part 42

6.2K 150 0
                                    

Mata Edard yang tajam memerhatikan dirinya hanya dipandang tanpa gentar oleh Jack. Dia hanya tersenyum sinis melihat Edard yang sudah mengetap rahang melihatnya

" datang sini nak cari bini ke? " soal Jack dengan nada yang mengejek

" what do you wanna do with my wife " datar dia menyoal

Dia berjalan mendekat ke arah mereka sebelum tangan isterinya ditarik berselindung di belakang tubuh kekarnya

" selama aku jadi suami dia, tak pernah sekali pun aku naik tangan dekat dia, dan kau siapa nak pukul isteri aku "

Masih dengan nada yang rendah dia bertanya. Tapi siapa tahu, hatinya bagaikan ingin meletop apabila sedikit sahaja lagi tangan lelaki tua itu ingin menyentuh wajah kesayangannya.

Sakit isterinya, maka dia turut akan terasa sakit itu.

Terlepas tawa besar dari mulut Jack. Baginya soalan Edard adalah sungguh kelakar.

" kau tak tahu ke? Aku ni ayah tiri dia. Ouhh... kalau kau tak boleh nak terima perkataan 'ayah tiri' tu, kau boleh anggap yang dia ni anak saudara aku "

" sebab dia memang anak saudara aku pun " sambungnya lagi dengan senyuman senget

" biar pun isteri aku ni anak saudara kau, kau langsung tiada hak untuk pukul dia. Lain lah kalau kau ni AYAH KANDUNG dia " perkataan ayah kandung sengaja di tekan kan bagi menyedarkan lelaki itu

Biar pun Athifa ni anak tiri merangkap anak saudara Jack. Tapi itu bukan tiket untuk dia naik tangan dekat Athifa.
Sedangkan dia pun tak pernah pukul isteri kesayangan dia ni.

Athifa yang melihat ketegangan antara suaminya dengan lelaki yang dikatakan Jack itu mencuit perlahan lengan kekar Edard.

Terkebil kebil matanya bila melihat pandangan mata Edard yang begitu tajam melihatnya. Tak... dia tak pernah lupa lagi kesalahan dia.

Memang konfirm balik ni dia kena marah teruk oleh suaminya. Bertabah lah Athifa, dah salah kau, nak buat macam mana.

Itu lah, sebelum nak buat tu tak fikir betul betul.

" dah lah tu, jom lah kita balik " perlahan dia berkata

" I tak habis lagi ni, you kalau nak balik. You balik dengan Daffa, tunggu I dekat rumah " ujar Edard

Dia memerhati Athifa yang sudah menundukkan kepala ke bawah bawah. Manakala tangan wanita itu pulak menarik narik hujung bajunya.

Tunggulah sampai rumah nanti, tahu lah apa yang dia akan buat dekat isterinya. Berani betul keluar rumah tak minta izin dia, nasib baik lah Daffa dapat jumpa lokasi isteri dia.

Patut lah semalam wanita itu seperti mahu tidak mahu sahaja melayaninya. Rupanya di sebabkan hal ini. Mahu tidak tercabut jantung dia bila Daffa mengatakan bahawa Athifa berada di rumah Jack iaitu ayah tiri isterinya

Dia terus bergegas dengan Daffa pergi ke sini. Mahunya Jack apa apakan isteri dia macam mana? Itu belum lagi termasuk soal Akif

Rupanya lelaki itu bersekongkol dengan Jack untuk memisahkan dia dan Athifa dengan menggupah Edric untuk menangkap gambar isterinya semasa berada di dewan kuliah bersama dengan Albern dan juga Clarissa

Bodoh punya lelaki tua!!

Clarissa? Dia dah jadi tunggul dekat situ. Dia hanya menyaksikan sahaja pertelingkahan keluarga yang baru berjumpa ini. Awalnya dia ingin masuk campur, tapi bila melihat kedatangan Edard terus dia mengundur diri

Dia tacod sebenarnya!!

" eeh... Athifa, awalnya kau nak balik, tak nak tahu ke siapa ayah kandung kau
tu " pintas Jack apabila mendengar bicara Edard

𝐄𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐍𝐈𝐂𝐎 : 𝐇𝐈𝐒 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋 | 𝐂Where stories live. Discover now