Seorang lelaki melangkah keluar dari kereta sambil membetulkan suit nya yang berwarna hitam, kaca mata yang dipakai di buka dan kaki terus berjalan ingin menuju ke pejabat sahabatnya Edard Nico.
Pintu di buka dan terlihat dua orang sahabatnya yang sedang duduk di sofa
" hola amigo... estoy de vuelta " sapanya dengan tangan di depakan seolah olah ingin menerima pelukan seseorang.Edard dan Daffa hanya merenung kosong ke arah Caden. Ya, lelaki itu adalah Caden, sahabat mereka yang menetap di german untuk menguruskan syarikat Edard. " dah lupa bahasa sendiri ke ? " datar suara Daffa bertanya kepadan Caden.
" kau ni aku tak pernah lupa lah, aku saje je sebenarnya, yelah mana tau korang faham " jawapnya dengan sengihan di bibir, matanya jatuh kepada Edard yang hanya memerhati mereka berdua, " eh korang tak rindu aku ke, dah lama aku tak balik tau " tanya Caden dengan mulut yang di muncungkan.
Edard dan Daffa hanya membuat reaksi jijik dengan Caden, gadik semacam je lelaki ni, dorang pula yang takut. " buat apa nak rindu kau ? " dingin sahaja suara Edard bertanya. Biasalah, bukan Edard namanya kalau tak dingin.
" ialah dah berapa tahun dah aku tak balik kan, takkan lah korang tak rindu " berkerut dahi Caden melihat reaksi sahabatnya.
" takde masa lah nak rindu rindu bagai ni " ujar Daffa . Sabar jelah Caden dapat kawan yang takde perasaan ni." syarikat aku dekat sana tu ada apa apa masalah ke ? " soal Edard, selama ni dia tanya melalui telefon je, alang alang Caden dah balik ni dia tak perlu dah bazirkan masa nak call.
" so far, takde masalah cuma adalah beberapa pekerja kau yang buat syarikat tu macam syarikat bapak dia punya, dah lah masuk kerja pun lambat " rungut Caden. Pekerja dekat syarikat tu langsung tak takut dengan dia, lain lah kalau dengan Edard, dorang nak masuk pejabat Edard pun tak berani sebab ada bos besar.
" kau tak tegas dengan dorang, macam mana dorang nak takut dengan kau " Daffa tahu Caden ni terlebih peramah tapi kalau masa kerja tak payalah nak di layan sangat pekerja tu, memang dorang akan naik kepala lah.
" kau nak aku tegas macam mana lagi...aku siap dah bagi surat warning lagi tau ha " dengan muka bangga di tayangkan.
" kau bagi surat warning apa ? " tanya Edard
" aku bagi surat warning supaya jangan buat syarikat tu macam syarikat bapak dorang punya " tersengih sinis dia." bodoh juga rupanya kau ni Caden " gumam Daffa sambil melihat ke arah Caden yang masih berbangga diri.
Sementara itu Athifa yang berada di luar pintu pejabat Edard masih memasang telinga mendengar suara jejaka yang tidak di kenalinya.
Dia yang baru balik dari jumpa dengan Clarissa terus pergi syarikat Edard, kononnya nak lepak lah dekat pejabat daddy dia, tapi terdengar pula suara yang sangat asing di telinganya.
" Cik Athifa buat apa tu ? " soal Dileena yang pelik dengan tindakan Athifa itu.
" eh takde lah saje tengok kot kotlah pintu ni rosak ke " ujarnya dengan sengihan di bibir.
" erm... siapa dekat dalam pejabat daddy ? " soalnya. " ouh, Tuan Daffa dengan Tuan Caden ada dekat dalam " berkerut dahi Athifa." kalau uncle Daffa aku kenal lah tapi siapa pula Caden ni, macam pernah dengar je nama tu " bisik hati Athifa.
" Caden tu siapa " kalini dahi Dileena pula yang berkerut dengar soalan Athifa, " takkan lah Cik Athifa tak kenal dengan Tuan Caden? " hanya gelengan kepala yang di balas oleh Athifa." Tuan Caden tu kawan kepada Tuan Edard dan Tuan Daffa, dia baru je balik sini sebab selama ni dia tinggal dekat german uruskan syarikat Tuan Edard dekat sana " cerita Dileena kepada Athifa yang menayangkan wajah blur sahaja.
Dia baru teringat haritu uncle Daffa ada datang pejabat daddy dia dan bagi tahu yang Caden nak balik sini, jadi Caden yang di maksudkan tu, Caden yang ada dekat dalam pejabat daddy ni lah kan.
Tiba tiba muncul rasa ingin melihat wajah uncle Caden tu.
Uncle ?
Dah uncle Daffa tu kau panggil uncle takkan Caden ni kau panggil guna nama je, tu namanya tak reti hormat orang tua.
Jangan lupa vote
YOU ARE READING
𝐄𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐍𝐈𝐂𝐎 : 𝐇𝐈𝐒 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋 | 𝐂
Romance[ 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐁𝐎𝐎𝐊 ] [ 𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃 𝐀𝐋𝐎𝐍𝐄 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 ] 𝐃𝐨𝐧'𝐭 𝐛𝐞 𝐚 𝐬𝐢𝐥𝐞𝐧𝐭 𝐫𝐢𝐝𝐞𝐫𝐬, 𝐯𝐨𝐭𝐞 𝐩𝐥𝐞𝐚𝐬𝐞.. { COMPLETE } 𝐄𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐍𝐈𝐂𝐎 || 𝐀𝐔𝐑𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 𝐀𝐓𝐇𝐈𝐅𝐀 ‼️WARNING‼️ - ⚠️ 𝟏𝟎𝟎% 𝐌𝐘 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 𝐈�...