni dia nak bagi dekat orang lain pula. Beruntung tau Athifa ada orang bagi bunga, kalau aku ni takde sorang pun nak bagi, maklumlah takde peminat.
" kau ambik lah, simpan buat perhiasan dekat dalam bilik kau " boleh di katakan bilik Clarissa ni dah macam taman bunga, apa taknya... kau masuk je bilik dia, benda pertama yang kau akan nampak adalah bunga.
Nasib baiklah dia tak letak tanah dekat dalam bilik dia, kalau tak boleh lah dia tanam bunga dekat situ.
" kau perli aku ke Athifa, mentang mentanglah aku suka bunga " bebola mata di diputarkan tanda menyampah dengan Athifa. Susah kalau dapat kawan yang suka memerli ni, buat sakit hati je.
" aku tak perli, aku cakap je... kau kan sukakan bunga, jadi aku bagi kau lah " ujar Athifa. Walaupun mereka ni sehati sejiwa dan semati,
tetapi Athifa bukanlah seperti Clarissa yang sangat meminati bunga, baginya bunga hanya sesuatu yang menyemakkan mata." okay... so kad tu kau nak buang ke atau kau nak simpan je ? " tanya Clarissa. Kad yang berada di tangan Athifa kini sudah beralih ke tangan Clarissa, di baca ayat yang tertulis di dalam kad itu.
" seram lah ayat dia ni, dia macam dah lama dah perhatikan kau tau, tapi maybe kau je yang tak perasan " ujar Clarissa. Berdebar hati Athifa saat ini, ada betulnya juga apa yang Clarissa cakap, mungkin dia memang dah lama memerhati... tapi Athifa je yang tak perasan.
" kau ni tak payalah cakap macam tu... kau buat aku takutlah " mendayu dayu sahaja suara Athifa, seram sejuk dah badan dia sekarang ni, matanya melirik ke arah kiri dan kanan memerhati sekeliling dewan kuliah itu.
Tiada apa apa yang mencurigakan selain daripada studen yang asyik berborak sambil menunggu ketibaan lecture mereka.
" dah... tak payah nak takut sangat lah, aku cakap je, bukannya betul pun " ujar Clarissa yang ingin meredakan kegusaran di hati Athifa. Kesian pula dia tengok muka Athifa ni, muka macam orang yang minta sedekah je.
Mangkin Jahat lah Clarissa sekarang ni.
Baru sahaja Athifa ingin membalas, lecture mereka iaitu Prof Griss sudah memasuki dewan kuliah itu. Kalau Prof Griss tu dah masuk jangan harap lah kau boleh bercerita, silap sikit, boleh pekak telinga kau kena tengking.
Edard yang sedang menyemak fail kerja itu tersentak bila terdengar dentingan dari telefonnya. Tangan mencapai telefon dan terpampang nama Daffa yang menghantar sesuatu kepadanya.
Terlihat gambar seorang lelaki yang agak berusia memberikan sesuatu kepada seseorang yang berpakaian serba hitam dan memakai topi sehingga tidak kelihatan wajahnya.
Berkerut dahi Edard tidak faham mengapa Daffa mengirimnya gambar itu.
' aku nak jumpa kau kejap lagi, orang
tu ada kena mengena dengan anak kau,
Athifa.- Daffa
Habis sahaja membalas mesej Daffa, Edard terus menyambung semak fail yang bertimbun di atas meja kerja itu.
Dia nak habiskan kerja dia awal sebab minggu depan dia akan pergi ke german untuk memerhatikan syarikatnya yang berada di sana. Caden pun baru sahaja balik ke german minggu lepas.
Katanya pekerja dekat sana ada buat masalah, sebab tulah dia nak pergi german untuk mencuci telinga pekerja pekerjanya itu.
Kali ni dia tidak akan peduli, kalau ada salah satu antara pekerjanya yang membuat masalah dengan membocorkan rahsia syarikat, dia tidak akan teragak agak untuk memecat dan menghukum orang itu.
YOU ARE READING
𝐄𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐍𝐈𝐂𝐎 : 𝐇𝐈𝐒 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋 | 𝐂
Romance[ 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐁𝐎𝐎𝐊 ] [ 𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃 𝐀𝐋𝐎𝐍𝐄 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 ] 𝐃𝐨𝐧'𝐭 𝐛𝐞 𝐚 𝐬𝐢𝐥𝐞𝐧𝐭 𝐫𝐢𝐝𝐞𝐫𝐬, 𝐯𝐨𝐭𝐞 𝐩𝐥𝐞𝐚𝐬𝐞.. { COMPLETE } 𝐄𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐍𝐈𝐂𝐎 || 𝐀𝐔𝐑𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 𝐀𝐓𝐇𝐈𝐅𝐀 ‼️WARNING‼️ - ⚠️ 𝟏𝟎𝟎% 𝐌𝐘 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 𝐈�...