part 32

7.5K 174 3
                                    

Ticket penerbangan itu dilihat berkali kali sebelum keluhan berat dilepaskan. Dia sudah buat keputusan untuk balik ke Malaysia semata mata hanya untuk melupakan lelaki itu.

atau lebih mudah lagi, dia ingin membuang perasaan ini jauh jauh walaupun dia tahu ianya memang agak sukar untuk dia.

Tetapi tidak mengapa, manatau kot kotlah dia terjumpa lelaki hansem dekat sana boleh lah dia cuba untuk buang perasaan yang datang tak diundang ni.

Dia juga sudah membincangkan hal ini kepada Clarissa, puas juga dia memujuk supaya Clarissa benarkan dia pergi sorang diri.

Nasib baiklah sahabatnya itu setuju,itu pun dia kena menipu dulu barulah wanita itu percaya yang dia boleh berdikari sendiri sampai sana nanti.

Jam di pergelangan tangan dilihat sekali lagi, dengar sahaja pengunguman penerbangan mereka yang akan berlepas tidak lama lagi dia terus menarik bagasi dan masuk ke balai perlepasan.

Harap haraplah dia tak jumpa sesiapa yang dia kenal dekat sana nanti.

" it's okay Athifa, you will get a new life after this. No more love okay " bisiknya perlahan bersama nafas dihembuskan perlahan.

Bibirnya mengukirkan senyuman tipis sebelum dia berjalan meninggalkan negara yang telah dia diamai selama sembilan belas tahun ini

Dia tidak pasti sama ada dia akan balik ataupun tidak, yang dia pasti dia merantau ke Malaysia hanya kerana dia ingin melupakan perasaannya terhadap lelaki itu.

" what ! " terketab rahangnya bila Daffa memberitahunya bahawa Athifa berada di dalam flight dan akan berlepas ke Malaysia.

Turun naik dada Edard menahan marah terhadap Athifa. Kalau ya pun marahkan dia tak payalah sampai nak lari pergi Malaysia.

Tau tak dia risau !

Sumpah dia cakap, Athifa memang uji kesabaran dia, kalau bukan kerana wanita itu adalah wanita kesayangannya, memang dah lama dia bagi penampar.

" macam mana kau tahu dia nak pergi Malaysia ? " dingin Edard bertanya kepada Daffa yang masih berada di talian

" semalam aku pergi rumah kawan dia kononnya aku nak bagi tahu pasal parents kandung dia tu... tapi last last kawan dia cakap yang Athifa dah selamat dalam flight nak pergi
Malaysia " jawab Daffa

" apasal perempuan tu tak bagi tahu ! "

" eeh kau ! perempuan yang kau cakap tu ada nama tau ! " panas pula hati dia bila Edard panggil Clarissa macam tu.

" tak masalahnya kenapa dia tak bagi tahu aku awal awal ha... kau ingat sekarang ni sempat ke kalau aku nak kejar Athifa ! " bengang Edard

" eh Edard... sepatutnya kau yang kena ambik tahun pasal Athifa tu tau. Bukannya Clarissa yang kena bagi tahu kau semua benda ! " marah Daffa

" haih bodoh lah ! " maki Edard

Meja yang berada di hadapannya ditendang dengan hati yang panas. Kalau ikutkan hati dia yang tengah panas ni, sekarang juga dia kejar Athifa.

Tetapi bila difikir balik memang tak sempat lah sebab flight Athifa dah berlepas.

Nafas dihembus kasar. Panggilan dimatikan oleh Edard tanpa sempat Daffa membalas. Genggaman telefon ditanggannya di kuatkan lagi.

" you cabar I Athifa... you belum pernah nampak lagi gila I macam mana kan sayang... " bisik Edard

" it's okay Athifa... you ingat I takkan dapat cari you ke walaupun you dekat Malaysia? You yang cabar I Athifa... you jangan salahkan I kalau I buat benda yang you tak suka "

𝐄𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐍𝐈𝐂𝐎 : 𝐇𝐈𝐒 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋 | 𝐂Where stories live. Discover now