Bunyi loceng rumah di tekan menggangu Clarissa yang sedang kusyuk menonton television yang memaparkan cerita kegemarannya. Yang penting bukan korea okay.
Dia terus berdiri dan membuka pintu rumah, hampir terbeliak biji matanya melihat Athifa yang tidak serupa orang itu, comot sana sini dengan bajunya yang basah lagi.
Nak cakap hujan... takde pula dia dengar bunyi hujan, ke perempuan ni yang basahkan diri dia sendiri, maklumlah Athifa ni kadang kadang pandai datang otak mereng dia pergi basahkan badan sendiri dengan air.
" beb... kau kenapa ni ha " dia berlari mendapatkan Athifa yang berada di luar rumahnya dan memeluk tubuh sahabatnya itu.
Athifa terus menangis teresak esak di dalam pelukan Clarissa, ayat yang di lontarkan oleh Edard tadi masih lagi terngiang ngiang di telinganya.
" jom, kita masuk rumah dulu okay " ujar Clarissa.
Perlahan lahan mereka masuk ke dalam rumah dan duduk di sofa ruang tamu Clarissa.
Athifa yang masih menangis itu di biarkan sahaja dahulu sebelum tangisan wanita itu reda." dah puas nangis ? sekarang ni kau cerita dekat aku... kenapa kau nangis sampai comot muka kau ni " kotak tisu yang berada di atas meja dicapai dan di berikan kepada Athifa.
Athifa terus mengambil sehelai tisu dan mengelap wajahnya yang comot dengan air mata, merah muka Athifa kerana dari tadi tidak henti menangis.
" dia bukan... daddy aku Clarissa " bisik Athifa kepada Clarissa.
Berkerut dahi Clarissa kerana tidak faham apa yang di maksudkan oleh Athifa, selama ni dia tengok elok je anak beranak ni bertegur sapa...nak lagi Athifa, cerita betul muka kalau nak jumpa daddy kesayangan dia tu.
" apa yang kau cakap ni Athifa... aku betul betul tak faham lah "
" he's not my dad " jawap Athifa dengan nada yang hampir meninggi.
Matanya bertembung dengan mata Athifa, dia nampak betapa rapuhnya Athifa sekarang ini. Seperti Edard membuat kesalahan besar sekali kepada Athifa, tetapi dia langsung tidak tahu apa masalah yang Athifa hadap sebab Athifa langsung tidak menceritakan kepadanya.
Seperti yang dijangka, reaksi Clarissa yang langsung tidak percaya dengan apa yang dia katakan tadi.
" Edard tu... bukan ayah kau " soal Clarissa semula dengan mulut yang melopong luas. Kalau Athifa tidak dilanda kesedihan sekarang ini, mungkin dia akan ketawa terbahak bahak melihat wajah Clarissa yang terkejut beruk tu.
Hanya anggukan yang di balas oleh Athifa, dia melepaskan nafas lelah dan melabuhkan kepala di riba Clarissa. Kenapalah Edard ni kejam sangat sampai sanggup halau Athifa.
" selama ni dia tipu aku Clarissa... rupanya dia bukan ayah aku, melainkan lelaki yang... " dia tidak menghabiskan ayatnya kerana dia tahu, Clarissa faham apa yang dimaksudkan olehnya.
Terangguk angguk kepala Clarissa mendengar, tangannya naik mengusap kepala Athifa yang berada di ribanya dengan niat ingin memujuk wanita itu.
" hati aku sakit sangat... lagi lagi bila dia halau aku keluar dari rumah tu, aku cuma ada dia je Clarissa... aku dah tekde siapa siapa dah melainkan dia je " perlahan suaranya meluah kepada Clarissa.
" beb... apa kau ni, kau ada aku kan... aku ni sahabat kau tau, takpe kalau dia halau kau... kau boleh duduk rumah aku, kita pergi uni sama sama, kita makan sama sama, and kita balik rumah pun sama sama, dah takde orang lagi dah yang nak sekat pergerakan kau " ujar Clarissa.
" tapi aku sayangkan daddy aku Clarissa... " Air matanya kembali jatuh hanya kerana seorang Edard. Dia tidak sanggup berpisah dengan Edard... tapi dia tidak boleh nak buat apa apa, kerana Edard sendiri yang membencinya.
Cara Edard cakap tadi pun, seolah olah Edard langsung tidak ikhlas menjaganya, malahan seperti terpaksa mengutipnya. Mungkin sebab Edard simpati sahaja dengannya masa itu yang masih bayi lagi.
" Athifa... tadi kau sendiri yang cakap dia tu bukan ayah kau, so buat apa kau nak sayang dia lagi sedangkan dia dah buang kau dah pun " kalau dia jadi Athifa, mungkin rasa sayang tu akan bertukar menjadi benci.
Kerana dia tidak hadap untuk hidup dengan seorang yang penipu, tetapi lain pula dengan Athifa yang masih sayangkan Edard si penipu tu.
" dia yang besarkan aku Clarissa "
" eh, dahlah beb... kau tak payah nak nangis lagi, takde faedah pun kau nak nangis kalau dia takde rasa kasihan pun dekat kau... lelaki macam tu tak boleh nak di gelar ayah tau, lagipun kalau dia dah mengaku yang kau tu sebenarnya bukan anak kandung dia... apa sebab dia nak halau kau ? sebab dah muak tengok muka kau... macam tu " lancang mulutnyanya berkata.
" aku tak tahu... tapi dia suruh aku cari keluarga kandung aku " kepalanya yang diriba Clarissa terus di angkat bila dia teringat tentang lelaki yang menjumpainya hari itu.
" tapi hari tu ada seorang lelaki ni jumpa aku and dia mengaku yang dia ayah kandung aku, cuma hari tu aku tak percayakan dia sebab aku ingatkan dia tipu aku " ujarnya kepada Clarissa.
" kau tengok muka dia ada iras dengan muka kau ke ? " soalan yang tidak logik dia tanya Clarissa.
Kenapa... muka ni mesti nak kena iras dulu ke baru tahu yang mereka ni anak beranak. Apa punya soalan lah.
" aku tak cam lah " jawap Athifa.
Beg tangannya dicapai sebelum telefonnya di ambil, nasib baiklah dia sempat ambik beg tangan di atas meja tadi... kalau tidak sehelai sepinggang lah dia datang sini.
log panggilan di tekan dan laju jarinya mencari nama seseorang yang boleh membantunya untuk mencari lelaki yang menjumpainya hari itu.
" kau nak call siapa tu " soal Clarissa yang pelik dengan tindakan Athifa.
" kau diam jelah " jawap Athifa.
Clarissa hanya menggelengkan kepala sebelum sambung melihat siaran television, Athifa hanya dibiarkan sahaja membuat halnya sendiri. Dia tahu mesti sahabatnya ini ingin meminta tolong seseorang.
Tetapi haraplah bukan lelaki yang dia jumpa hari tu, seram dia bila kena tenung oleh kawan kepada Edard itu.
YOU ARE READING
𝐄𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐍𝐈𝐂𝐎 : 𝐇𝐈𝐒 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋 | 𝐂
Romance[ 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐁𝐎𝐎𝐊 ] [ 𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃 𝐀𝐋𝐎𝐍𝐄 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 ] 𝐃𝐨𝐧'𝐭 𝐛𝐞 𝐚 𝐬𝐢𝐥𝐞𝐧𝐭 𝐫𝐢𝐝𝐞𝐫𝐬, 𝐯𝐨𝐭𝐞 𝐩𝐥𝐞𝐚𝐬𝐞.. { COMPLETE } 𝐄𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐍𝐈𝐂𝐎 || 𝐀𝐔𝐑𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 𝐀𝐓𝐇𝐈𝐅𝐀 ‼️WARNING‼️ - ⚠️ 𝟏𝟎𝟎% 𝐌𝐘 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 𝐈�...