Caden yang baru keluar dari pejabatnya terus berkerut kening bila melihat semua pekerja Edard itu hanya senyap sahaja, selalunya... boleh dikatakan dah macam zoo negara syarikat tu sebab terlalu bising dengan mulut pekerja yang tidak berhenti bercakap.
Dia hanya mengangkat bahu sebelum berjalan ingin menuju ke pantri, walaupun Edard ada memberikannya personal assistant, tapi dia tidak akan sesekali meminta pembantunya itu untuk membuatkan air kegemarannya.
Kerana dia hanya akan minum air itu, jika dia sendiri yang bancuh, baginya air tangannya tiada tandingi dengan air tangan orang lain.
Selesai sahaja membancuh, Caden terus bergerak pergi ke pajabatnya semula, hampir sahaja tangan ingin membuat pintu pejabat... kakinya terus terhenti.
Tangan menepuk dahi bila dia terlupa ingin mengambil fail tender syarikat itu yang berada di pejabat Edard.
Caden terus berpatah balik ingin pergi ke pejabat Edard yang tidak berpenghuni itu. Buka sahaja pintu, hampir terbeliak biji matanya bila melihat Edard yang elok sahaja duduk di kerusi pejabat sambil menyemak beberapa fail.
" weh bro, bila masa kau sampai... asal aku tak perasan pun " ujarnya. Patutlah semua pekerja di syarikat itu hanya senyap sahaja, rupanya bos besar mereka ni datang melawat kawasan.
" baru je sampai " mata masih tidak lepas dari melihat fail yang baru di berikan oleh pembantunya berkenaan dengan hasil kewangan syarikat itu yang hampir sahaja jatuh merundum.
Marah yang ingin diletuskan ditahan sebaik mungkin agar tidak dilepaskan kepada pekerjanya. Walaupun masalah ini disebab oleh pekerjanya yang lalai, tetapi dia tidak akan sesuka hati memecat pekerja itu tanpa mengetahui sebab yang kukuh.
Caden hanya mengohkan sahaja, punggung dilabuhkan di kerusi depan meja Edard, tangan disilangkan dan mata melihat ke arah Edard yang seperti tengah tahan marah.
" kenapa boleh jadi sampai macam ni Caden... aku suruh kau uruskan syarikat dekat sini, sebab aku taknak ada masalah yang berlaku, tapi kau tengok lah ni... syarikat aku hampir je nak rugi tau ! " hampir meninggi suara Edard memarahi Caden.
Pening kepalanya melihat hasil kerja pekerjanya ini, sangat mengecewakannya. Jika dilihat dari matanya, ada sesetengah pekerja di syarikat ini yang hanya sambil lewah sahaja melakukan kerja.
budak tadika pun boleh kalah dengan mereka.
" aku tak tahu Edard... sebab tulah aku suruh kau datang sini untuk tengok semua ni, takkanlah aku yang kena uruskan masalah ni... aku ni takde hak nak marah pekerja kau memandangkan aku pun pekerja kau juga, sama level je dengan dorang. " jawap Caden.
Terlepas keluhan berat dari mulut Edard, dia tahu dia tak boleh nak marah Caden sebab seratus peratus hal ni bukan salah Caden.
Mungkin salahnya juga kerana jarang melawat syarikatnya yang berada di german ini. Sebab tulah pekerjanya sesuka hati sahaja buat syarikat ini macam syarikat mereka sendiri.
" aku taknak benda macam ni jadi lagi Caden... aku amanahkan kau jaga syarikat ni... jadi kau kena jaga betul betul, suka hati kau lah nak marah dorang ke apa, yang penting masalah ni takkan berlaku lagi... kau faham. " ujarnya dengan nada yang dingin.
Hanya angukkan yang dibalas oleh Caden, biarpun Edard ni sahabatnya... tetapi soal kerja mereka tetap kena professional, Edard amat tegas dalam melakukan kerja, sebab tulah kadang kadang dia pun takut nak lawan cakap Edard.
" dah... kau keluar lah, aku banyak kerja lagi nak buat ni " dia terus menyambung menyemak fail tanpa memperdulikan Caden yang sudah tercengang mendengar ayat Edard.
" kau... halau aku ? " tangan diangkat menunjuk diri sendiri bersama riak wajah yang tidak percaya.
" so, kau nak apa ni ? " dia malas nak bercakap dengan Caden sebenarnya, kalau dilayan nanti keluar pula perangai beruk sahabatnya ini.
" haih... takpelah, aku ni dah biasa lonely... ada kawan pun macam takde je " ujarnya dengan nada yang dibuat buat sedih.
Memang minta penampar betul lelaki ni.
" sebelum aku tumbuk muka kau... baik kau keluar, aku takde masa nak melayan perangai kau ni " mata yang tadi melihat fail terus diangkat dan menatap garang ke arah Caden.
Terlepas tawa besar Caden bila mendengar suara celahan gigi Edard, garang betul Edard ni, tak boleh nak ajak bergurau langsung.
" ye, aku nak keluar lah ni... sebelum tu aku nak fail tender tu dulu, baru aku keluar " balas Caden setelah tawaya reda.
" hm... ambik ni " fail yang berwarna hitam itu diberikan kepada Caden, nasib lah Caden ni rajin buat kerja, kalau tak dah lama dia pecat.
Setelah fail bertukar tangan, Caden terus keluar dari pejabat Edard dan masuk semula ke pejabatnya yang terletak di sebelah bilik kerja Edard.
Manakala Edard pula terus mencapai telefon dan melihat jikalau Athifa ada membalas pesanannya.
" I'm good here daddy... don't worry "
- my baby
Tersenyum lebar Edard melihat balasan dari Athifa, walaupun balasan itu tidak panjang tapi dapat melegakan hati Edard. Baru dua hari... tapi dia dah rindu dengan kesayangannya itu.
Sabarlah duhai hati....
YOU ARE READING
𝐄𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐍𝐈𝐂𝐎 : 𝐇𝐈𝐒 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋 | 𝐂
Romance[ 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐁𝐎𝐎𝐊 ] [ 𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃 𝐀𝐋𝐎𝐍𝐄 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 ] 𝐃𝐨𝐧'𝐭 𝐛𝐞 𝐚 𝐬𝐢𝐥𝐞𝐧𝐭 𝐫𝐢𝐝𝐞𝐫𝐬, 𝐯𝐨𝐭𝐞 𝐩𝐥𝐞𝐚𝐬𝐞.. { COMPLETE } 𝐄𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐍𝐈𝐂𝐎 || 𝐀𝐔𝐑𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 𝐀𝐓𝐇𝐈𝐅𝐀 ‼️WARNING‼️ - ⚠️ 𝟏𝟎𝟎% 𝐌𝐘 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 𝐈�...