part 21

6.8K 175 0
                                    

" Athifa ! " suara tinggi Clarissa menyentakkan lamunan Athifa, dilihat muka Clarissa yang merah seperti menahan marah terhadap Athifa.

" kau kenapa ni beb... dari tadi lagi aku panggil kau tau " soal Clarissa, buat penat mulut dia je bercerita panjang lebar tadi, tapi Athifa boleh mengelamun pula.

" sorry... kau cakap apa tadi "

" haih... takpelah malas aku nak repeat balik cerita aku tadi, ni kau kenapa sebenarnya ni... kau ada masalah ke ? " takut juga dia kalau Athifa ni ada masalah tapi tak bagitahu dia.

Walaupun Athifa ni jarang bercerita tentang masalah dia... tapi dia tetap akan tanya juga sebab dia taknak Athifa pendam semua masalah tu seorang diri, dan dia sebagai kawan yang baik kenalah selalu sediakan telinga untuk mendengar luahan Athifa.

" ha... takdelah, mana ada masalah... aku okay je " jawapnya. Entahlah, sejak lelaki yang mengaku sebagai ayah kandung dia haritu datang jumpa dia... dia rasa macam tak sedap hati.

" seriously beb... kau cakap kau takde masalah, habistu kau mengelamun macam yang ada masalah negara ni dah kenapa " dia bukannya baru kenal Athifa kemarin, dia tahu yang Athifa ada masalah... tapi saja perempuan ni taknak becerita dengan dia

" aku cuma rasa tak sedap hati lah "

" tak sedap hati apa kau ni, kau jangan risau lah... esok daddy kau balik kan " balas Clarissa.

Itu yang buat dia takut tu... esok Edard akan balik daripada outstation, dia tak tahu sama ada nak tanya pasal benda ni ataupun tidak... dia cuma takut kalau jawapan yang Edard bagi akan mengecewakannya.

" aku tau, kau sebenarnya bukan tak sedap hati... tapi kau rindu daddy hot kau tu kan " ujarnya dengan senyuman senget.

Pulak dah Clarissa ni, masa ni jugak lah nak bergurau dengan dia, dia ni dahlah ada masalah besar....tapi Clarissa boleh pula lah nak main main dengan dia.

" apa kau ni... aku serious lah " pasrah sahaja nadanya menjawap,boleh menangis Athifa dibuat oleh Clarissa kalau macam ni... tak pernah nak serious kalau bercakap.

" okay lah, aku tak bergurau dah... kalau kau taknak cerita masalah kau dengan aku, aku tak kisah... tapi aku just nak kau tahu, aku selalu ada untuk, kalau kau dah tak boleh nak pendam masalah kau.... telinga aku ni selalu terbuka untuk dengar luahan kau. " tangan Athifa digenggam bagi menyalurkan rasa sayangnya sebagai seorang sahabat kepada Athifa.

Hampir menitis air mata Athifa mendengar kata Clarissa, dia bukan tidak mahu kongi masalah dia pada Clarissa, tapi kalau boleh... biarlah dia sorang je yang pendam, dia taknak libatkan Clarissa dalam masalah dia.

" thank you beb... aku sayang sangat dekat kau " tubuh Clarissa ditarik masuk ke dalam pelukannya. Clarissa adalah sahabatnya yang selalu ambil berat tantang dia... malah Clarissa juga sanggup gadaikan nyawanya sendiri demi Athifa.

" aku pun sayang kau jugak " dia membalas pelukan Athifa sambil bibir tersenyum lebar, mereka macam dah lupa bahawa mereka sekarang masih berada di bilik kuliah.

" ehem " bunyi deheman seseorang membuatkan mereka berpaling ke arah hadapan. Pelukan erat mereka dilepaskan dan mereka terus menghadap ke arah Albern yang sedari tadi memerhatikan perlakuan mereka.

" I ganggu you guys ke " soal Albern.

" taklah " jawap Athifa sepatah. Dia rasa tak selesa bila Albern pandang dia macam yang nak telan je.

" ouh... student yang lain dah keluar, korang berdua taknak keluar ke ? Class kita dah habis dah " mata nakalnya masih tunak memandang Athifa. Dari hari pertama dia masuk sini... dia memang dah tertarik dengan mata hazel Athifa yang baginya sangat memukaunya untuk terus melihat lagi.

" ye... nak keluar lah ni " jawap Athifa dengan suara yang tersekat sekat. Beg sandangnya di ambil dan dia terus berdiri ingin berjalan keluar dari bilik kuliah itu.

Di sebabkan dirinya yang menggelabah tak tentu arah... entah macam mana dia boleh pula salah langkah. Mata dipejamkan bila wajahnya hampir sahaja tersembam ke lantai bilik kuliah itu.

Tetapi lain pula yang dia rasa seperti ada tangan seseorang yang memegang pinggang rampingnya, mata di buka dan terlihat wajah Albern yang begitu dekat dengannya.

Clarissa pula sudah terlopong mulut melihat tangan kekar Albern yang sudah melilit di pinggang Athifa, bukan itu sahaja... malah wajah mereka pun hampir hampir sahaja bertemu.

" erm... sorry " tangan Albern ditolak kerana tidak selesa Albern menyentuhnya.

Albern yang faham itu terus melepaskan pinggang Athifa bila perasan wajah Athifa yang seperti tidak selesa dengan perlakuannya.

" Clarissa jomlah keluar cepat " tangan Clarissa ditarik mengikutinya keluar dari bilik kuliah, Albern yang masih berdiri statik di situ tidak di hiraukan oleh mereka.

Manakala seorang lelaki yang duduk di bangku paling belakang sudah tersenyum sinis melihat edegan itu, sempat dia menangkap gambar Albern yang memegang pinggang Athifa tadi.

Taulah dia nak buat apa dengan gambar tu nanti.











Taulah dia nak buat apa dengan gambar tu nanti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐄𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐍𝐈𝐂𝐎 : 𝐇𝐈𝐒 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋 | 𝐂Where stories live. Discover now