Kereta mewahnya diberhentikan betul betul di hadapan bangunan tinggi itu. Keluar dari kereta dia terus melangkah masuk ke dalam bangunan syarikat tanpa memperdulikan mata mata yang memandangnya.
Macam yang tak pernah nampak manusia je gayanya.
" ye Tuan... Tuan nak berjumpa dengan siapa ya ? " soal Bella iaitu salah satu staf yang berada di situ.
" bos you ada ke? "
" ouh Tuan ni yang ada appointment dengan Tuan Akif kan? " soal Balla bila teringat meeting yang akan bos mereka hadiri.
" ya... " sepatah dia menjawap
" Tuan boleh pergi bilik meeting lah, Tuan Akif ada dekat situ " ujar Bella.
Kakinya terus melangkah ke arah bilik meeting yang berada di tingkat 25. Buka sahaja pintu bilik meeting itu matanya sudah disapa dengan sosok seorang lelaki yang duduk sambil kaki kanan ditindah oleh kaki kiri.
Lelaki yang duduk itu mengangkat wajah bila kedengan bunyi pintu dibuka. Wajahnya yang tadi dingin terus tersentum sinis bila melihat lelaki yang dinanti nantikannya sampai juga.
" Hello my cousin... how are you bro? " sapa Akif mesra seolah olah tiada permusuhan yang berlaku diantara mereka.
" I don't have time to fight with you... keep our discussion fast " jawapnya tanpa memperdulikan sapaan mesra dari Akif.
" wow bro.. chill lah dah lama kita tak jumpa kan? kau tak rindu cousin kau ni ke? " ujarnya sambil tubuh diangkat dari duduk. Kakinya perlahan lahan berjalan mendekati Edard.
Tersenyum sinis Edard bila mendengar ayat yang keluar dari mulut Akif. Rindu? memang taklah dia nak rindu. Buat sakit hati dia je bila ingat lelaki itu.
" aku datang sini sebab nak bincang tentang projek kita... bukannya nak beramah mesra dengan kau " dingin dia membalas
Terangkat kening Akif dengan jawapan selamba Edard.
" ouhh... eeh tapi aku nak tanya lah sikit, betul ke kau dah ada suri hati? " soal Akif dengan raut wajah yang tanda tanya.
" apa masalah kau ni sebenarnya? " masih lagi dengan nada yang datar walaupun soalan Akif membuatkan dia tidak senang duduk tapi dia cuba untuk berlagak selamba.
Dia bukan apa, tapi dia takut si Akif ni gunakan Athifa semata mata untuk jatuhkan dia. Dia taknak semua tu berlaku.
Sejentik sahaja lelaki ini menyentuh Athifa, dia takkan teragak agak untuk membunuh lelaki itu.
" lah salah ke aku tanya? Bolehlah aku bersedia untuk sambut ahli keluarga baru kita nanti kan... "
Bahu tegap sengaja ditepuk dengan niat untuk menyakitkan hati lelaki itu. Tetapi lain pula jadinya bila dia yang terasa sakit hati bila mendengar ayat Edard.
" kau keluarga aku ke? " soal Edard selamba
" setahu aku... aku takde keluarga yang busuk hati macam kau " sambungnya lagi dengan senyuman sinis terukir di bibir
Puas hati dia bila melihat muka kemerahan Akif. Hah, marah lah tu. Tapi ada dia kesah? Terasa seronok lagi adalah
Ketawa hambar terlepas dari mulut Akif. Terasa panas pula bilik meeting dia sekarang ni, aircond yang ada pun tak dapat nak sejukkan hati dia yang tengah panas ni
" so... betullah ni kau dah ada suri hati? cantik tak? iyalah mana tahu dia sebenarnya tak sesuai dengan kau
ke... kan? "Dengan beraninya Akif berkata itu kepada Edard. Tangan dikepal bersama nafas yang turun naik menahan marah.
YOU ARE READING
𝐄𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐍𝐈𝐂𝐎 : 𝐇𝐈𝐒 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋 | 𝐂
Romance[ 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐁𝐎𝐎𝐊 ] [ 𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃 𝐀𝐋𝐎𝐍𝐄 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 ] 𝐃𝐨𝐧'𝐭 𝐛𝐞 𝐚 𝐬𝐢𝐥𝐞𝐧𝐭 𝐫𝐢𝐝𝐞𝐫𝐬, 𝐯𝐨𝐭𝐞 𝐩𝐥𝐞𝐚𝐬𝐞.. { COMPLETE } 𝐄𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐍𝐈𝐂𝐎 || 𝐀𝐔𝐑𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 𝐀𝐓𝐇𝐈𝐅𝐀 ‼️WARNING‼️ - ⚠️ 𝟏𝟎𝟎% 𝐌𝐘 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 𝐈�...