Kepala dongak ke atas. Mulut Alisha ternganga luas melihat bangunan yang tinggi lampai. Sangat mewah. Segan pula nak masuk dengan pakaian biasa saja.
Dia hanya pakai t-shirt dan seluar palazzo saja. Tambah lagi pakai tudung sarung saja. Menyesal tak dengar nasihat umi pakai baju cantik.
Kaki tetap melangkah. Tebalkan saja muka asal kerja selesai. Tangan penuh dengan bekas yang berisi kuih tepung pelita.
"Assalamualaikum, saya nak tumpang tanya. Ini Florence Hotel betul ke?" tanya Alisha pada wanita di kaunter pertanyaan. Tag bernama Lara Aevia.
"Iya. Boleh saya tahu apa urusan cik. Kalau tempahan kami harap maaf sebab hotel kami masih belum terima mana-mana pelanggan lagi," balas Lara.
"Saya nak hantar tempahan dari Encik Andres." Beg plastik di pamer. Bukti dia bercakap benar.
"Oh, Tuan Andres. Adakah ni cik Alisha ke?"
Alisha mengangguk. Mesti umi sudah sedia maklum yang dia wakilkan umi untuk hantar tempahan.
"Cik Alisha boleh ikut saya."
Alisha mengikut jejak langkah Lara. Mereka berdua naik lif ke tingkat 7. Tingkat paling atas. Setelah pintu lif dibuka, Alisha terkesima melihat hiasan ruang tingkat ini. Sangat mewah.
Alisha membontoti saja Lara. Mereka menuju ke sebuah pintu gerbang yang agak besar dikawal oleh dua orang pengawal memakai suit hitam. Wajah ditutup dengan topeng.
Meremang bulu pula persis masuk tempat tak sepatutnya. Dahi Alisha berkerut saat Lara membuka mulut.
Mereka bercakap menggunakan bahasa yang langsung tak difahami.Usai bercakap. Dua lelaki itu membuka pintu gerbang.
Rahang Alisha hampir jatuh melihat ruang di dalam dewan. Lampu chandelier yang berukuran satu meter di tengah dewan. Dinding yang berwarna putih bersalut emas. Cantik.
Ini hotel bertaraf level lima bintang.
Mata Alisha jatuh pada manusia. Semua berpakaian cantik. Semua yang melihat membalas dengan pandangan pelik. Dia melihat diri sendiri.
Oh, lupa. Dia berpakaian tak ubah persis nak pergi pasar.
Alisha kembali fokus pada tujuan asalnya. Dia hanya mahu menghantar tempahan. Itu saja.
Lara menuju ke arah seorang lelaki membelakangi mereka. Gadis itu berbisik sesuatu sebelum lelaki itu berpaling menghadap Alisha.
Mata Alisha membulat. Deja vu.
Mata itu sama dengan mata seseorang. Tapi tatapan ini seakan penuh dengan kegelapan jauh berbeza tatapan lembut si dia.
Wajah mereka juga hampir sama. Pelanduk dua serupa. Bezanya wajah lelaki ini agak bengis.
"Cik Alisha right?" Suara garau itu menyapa.
"Ya. E-encik Andres kan?" Alisha gugup.
"Saya nak hantar tempahan tapi saya tak tahu nak bagi dekat siapa." ujar Alisha sambil menunjuk tangan dipenuhi beg plastik.
"Wait, I call my PA," ujar Andres.
Alisha mengerling ke arah wanita di samping Andres. Wanita yang sama di kaunter tadi. Alisha baru perasan gadis itu ada tatu di bahu kanan. Nampaknya pekerja di hotel ini bukan calang-calang orang juga.
Seorang wanita datang. Mungkin itu personal assistant yang dimaksudkan.
"Iya tuan."
"Laila, kau ambil beg plastik tu." Hanya sekali arahan daripada Andres, wanita bernama Laila terus mengambil beg plastik di tangan Alisha sebelum menghilangkan.
Alisha mula tertanya. Kenapa tak suruh pekerja biasa? Secara logik akal pangkat Laila dan Lara. Laila lagi tinggi.
Eh, suka hati dialah. Pekerja dia."Encik saya minta diri dulu," ujar Alisha.
Itu tujuan asalnya. Tak mahu berlama di sini. Semakin tak selesa dengan pandangan manusia di dalam dewan.
"Nice to meet you, young lady." Andres terus menghilangkan diri.
Alisha garu pipi yang tak gatal. Kata-kata terakhir Andres diabaikan. Ada baiknya dia keluar dulu. Lemas pula dengan pandangan manusia.
Tahulah dia persis makcik pasar pagi tapi perlu dipandang begitu.
-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-
Andres dalam diam menghantar Alisha melalui mata. Tangan naik berpeluk tubuh. Badan bersandar pada dinding. Akhirnya dapat juga berjumpa dengan gadis yang digilai oleh adiknya.
Tiba ada tangan kecil menyentuh tangan.
"Who's that pretty sister, daddy?" Tanya Dahlia dengan wajah polos.
Tubuh Dahlia dibawa dalam dukungan.
"Your future mama maybe." Jawab Andres.
"Mama Dahlia? Girlfriend daddy?" Tanya Dahlia lagi.
Matanya bersinar kerana teruja.
Andres menggeleng. "She is not mine, little princess. She belongs to papa Zayn."
Dahlia menayang muka blur. Tak faham apa yang Andres maksudkan.
"Soon you'll know, Miss Dahlia." Hidung si anak dicuit lembut.
Pandangan Andres beralih pada seseorang yang menghampiri. Adiknya, Zayn segak memakai tuxedo berwarna putih.
"Princess, look who is coming?" ujar Andres.
Dahlia tak mampu menyorok keterujaannya terus mengoncang bahu Andres mahu dirinya dilepaskan dari dukungan. Lantas, dia berlari ke arah Zayn.
"Papa!" Jerit Dahlia
Zayn terus mendukung tubuh kecil Dahlia.
"Dahlia miss papa," ujar Dahlia sambil memeluk erat Zayn.
"Papa miss Dahlia too." Pipi anak buah dikucup sekilas.
Andres ketawa melihat telatah anaknya. Dahlia dan Zayn tak boleh dipisahkan. Zayn suka manjakan Dahlia. Bercampur dengan Ena bertambah manja Dahlia.
"I met your lady," ujar Andres.
"Aku nampak tadi. Saja nak perhatikan dari jauh. She is still the same. Cantik ," balas Zayn. Bibir melebar saat teringat gadis yang sudah lama dipuja. Hampir setahun tak berjumpa dengan gadis itu.
Bebola mata Andres naik ke atas. "Kenapa kau je tak tegur dia? Nak juga petik nama aku."
Pipi yang tak gatal Zayn garu.
"Aku bukan tak nak jumpa dia, Ad. Aku nak je berlari pergi dekat dia tadi tapi aku tak nak buat dia terkejut. Lagipun aku nak jumpa dia in proper way," ujar Zayn.
Kening Andres terangkat sebelah. "Proper way? Maksud kau."
"Merisik."
Riaksi Andres berubah terkejut. "Mama papa tahu ?"
Zayn senyum lebar. "Of course man. Aku tak buat keputusan tanpa berfikir."
Andres ketawa kuat. "Kau tak buat keputusan tanpa berfikir? Kau kena ingat project kau tahun lepas hampir gagal tau."
Zayn tersengih sendiri. Pipi tak gatal digaru. Project yang dimaksudkan adalah hotel yang siap dibina dan dia sedang berada dalam hotel ini sekarang.
"But we did it right? So nothing to lose."
Andres sengih. "Ayat nak selamatkan diri sendiri. Nasib baik papa tak mengamuk. Kalau tak, kita dua-dua masak kena bakar dengan papa."
Zayn sengih tak bersalah. Dato Alan adalah manusia mereka berdua paling takuti. Orang lain takut emak tapi mereka takut bapak.
"But bro. You did the right thing. You should marry her if you love her." Andres menepuk bahu Zayn.
"Itu pilihan yang tepat sebagai seorang lelaki. Halalkan wanita yang sepatutnya dihalalkan." Zayn senyum sendiri.
YOU ARE READING
Miss Flower [Re-edit]
RomanceZayn Macallan x Alisha Humaira She fell for his eyes, his green eyes. He fell for her very existence. Mula : 2/11/2023 Tamat : 1/12/2023