Sekali lagi Edard menghembuskan nafas berat bila Athifa langsung tidak menjawap panggilan telefonnya, dia hanya ingin mendengar suara wanita itu sahaja, tetapi berkali kali dia call... Athifa langsung tidak menjawap.
" kenapa susah sangat nak jawap call ni " marahnya, telefon di hempaskan di atas katil. Rambut di kusutkan bersama keluhan di lepaskan. Susah betul ingin memujuk wanita itu.
Dia berjalan menuju ke ruangan dapur dan tangan mula lincah membancuh kopi kegemarannya. Edard sahaja sampai german pada pukul 3 pagi tadi, sekarang dia berada di mansion nya yang sudah lama ditinggalkan di german.
Sambil tangan ligat membancuh, otaknya mula berfikir cara ingin memujuk Athifa yang sedang melancarkan perang dingin dengannya.
Dia sebenarnya tidak faham dengan Athifa ni, budak tu beria ria merajuk bila dia nak pergi outstation, sebelum ni dia tak pernah lagi nampak perangai Athifa yang satu ini
Kakinya mula berjalan ingin menuju ke biliknya semula, telefon yang tadi di lempar ke atas katil di capai, dan dia cuba untuk membuat panggilan kepada Athifa sekali lagi.
Athifa masih tidak menjawap panggilannya. Memang merajuk teruk Athifa ni dengan dia.
Gelas yang berisikan air kopinya di letakkan di atas meja dan punggung di labuhkan di sofa yang terdapat di dalam bilik itu.
Esok pagi dia akan pergi ke syarikatnya dan mungkin dia akan sibuk untuk beberapa hari kerani ingin menguruskan pekerjanya yang berani membuat masalah itu.
Kalau beginilah gamaknya... sampailah dia balik daripada outstation nanti, Athifa tidak akan melayaninya.
" just for once, please... pick up my call darl, I want to hear your sweet voice " ujarnya dengan nada yang perlahan.
Sekali lagi dia mencuba, dan akhirnya terdengar suara merdu Athifa yang seperi mamai itu, takpelah, mamai pun mamai lah... yang penting terubat rindu dia.
" hm... kenapa " soal Athifa.
" nothing, daddy ... miss you " bisiknya
Athifa yang masih berada di panggilan berkerut kening mendengar jawapan Edard, mimpi apa daddy dia ni, tak pernah pernah cakap rindukan dia.
" daddy mengigau ke ni " walaupun hati dia berbunga juga, dengar yang Edard rindukan dia... tetapi tetap timbul rasa pelik di hatinya.
" no... daddy tak mengigau sayang, daddy rindukan awak tau " dah lama dia nak panggil Athifa dengan panggilan ' sayang ', tapi dia tak nak kalau Athifa rasa lain pula nanti.
" daddy dah sampai german ke ? " kalau Edard ada depan mata dia sekarang ni, mungkin Edard akan gelakkan dia sebab berjaya buat pipi tembam Athifa ni bertukar menjadi warna merah.
Tak pernah seorang pun lelaki yang panggil dia ' sayang ' sebab Athifa akan merasa geli dengan panggilan tu, tapi lain pula bila Edard yang memanggilnya ' sayang ', entah kenapa dia seakan akan suka kalau Edard yang memanggilnya dengan panggilan tu.
" ya, baru je sampai tadi "
Air kopi yang tinggal separuh itu di teguk rakus sehingga habis, tubuh kekarnya di rebahkan di atas katil, dan mata dipejamkan seketika, hanya telinganya sahaja yang masih dipasang untuk mendengar suara Athifa.
" Athifa ngantuk lah daddy, kalau Athifa nak tidur boleh tak " mulutnya yang ingin menguap di tekup menggunakan telapak tangan.
" hm... pergilah tidur, tapi jangan end call ni " dah tua tua pun ada hati nak sleep call lagi ya Edard ni.
Tidak sampai beberapa saat terdengar
dengkuran halus dari panggilan itu, confirm budak ni dah tidur." love you... sayang " ujarnya perlahan sebelum lena di buai mimpi. Dah dapat dengar suara Athifa tadi... tidur lena lah dia malam ni.
Seorang lelaki membukakan pintu kereta yang berjenama Mercedes-Benz yang berwarna hitam itu untuk majikannya.
Jack Adler melangkah keluar dari kereta itu dan terus melangkah ingin memasuki dewan universiti yang gah itu.Dia ingin menjumpai anaknya yang pernah dia tinggalkan di depan sebuah rumah banglo.
Pekerjanya amat cekap dalam mencari maklumat seseorang sehinggakan universiti anak itu pun semudah itu sahaja dia dapat temui.
Kalau bukan kerana isterinya Eloise yang serupa orang gila ingin berjumpa dengan anak itu, dia tidak akan sesekali jejakkan kakinya di sini, sangat buang masa baginya.
Mata mata yang memerhatikannya dihiraukan sahaja, tujuannya hanyalah ingin mencari wanita muda itu.
" ho trovato la donna, capo " ujar bodyguardnya yang bernama William itu.
Kelibat Athifa yang sedang duduk di salah satu meja itu direnung dengan perasaan yang bercampur baur, dia tidak tahu mahu rasa apa... sama ada marah, benci ataupun rindu satu satunya anak perempuan yang dia ada.
Kakinya bergerak menuju ke arah Athifa, sampai sahaja, dia terus mengambil tempat di depan wanita itu.
Athifa yang sedang termenung itu terus tersentak bila ada seseorang yang mengetuk mejanya.
Terkejut beruk dia melihat seorang lelaki tua yang sedang merenungnya dengan mata yang tajam, dia langsung tidak kenal dengan lelaki di hadapannya ini.
" who are you, sir " soal Athifa kepada Jake.
" me ? Who do you think I am ? " bibirnya melakarkan senyuman yang sinis bila melihat kebisuan Athifa.
Athifa hanya berdiam diri sambil merenung anak mata Jack, dia seperti pernah melihat wajah itu, tetapi samar samar di ingatannya.
YOU ARE READING
𝐄𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐍𝐈𝐂𝐎 : 𝐇𝐈𝐒 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋 | 𝐂
Romance[ 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐁𝐎𝐎𝐊 ] [ 𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃 𝐀𝐋𝐎𝐍𝐄 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 ] 𝐃𝐨𝐧'𝐭 𝐛𝐞 𝐚 𝐬𝐢𝐥𝐞𝐧𝐭 𝐫𝐢𝐝𝐞𝐫𝐬, 𝐯𝐨𝐭𝐞 𝐩𝐥𝐞𝐚𝐬𝐞.. { COMPLETE } 𝐄𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐍𝐈𝐂𝐎 || 𝐀𝐔𝐑𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 𝐀𝐓𝐇𝐈𝐅𝐀 ‼️WARNING‼️ - ⚠️ 𝟏𝟎𝟎% 𝐌𝐘 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 𝐈�...