Tepat pukul dua belas tengah hari dia dah terpacak depan kondo Athifa. Macam mana dia boleh awal sampai sini? Sebab dia dah tak boleh nak tahan rindu dekat wanita kesayangannya itu
Bell rumah ditekan oleh Edard, tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar sambil menunggu wanita kesayangannya membukakan pintu
Athifa yang sedang memasukkan pakaian ke dalam almari tersentak bila mendengar bell rumahnya berbunyi.
Disebabkan semalam dia sampai sahaja di kondo dia terus melelapkan mata, tak sempat nak kemas barang dia, bayangkan lapan jam dia duduk dekat flight tak buat apa apa. Bosan pun ye jugak
Tubuh diangkat dari duduk dan dia berjalan ingin menuju ke pintu utama. Buka sahaja pintu hampir terbeliak biji matanya bila terlihat Edard yang berdiri sambil menatap tajam ke arahnya.
Macam mana lelaki itu boleh sampai sini? Dan macam mana lelaki itu tau dia dekat sini?
" Hai baby... miss me hm? " datar Edard menyoal Athifa yang terkejut bila melihat kehadirannya
Baru sahaja Athifa ingin menutup pintu, tangan kekar Edard sudah menahan sebelum ditolak kasar sehingga belakang tubuh Athifa terhentak di dinding
Meringis perlahan Athifa bila tubuhnya terasa sakit. Setitik menitis air matanya keluar kerana sakit hati dengan perbuatan Edard yang berkasar dengannya
" you ni kenapa !! " tengking Athifa kepada Edard yang semakin mendekatinya
" don't you dare to raise your voice on me Athifa... selama ni I tahan diri I untuk tak berkasar dengan you, tapi mangkin lama I tahan, makin tipis kesabaran I dekat you. Apa yang susah sangat nak faham... I cuma nak you pindah dekat rumah I je... itupun susah ke! Kenapa sampai nak balik Malaysia pula ni! "
" you tak bagi tahu I pun kan yang you balik Malaysia... I ni tak penting ke Athifa? I setengah mati fikir macam mana cara untuk I pujuk you supaya you balik dekat I tapi you boleh pula lari pergi Malaysia... " marah Edard terselit dengan nada kecewa
" you tahu tak I risau dekat you ! " tangan digenggam kuat sebelum dinding ditumbuk kuat olehnya. Darah yang mengalir hanya dibiarkan
Matanya masih tajam memerhati Athifa yang sudah teresak esak menangis.
" I bukan nak lari... tapi salah ke kalau I nak jauhkan diri dari you? Lagipun kita ni takde hubungan Edard ! you tu cuma ayah I " jawapnya berani
" I bukan ayah kandung you, I cuma ayah angkat you je Athifa... " pantas Edard membantah ayat Athifa
" ouh ya, tadi you cakap yang kita takde hubungan kan? It's okay... kalau macam tu, kita buat... sampailah kita ada hubungan " ujar Edard
" apa maksud you ni? " berkerut dahi Athifa kerana tidak faham dengan ujaran Edard
Perlahan lahan tangan Edard naik mengusap pipi Athifa yang dibasahi air mata. Kesian, macam baru lepas kena pukul je gayanya
" kita kahwin "
Dua patah perkataan yang mampu membuatkan jantung Athifa macam nak pecah.
" ap--apa yang you merepek ni? " tersekat sekat suaranya menyoal Edard
Yang lagi buat dia tak keruan bila Edard sengaja mendekatkan jarak wajah mereka. Terasa hembusan nafas kasar Edard depan wajahnya
" I tak merepek... kita kahwin kalau itu je cara supaya you tak lari dari I " jawap Edard dingin
" you nak I ulang berapa kali ni Edard? I cakap I tak lari... you tak faham ke? " bengang Athifa kepada Edard yang dari tadi mengatakannya lari dari lelaki itu
YOU ARE READING
𝐄𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐍𝐈𝐂𝐎 : 𝐇𝐈𝐒 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋 | 𝐂
Romance[ 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐁𝐎𝐎𝐊 ] [ 𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃 𝐀𝐋𝐎𝐍𝐄 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 ] 𝐃𝐨𝐧'𝐭 𝐛𝐞 𝐚 𝐬𝐢𝐥𝐞𝐧𝐭 𝐫𝐢𝐝𝐞𝐫𝐬, 𝐯𝐨𝐭𝐞 𝐩𝐥𝐞𝐚𝐬𝐞.. { COMPLETE } 𝐄𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐍𝐈𝐂𝐎 || 𝐀𝐔𝐑𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 𝐀𝐓𝐇𝐈𝐅𝐀 ‼️WARNING‼️ - ⚠️ 𝟏𝟎𝟎% 𝐌𝐘 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 𝐈�...