part 35

8.9K 201 5
                                    

Debaran di dada kian terasa bila melihat seorang lelaki yang berpakaian jubah masuk ke dalam ruangan masjid besar itu. Ya, hari ini mereka akan melangsungkan perkahwinan walaupun hanya beberapa orang sahaja yang di jemput

Athifa sendiri yang tidak mahu orang lain mengetahui tentang perkahwinan mereka, hm... nak tahu macam mana sedangkan keluarga kandung dia pun dia tak kenal

Manakala Edard pula jangan cakaplah... lelaki itu sendiri bantah habis habisan, kononya nak satu dunia tahu yang mereka berdua sudah berkahwin, tapi disebabkan Athifa sendiri yang merayu rayu dekat dia akhirnya dia setuju sahaja

Tak pelah asalkan mereka berdua kahwin, yang lain tu boleh satel tepi nanti

Peluh yang merenik di dahi dikesat menggunakan tisu yang diberikan oleh Daffa, bila dia memaklumkan bahawa Athifa telah bersetuju untuk menjadi isterinya dan mereka akan melangsungkan perkahwinan di Malaysia terus sahaja lelaki itu menempah ticket flight untuk terbang ke sini

Haihlah Daffa, tak mahu ketinggalan betul lelaki itu

" nervous ke bro? " terdengar kekehan dari sebelahnya, tak lain tak bukan mestilah sahabatnya yang satu tu

" diam lah... " dia menjeling sekilas ke arah Daffa dan Caden yang sudah mentertawakannya. Nasib baiklah dia ni baik hati takde niat nak bunuh kawan sendiri

Kalau tidak dah lama dah dua ekor ni dia bunuh, menyakitkan hati betul.

Macam mana boleh ada Caden dekat sini? Ha, ini semua si Daffa tu punya pasal, boleh pula lah dia guna privet jet untuk ambil Caden dekat german. Tak nak kawan dia terasa sebab tak dapat datang kononnya

Tapi tak mengapa, sekurang kurangnya dia takdelah susah hati nanti, kotlah ada bahaya yang akan berlaku lepastu kawan dia takde, tak ke susah dia nanti kena handel sorang

" dah sedia? " kedengaran suara tok kadi bertanya kepada Edard yang sudah berpeluh sakan, wuu... kenalah nervous, baru pertama kali ni nak merasa jadi suami orang. Hehe...

Sebelum dia menjawap, kepalanya diputar kan ke arah belakang untuk melihat wanita kesayangannya, tak boleh dinafikan cantik sungguh wanita itu ketika bertudung.

Macam mana ni, tak bertudung cantik kalai bertudung lagilah cantik. Memang spek bidadari betul yang dia pilih ni. Tak menyesal ajak kahwin.

Hampir 3 saat mereka bertembung mata sebelum Athifa sendiri yang meleraikan, tak boleh tengok lama lama, boleh lemah jantung dia. Tak pernah lagi dia nampak lelaki itu memakai baju melayu dengan samping, ini lah kali pertama

' beruntung kau Athifa ' bisik hatinya dengan senyuman kecil terukir di bibir merahnya

" dah tok " jawapnya sambil kepala dianggukkan

Mereka mula berjabat tangan sebelum satu kalimat meniti di bibir Edard. Athifa yang berada di belakang sudah menitis kan air mata bila mendengar lafaz yang sangat lancar sudah di sebut oleh Edard

Alhamdulillah... dia sudah sah menjadi isteri lelaki itu, tak boleh brain, dari lah jadi ayah angkat tau tau je dah jadi suami sendiri. Kekok lah dia nak melayan lelaki itu lepas ni.

Asyik dia termenung sehingga tidak sedar yang suaminya sudah berada di hadapannya

suami ?

uish tak boleh tak boleh, masih tak boleh nak percaya yang status mereka dah bertukar. Tak pelah apa pun mestilah kena biasakan juga. Dah jadi suami kot.

Tersentak hebat Athifa bila terasa jemarinya di pegang. Aah, macam mana dia tak perasan yang lelaki itu sudah berada di hadapannya?

" I nak sarung cincin baby... " bisik Edard depan wajah Athifa

𝐄𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐍𝐈𝐂𝐎 : 𝐇𝐈𝐒 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋 | 𝐂Where stories live. Discover now