SPECIAL CHAPTER

2.5K 55 1
                                    

" Hubby!! Hubby dah siap ke!? " laung Athifa yang kini berada di ruangan dapur. Susu yang telah siap dibancuh diletakkan di atas meja lalu kakinya laju melangkah satu persatu anak tangga.

" belum baby!! " terkekeh dia ketawa apabila melihat anaknya yang terkebil kebil menatapnya dengan mata yang bulat. Aaa comel!!

Masuk sahaja ke dalam bilik mereka, dia terus bercekak pinggang melihat suaminya yang masih lagi dengan tuala yang terlilit di pinggang. Dilihat pula anak mereka yang terkebil kebil menatap Edard

" kenapa tak siap lagi ni? " garang wajahnya menatap dua beranak itu

Edard yang melihat wajah garang itu mula tersengih sumbing. Kepala yang tidak gatal digaru olehnya

" Hubby tak tahulah macam mana nak pakaikan Ian pampers " memuncung bibirnya

Terasa sakit pula hati ni sebab tak reti jaga anak pertama mereka. Ini baru anak pertama, belum lagi anak kedua mereka nanti. Silap silap mandikan anak pun dia tak pandai

" ya Allah Hubby! Senang jelah nak buat tu " terlepas tawa kecilnya

Suaminya didekati lalu pampers yang berada di tangan Edard diambil olehnya. Pampers itu disarungkan ke tubuh Ian ataupun nama sebenarnya Edrian Nathriz, anak pertama mereka.

" dah, biar baby yang pakaikan. Hubby pergi pakai baju sana " halaunya selamba

Edard yang masih berdiri statik di tepi Athifa henya memandang tanpa berkelip cara isterinya memakaikan anak mereka pampers. Macam tu rupanya.

" hubby dengar tak ni apa yang baby kata? " soalnya apabila tidak melihat tindak balas suaminya

" ye, hubby dengar baby. Tapi baju hubby mana? "

" Ya Allah, tu ha dekat tepi almari tu, baby dah iron dah. Tinggal hubby pakai je baju tu " bibir diketap geram melihat sengihan suaminya

Kepala yang tidak gatal digaru sebelum dia tersenyum manis melihat isterinya

" jangan lah marah, kan hubby tanya je " memuncung bibirnya. Baju isterinya dipintal pintal dengan kepala yang sedikit ditundukkan

Entahlah, sejak mereka dah ada anak satu ni. Semakin menjadi jadi perangai manja suami dia ni. Kadang kadang kalau dia lebihkan Ian pun Edard cepat sahaja merajuk. Dia nak perhatian lebih katanya.

" baby tak marah, pergilah pakai baju sana " bibir dipaksa untuk senyum walaupun dia masih geram dengan Edard saat ini

" okay " pipi isterinya dicium sekilas sebelum dia melangkah masuk ke arah wardrobe untuk memakai baju.

Tergeleng kepala Athifa.

" anak mummy... nanti kalau dah besar jangan ikut daddy awak tau! Daddy awak tu makin menjadi jadi manja dia! " ujar Athifa sambil tangan licah menyapu bedak pada wajah Ian

" ingat hubby tak dengar ke apa yang baby kata? "

Kepalanya laju berpaling melihat Edard yang berdiri di pintu masuk wardrobe dengan tangan yang menyilang ke dada. Sebelah kening lelaki itu terangkat.

Tersengih dia melihat wajah datar itu. Tulah! Nak mengutuk pun tak kena tempat.

" Hubby dah siap pakai baju ke? " soalnya

Anggukan diberikan sebagai balasan sebelum dia berjalan mendekati Athifa. Punggung dilabuhkan dibirai katil lalu dia melihat sekilas tubuh kecil anak lelakinya.

Segak bergaya. Macam daddy dia! Tak salah puji diri sendiri kan?

Terasa sekejap saja masa berlalu. Pejam celik pejam celik, tak sangka yang dia dah bergelar seorang ayah. Dan siapa sangka juga, wanita yang melahirkan anak dia adalah wanita yang dia jaga sejak kecil? Entah macam mana lah boleh timbul perasaan cinta tu. Dia pun tak sedar.

𝐄𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐍𝐈𝐂𝐎 : 𝐇𝐈𝐒 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋 | 𝐂Where stories live. Discover now