Athifa memasuki bilik Edard dengan mulut yang mencebik ingin menangis. Esok adalah hari Edard akan berangkat pergi ke german, terlihat Edard yang sedang duduk menyandar di katil sambil memegang IPad di tangan.
" daddy... " sayu suaranya memanggil. Entah kenapa, kalini dia tak nak berpisah jauh dari daddy dia. Sebelum ni okay je kalau daddy dia pergi outstation, malah lagi seronok sebab Edard tak sekat dia nak pergi rumah Clarissa.
Edard yang terdengar suara sayu Athifa itu terus mengangkat muka, terangkat sebelah keningnya bila melihat muka Athifa yang serupa ingin menangis.
" kenapa ni, muka macam nak nangis je " ujar Edard. IPad yang berada di tanggan di letakkan di atas meja sebelah katil. Mata memerhati Athifa yang sudah melabuhkan punggung di hadapannya.
" daddy... pergi outstation berapa hari ? " soal Athifa, jari dimainkan bersama kepala di tundukkan ke bawah. Air mata yang ingin keluar di tahan agar tidak menangis di depan Edard.
" seminggu " sepatah dia menjawap.
" lamanya... " perlahan dia bersuara. Tetapi Edard si telinga lintah masih lagi dapat mendengar suara kecil Athifa.
" mana ada lama tu, nanti balik jugak lah... bukannya tinggal sana terus pun " berkerut dahi Edard melihat perangai Athifa yang makin manja dengannya.
" lama lah tu... " semakain deras air mata Athifa mengalir, sedih betul bila nak kena tinggal oleh daddy dia seminggu.
" dah kenapa pula nak menangis ni, bukan sebelum ni Athifa seronok kalau daddy takde dekat rumah " Athifa yang sudah menangis teresak esak itu di bawa masuk ke dalam pelukannya.
Ini je satu satunya cara untuk menenagkan Athifa, dia ni dah lah tak pandai pujuk perempuan, kalau marah pandailah, tapi takkan lah dia nak marah Athifa sebab nangis kot.
" Athifa nak ikut daddy " ujarnya sambil mengongoi di dada Edard.
" mana boleh ikut, daddy pergi sana sebab kerja lah... bukannya nak jalan jalan " jawap Edard.
Semakin kuat tangisan Athifa, nasib baiklah rumah mereka ni takde jiran, kalau tak sampai rumah jiran pun boleh dengar suara Athifa.
" tak boleh ikut darl... pergi masuk bilik sana tidur " lembut sahaja suaranya memujuk.
Tak boleh lah kasar kasar, nanti tambah menangis budak ni.
" hm... nak tidur dengan daddy boleh ? " mata dikedipkan meminta persetujuan dari Edard.
Bagai nak luruh jantungnya mendengar permintaan Athifa, bukannya dia tak nak... tapi Athifa perempuan dan dia lelaki, dia takut tak dapat nak control keinginan dia bila dekat dengan Athifa.
" tak boleh, pergi masuk bilik Athifa sana, dah besar pun nak tidur dengan daddy lagi ke " badan Athifa di tolak dari menyandar di dadanya. Habis basah baju dia terkena air mata Athifa.
haih nasib baik lah sayang
" boleh lah daddy... hari ni je, esok daddy dah pergi outstation dah " ujar Athifa. Bergetar suaranya meminta keizinan Edard.
" hm, cepatlah baring sebelah daddy ni " di sebabkan rasa kasihan melihat wajah Athifa yang sudah di basahi air mata itu dia izinkan je lah.
Baring sahaja Athifa, dia terus memeluk pinggang Edard dan melabuhkan kepala di dada bidang Edard. Dia dapat rasa degupan jantung Edard yang laju berdetak.
Edard hanya membiarkan kerana dia pun ingin menghidu wangian dari rambut Athifa yang menyenagkannya.
" daddy jangan rindu Athifa ya kalau dah sampai sana " gumam Athifa yang sudah ingin menutup mata. Sempat lagi nak mengusik budak ni.
" takde nya nak rindu, Athifa tu yang jangan rindu daddy pula kalau daddy takde dekat sini nanti " tangannya naik mengusap rambut panjang Athifa.
Memang dia akan rindu dengan kesayangan dia sorang ni, dah lah seminggu dekat sana... tak dapat nak tengok wajah comel ni nanti.
Terdengar dengkuran halus yang terbit dari mulut Athifa. Tersenyum lebar dia bila dapat melihat wajah Athifa dari jarak yang dekat.
" I can't live without you babe, so please... if you know everything later, don't ever leave me " ujarnya dengan nada yang perlahan kerana tidak ingin mengejutkan Athifa.
Dahi bersih Athifa di kucup sekilas sebelun dengan perlahan lahan kepala Athifa di alihkan dari dada bidang nya.
Kakinya bergerak ke arah sofa yang terdapat di dalam bilik itu, tubuh di baringkan dan sekejap sahaja matanya sudah tertutup.
Dia tidak akan sesekali tidur sekatil dengan Athifa selagi dia tidak berterus terang dengan wanita itu tentang perasaannya. Lagi pun dia tau, esok kalau budak kecik tu bangun... mesti budak kecik tu fikir yang bukan bukan nanti.
Jadi lebih baik lah dia tidur dekat sofa daripada menghadap bebelan Athifa esok pagi. Boleh sakit telinga dia nanti.
YOU ARE READING
𝐄𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐍𝐈𝐂𝐎 : 𝐇𝐈𝐒 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋 | 𝐂
Romance[ 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐁𝐎𝐎𝐊 ] [ 𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃 𝐀𝐋𝐎𝐍𝐄 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 ] 𝐃𝐨𝐧'𝐭 𝐛𝐞 𝐚 𝐬𝐢𝐥𝐞𝐧𝐭 𝐫𝐢𝐝𝐞𝐫𝐬, 𝐯𝐨𝐭𝐞 𝐩𝐥𝐞𝐚𝐬𝐞.. { COMPLETE } 𝐄𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐍𝐈𝐂𝐎 || 𝐀𝐔𝐑𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 𝐀𝐓𝐇𝐈𝐅𝐀 ‼️WARNING‼️ - ⚠️ 𝟏𝟎𝟎% 𝐌𝐘 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 𝐈�...