Jumpa sahaja nama ' uncle Daffa ' di log panggilannya, dia terus menekan dan melekapkan telefon itu ke telinganya. Sambil dia menunggu panggilan itu diangkat sambil itu jugalah dia menguis nguis hujung bajunya yang basah.
" yes Athifa... why call uncle ni " soal Daffa setelah mengangkat panggilan Athifa, dia baru sahaja habis melakukan push-up di bilik gymnya. Habis berpeluh satu badan.
Sebelum Athifa menjawap, sempat lagi dia membetulkan tekak suaranya agar tidak terdengar seperti baru habis menangis.
" hm... uncle, Athifa nak minta tolong boleh ? " soalnya.
" minta tolong apa tu ? " tuala kecil yang sememangnya tergantung di lehernya di ambil untuk mengelap peluhnya di dahi.
" tolong carikan maklumat tentang keluarga kandung Athifa " jawapnya perlahan.
Terhenti tindakan Daffa yang sedang mengelap peluh itu, tidak disangka yang Athifa sudah tahu tentang statusnya dengan Edard.
" Athifa... dah tahu ke ? " perlahan suaranya bertanya kepada Athifa, takut mengguris hati wanita itu.
" so... selama ni, uncle tahulah... yang Athifa bukan anak daddy ? "
Suara Athifa yang mula bergetar menyebabkan Daffa merasa sebersalah, kenapalah dia juga yang kena jadi orang tengah ni.
Kepala yang tidak gatal di garuk.
" Athifa...uncle memang dah lama tahu, cuma uncle tak boleh nak bagi tahu Athifa pasal ni sebab nanti Edard marahkan uncle " jawapan yang selamat dia berikan kepada Athifa.
Terlepas keluhan berat dari mulut Athifa, kenapalah dia ni pun bodoh sangat mudah di tipu ye... lelaki ni memang macam ni erk suka sangat menipu.
" Athifa, I'm sorry kalau selama ni Athifa rasa tertipu dengan Edard atau pun dengan uncle... tapi uncle just nak bagi tahu, Edard tak nak berterus terang dengan Athifa pun ada sebab dia " ujar Daffa.
" boleh Athifa tahu... apa sebab dia ? "
Macam nak tersekat air liur dia mendengar permintaan Athifa, dia langsung tak tahu nak jawap apa... takkan lah dia nak cakap Edard tak sanggup nak hilang Athifa.
Ataupun Edard sayangkan Athifa lebih dari seorang anak ? Ish... straight forward betul ni.
" erm... kalau pasal tu, uncle tak boleh bagi tahu Athifa, tapi kalau nak tahu sangat... kenalah tanya Edard sendiri "
" takpelah uncle... dah muka Athifa pun dia tak nak tengok, ini kan pula nak dengar suara Athifa... mestilah dia meluat kan " ujar Athifa dengan ketawa hambar.
" apa cakap macam tu, percayalah cakap uncle ni, satu hari nanti... mesti dia akan cari Athifa punya " dia pasti Edard akan cari Athifa semula kerana sahabatnya itu tidak akan sesekali lepaskan orang yang dia sayang semudah tu je.
Mungkin Edard masa tu penat baru balik dari kerja... tulah sampai bercakap pun tak fikir pasal perasaan orang.
" pasal yang Athifa minta tolong cari keluarga kandung Athifa tadi tu... nanti uncle carikan ye, kalau dah dapat nanti uncle akan inform dekat Athifa "
Walaupun dia sebenarnya dah tahu semua maklumat tentang keluarga kandung Athifa, tetapi dia tidak akan terburu buru memberi tahu Athifa tentang itu. Nanti Athifa jadi hairan pula.
" okay... thank you uncle " ucapnya sebelum panggilan di matikan.
" weh... siapa tu ? " soal Clarissa setelah panggilan di tamatkan. Tak menyempat betul Clarissa ni.
" uncle Daffa "
" uncle Daffa... uncle yang seram tu ke " berkerut dahi Athifa mendengarya.
" kenapa pula uncle tu seram ? " tanya Athifa.
" ialah haritu dia tengok aku macam yang tak pernah nampak perempuan cantik weh... macam nak telan pun ada juga " jawapnya
Sempat lagi dia puji diri sendiri ye.
" ish... kau ni ada ada jelah " hilang terus kesedihannya bila menghadap perangai masuk air Clarissa ni, walaupun lawaknya kelihatan hambar tapi dapat juga ceriakan suasana.
Selepas sahaja dia menamatkan panggilan bersama Athifa, Daffa terus call Edard untuk bertanyakan tentang apa yang di katakan oleh Athifa sebentar tadi.
Dia tidak kesah kalau di gelar sebagai penyibuk oleh Edard sekalipun, sebab dia sedar yang dia memang seorang lelaki yang suka ambil tahu urusan Edard.
" Edard... apa yang kau dah buat ni ? " soal Daffa setelah Edard menjawap panggilan telefonnya.
" aku buat apa " tidak faham dengan soalan Daffa yang tiba tiba sahaja.
" Athifa dah tahu, kan Edard "
Terdiam terus Edard di buatnya, sampai sekarang otak dia ni tak habis fikir tentang Athifa. Di mana kah wanita itu berada, terasa menyesal pula kerana telah menghalau kesayangannya itu.
" ya... dia dah tahu " jawapnya perlahan
" macam mana Athifa boleh tahu ? " setahu dia hanya dia dengan Edard je yang tahu tentang ni, takkan lah Edard sendiri yang mengaku kot.
" aku tak tahu "
" tadi dia ada call aku... minta tolong aku cari maklumat tentang keluarga kandung dia and aku perasan suara dia macam baru lepas habis nangis... dia ada cakap juga, yang kau tak nak tengok muka dia... kau halau dia ke ? " soal Daffa.
" ye... " jawap Edard sepatah.
" apa benda yang kau buat ni Edard ! " meninggi suara Daffa memarahi Edard, kejam sungguh tindakan sahabatnya ini sampaikan nak menghalau wanita itu.
Bukan kah haritu dia cakap takut kehilangan Athifa... tapi sekarang ni dia sendiri yang buat Athifa tinggalkan dia.
" itu je cara yang aku boleh buat Daffa " ujar Edard dengan nada yang dingin.
" aku takut, aku tak boleh nak lepaskan dia nanti " dia cuma berharap yang Daffa memahami situasinya sekarang.
" sekarang ni kau dah lepaskan dia, hati kau macam mana... sakit ? "
Terlepas tawa sinis dari mulut Edard mendengar soalan Daffa yang baginya sungguh tidak masuk dek akal.
" kau belum rasa kehilangan orang yang kau sayang Daffa... sakit sangat " jawapnya.
Mata di kelipkan bila sekali lagi air matanya Ingin keluar, selepas ini mungkin tidak akan ada lagi gelaran daddy terdengar dari mulut comel Athifa.
Sungguh dia rindu dengan wanita itu sekarang ini. Tiba tiba dia teringat pula tentang gambar yang di kirim oleh seseorang.
" Daffa... kejap lagi aku nak bagi sesuatu dekat kau, aku nak kau cari nombor yang aku bagi tu kepunyaan siapa "
Dia rasa seseorang itu sengaja menghantar gambar itu kepadanya kerana mahu dia dengn Athifa bergaduh besar. Tapi masalahnya siapa seseorang tu.
" ialah, nant... " belum sempat dia menghabiskan ayat, Edard sudah pun mematikan panggilan.
Berdecit sebal dia dengan perangai Edard ni, buat dia sakit hati betul.
YOU ARE READING
𝐄𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐍𝐈𝐂𝐎 : 𝐇𝐈𝐒 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋 | 𝐂
Romance[ 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐁𝐎𝐎𝐊 ] [ 𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃 𝐀𝐋𝐎𝐍𝐄 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 ] 𝐃𝐨𝐧'𝐭 𝐛𝐞 𝐚 𝐬𝐢𝐥𝐞𝐧𝐭 𝐫𝐢𝐝𝐞𝐫𝐬, 𝐯𝐨𝐭𝐞 𝐩𝐥𝐞𝐚𝐬𝐞.. { COMPLETE } 𝐄𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐍𝐈𝐂𝐎 || 𝐀𝐔𝐑𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 𝐀𝐓𝐇𝐈𝐅𝐀 ‼️WARNING‼️ - ⚠️ 𝟏𝟎𝟎% 𝐌𝐘 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 𝐈�...