SPECIAL CHAPTER III

2.3K 80 0
                                    

Pulang saja mereka dari majlis pertunangan Clarissa dan Daffa. Dia terus merebahkan tubuh di atas katil. Kepala yang terasa pening diurut perlahan. Berkerut wajahnya apabila tekak terasa mula.

" baby kenapa? "

Ian yang berada di dukungan perlahan lahan di letakkan di katil bayi yang terletak di sebelah katil mereka. Dia mendekati Athifa yang kelihatan tidak bermaya di atas katil.

" tak adalah, pening kepala je " balasnya lemah

" nak hubby urut? " terpancar riak kerisauan di wajahnya

" boleh juga "

Tidak menunggu lama, dia terus memangku kepala isterinya lalu mengurut lembut kepala Athifa. Entah kenapa, isteri dia tiba tiba sakit pula ni. Tadi pagi okay aje.

Cuma dia perasan sejak dua menjak ni isteri dia asyik emosi aje. Sekejap nangis sekejap marah. Dia pun pelik. Nak kata period, lama betul periodnya.

" hubby... "

" hm " dia mengumam perlahan

" Hubby busuk " dia mengepit hidungnya menggunakan jari.

" ha? " laju dia menghidu bau badannya. Wangi aje! Mana ada busuk

" mana ada busuk lah " balasnya lembut

" adalah hubby " dia terus menjauh dengan dahi yang berkerut. Tidak tahan dengan bau suaminya

Liur di telan kesat. Pelik betul isteri dia ni. Dia berpeluh pun tidak inikan pula boleh berbau?

" serius lah baby? " tidak berkelip matanya melihat Athifa yang menutup hidung

Athifa mengangguk laju. Berkerut wajahnya menahan rasa mual. Kalau tadi dia tutup hidung, sekarang ni mulut pula yang di tutupnya. Terasa seperti ada sesuatu yang ingin keluar dari mulutnya.

" kenapa ni baby? " risau dia melihat Athifa

" kejap " laju dia turun dari katil lalu berlari ke arah tandas. Dia memuntahkan segala isi perutnya sebelum dia membuka pili air lalu membersihkan mulutnya

Terasa usapan lembut tangan Edard di belakangnya. Sedikit lega yang dia rasakan. Entah kenapa dia terasa nak muntah pula.

" baby... " panggilnya meleret

" hmm " dia mengumam perlahan. Mata dipejam merasai usapan lembut suaminya

" boleh baby test ni? " alat pregnancy test di tunjukkan pada isterinya

" kenapa pula? " berkerut dahinya. Ingat dia mengandung ke? Tapi... mana tahu rezeki kan. Dia pun dah lama dah tak datang bulan.

" try test aje. Mana tahu ada mini me dekat sini " perut kempis Athifa di usap. Dia tidak berharap yang Athifa mengandung. Tapi tiba tiba dia teringatkan kali pertama mereka mengetahui bahawa Athifa tengah mengandungkan anak pertama mereka. Hampir sama.

Mana tahu melekat anak kedua pula?

" sekejap lah, hubby keluar dulu " arahnya.

Pintu tandas di kunci sebelum dia merenung pregnancy test di tangannya. Liur di telan kesat. Harap harap keputusan dia tidak mengecewakan.

Edard yang sedang menunggu di hadapan pintu tandas itu menggigit bibir perlahan. Tidak sabar ingin menunggu keputusan dari isterinya.

Hampir 15minit dia menunggu, pintu tandas di buka oleh Athifa. Raut wajah wanita itu seolah olah kecewa. Dia menelan liur kesat. Mungkin tak ada rezeki.

" baby okay? " soalnya lembut. Pinggang ramping isterinya di tarik merapati.

" it's okay, belum ada rezeki lagi " ubun ubun Athifa di kucup lembut dengan mata yang terpejam

𝐄𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐍𝐈𝐂𝐎 : 𝐇𝐈𝐒 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋 | 𝐂Where stories live. Discover now