part 47

5.9K 118 1
                                    

Tubuh yang elok baring menelentang itu terkalih apabila mendengar deheman isterinya yang berada di sebelah

Kepala ditolehkan sebelum keningnya terjungkit apabila melihat isterinya yang berwajah kerut dengan tangan yang mengusap ngusap leher putihnya

Jarak mereka didekatkan, tangan kanannya naik menyentuh wajah wanita itu, dahi yang berkerut diusap lembut olehnya

" why? " perlahan dia menyoal

" tak, baby rasa mual lah " berkali kali air liurnya ditelan bagi menghilangkan rasa mual. Seperti ada sesuatu yang ingin keluar dari mulutnya.

" mual? Baby nak muntah? Baby salah makan ke? " laju tubuhnya diangkat dari baringan. Risau pula bila mendengar perkataan mual yang disebut oleh isterinya

" mana ada salah makan.... " meleret dia membalas. Terasa lemah tubuhnya saat ini. Tidak henti tangannya mengusap lehernya

Tidak tunggu lama tubuh lemah isterinya terus diangkat dari pembaringan sebelum disandarkan di kepala katil. Rambut isterinya yang berjuraian diikat sanggul olehnya.

" baby ada makan apa apa tak
semalam? " lincah tangannya mengikat sambil mulutnya mengajukan soalan kepada Athifa yang terlihat lemah

" baby makan coklat je " teringat semalam dia menghabiskan berkeping keping coklat yang diambil secara senyap olehnya. Mungkin sebab itulah tekaknya terasa mual.

" makan coklat? tapi tak akan lah sampai mual macam ni " kerut keningnya

Wajah yang tadi berkerut itu terus berubah datar apabila memahami maksud isterinya. Athifa ni kalau makan coklat seperti sebulan tidak pernah makan sahaja gamaknya.

Sedangkan spaghetti kegemaran wanita itu pun seperti tiada makna sahaja baginya

" baby makan banyak ke? " dingin suaranya menyoal

Melihat anggukan Athifa dia terus menghela nafas lelah. Kepala yang terasa pening dipicit perlahan olehnya. Boleh gila dia macam ni melayan kedegilan isterinya

Athifa yang mendengar keluhan suaminya mula mencebik bibir dengan air mata yang mula bertakung di tubir mata. Kenapa suami dia mengeluh? Penat ke melayan perangai dia ni?

" kenapa hubby mengeluh? " bibir dikemam bagi menahan tangisan yang ingin keluar. Matanya yang bertakung menoleh melihat wajah garang suaminya

Dia terasa bila mendengar keluhan Edard.  Seperti dia menyusahkan lelaki itu sehingga menyebabkan Edard berasa penat.

Wajahnya yang garang mula mengendur bila melihat wajah sedih isterinya. Nak marah tapi tak sampai hati.

Perlahan dua ulas bibirnya membentuk senyuman walaupun kelihatan hambar kerana masih berasa geram dengan isterinya saat ini

'' tak baby, hubby tak mengeluh. Hubby cuma nak hembus nafas je ni ha '' lembut dia memujuk. 

Belum sempat dia ingin membalas, tangannya laju menekup mulut apabila terasa ada sesuatu yang berpusu pusu ingin keluar dari mulutnya

" Hey baby, kenapa ni? " kedua lengan Athifa dicengkam lembut dan menghadapkan wanita itu ke arahnya

Tergeleng kepala Athifa dengan tangan yang masih menekup mulut. Sebelah tangannya meleraikan cengkaman Edard sebelum dia turun dari katil dan berlari ke arah bilik air mereka

Segala isi perut dimuntahkan olehnya. Berair tubuh matanya kerana tekak yang terasa sakit apabila mengeluarkan cecairan itu. Edard yang berdiri di belakang isterinya hanya mampu membantu dengan mengusap belakang tubuh wanita itu

𝐄𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐍𝐈𝐂𝐎 : 𝐇𝐈𝐒 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋 | 𝐂Where stories live. Discover now