Miss Flower | 20

12K 450 2
                                    

Malam berganti siang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Malam berganti siang. Hari berganti hari. Rindu pada umi tercinta akan terubat beberapa jam saja lagi.

Beg beroda yang hendak dibawa tersusun cantik di luar rumah. Alisha bersandar pada dinding. Jam tangan di kerling berkali-kali. Mata melirik ke arah Lisa.

Gadis itu tak penat, ke hulu ke hilir. Nampak gaya seakan gelisah. Mana tak gelisah. Orang yang dia ajak dah 15 minit lewat.

"Cuba bawa bertenang Lisa. Tak pun cuba call," ujar Alisha.

Pada awalnya Alisha sendiri mahu jadi pemandu memandangkan dia tahu selok belok jalan pulang ke kampung halaman.

Sebaliknya, Lisa maklumkan ada orang wakilkan diri untuk jadi driver tak berbayar. Mahu ditegah tapi Lisa berkeras jadi dia okay kan aje.

"Dah tapi tak angkat- Eh itu dia orang," Suara awalnya persis putus harapan tiba-tiba bertukar teruja. Mata Lisa membulat teruja.

Alisha pula pasrah. Dia pun tak tahu siapa yang diajak. Banyak kali tanya siapa. Kesudahannya, Lisa balas dengan sengih kambing. Sakit pula hati.

Muncul kereta Audi A8 berwarna hitam berhenti di depan pagar. Lisa orang pertama yang menghampiri ketawa mahal itu. Tak terkawal riak teruja Lisa.

Alisha menarik kedua luggage milik dia dan Lisa.  Sampai sahaja di depan pagar, pandangan Alisha bertembung dengan sepasang anak mata yang cukup dia kenali.

Anak mata berwarna kehijauan itu menyapa pemandangan. Tatapan yang menenangkan. Ada tiupan angin lembut menyentuh kulit.

"Morning young lady."

"Morning kak Sha!"

Suara Zayn dan Ena silih berganti menyapa. Mereka berdua menayang senyuman lebar.

Alisha diam tak membalas. Mata masih tertumpu pada Zayn. Jejaka itu berbaju t-shirt putih dan berseluar biru muda. Dia terpaksa mendongak melihat wajah jejaka itu dek kerana paras tinggi yang hampir 6'11".

Bahu Alisha ditepuk dari tepi. Dia tersentak dari lamunan.

"Lama tenung anak teruna orang." Sakat Lisa bersama sengihan gatal. Suara sengaja dikuatkan mahu abang sepupunya dengar.

Zayn di bahagian bonet kereta tersenyum sendiri. Jelas dan nyata apa yang keluar dari mulut Lisa. Tipu kalau dia tak perasan renungan Alisha.

Hati Zayn berbisik sendiri, biarlah sang puteri mahu merenung dia. Dia berbesar hati untuk menjadi tugu buat pameran demi sang puteri. 

Poyo lah kau ni Zayn Macallan ! Zayn ketawa halus.

Pipi Alisha membahang. Mata mengerling sekilas Zayn yang sedang sibuk menyusun luggage. Mujur lelaki itu buat-buat tak dengar walhal suara Lisa persis pembesar suara. Mujur jiran tak keluar tegur aje.

Alisha berpaling ke arah Lisa semula. Mata mencerlung tajam. Tangan laju memberi sengatan berbisa ke bahu Lisa. Padah usik permaisuri lebah. Tak dapat madu tapi dapat bisa. Nasib seekor saja kalau beribu datang. Lebam tangan.

"Auw... Berbisa juga cubitan kau ni." Rintih Lisa. Berkerut dahi menahan sakit. Bahu digosok-gosok berkali-kali.  Mahu hilangkan rasa pedih.

"Asal kau tak cakap yang ajak dia orang," ujar Alisha separa berbisik.

Mata Lisa naik ke atas. Ingatkan sebab dia sergah tenung anak orang tak lepas.

"Belum tiba masanya. Sekarang masa dah tiba."
Alisha menepuk dahi.

Tapi betul juga, siapa lagi Lisa akan ajak kalau bukan sepupu sendiri. Mereka saja keluarga yang paling rapat. Kenapa lah dia tak terfikir
.
Zayn menutup rapat bonet kereta. Alisha dan Lisa didekati. Ena awal lagi dah masuk dalam kereta. Bibir melebar saat mata bertembung dengan anak mata cantik Alisha.

"Jom kita bertolak."

Laju saja Lisa cepat masuk di tempat duduk belakang. Alisha tercengang. Kalau dua orang tu duduk belakang habis dia nak duduk mana. Alisha merenung pintu depan.

Parah.

"Pintu kereta saya cantik sangat ke?" Zayn berdiri belakang Alisha. Matanya juga merenung pintu sama seperti Alisha.

"Huh?"

Alisha bagai tersedar dari lamunannya. Badan berpaling menghadap Zayn. Bau cologne menusuk ke hidung. Semerbak harum baunya.

Zayn membongkok sedikit. Samakan paras tinggi dengan Alisha. Wajah didekatkan. Senyumnya terukir di bibir merah.

"Awak tiada pilihan, cik Bunga. Be my co-pilot." ujar Zayn separa berbisik, seakan boleh baca fikiran Alisha.

Sekali lagi, pipinya membahang. Dia menjauhkan badannya dengan Zayn.

"Saya nak masuklah ni." Alisha melangkah kearah pintu kereta bahagian co-pilot.

Alisha baru mahu membuka pintu kereta tapi tangan Zayn lebih pantas. Pintu kereta dibuka. Alisha berpaling ke arah Zayn. Jejaka itu membalas pandang bersama senyuman.

"Masuk Alisha."

Tangan masih setia memegang pintu, selagi Alisha tak masuk selagi itu dia berdiri di situ.

Alisha dengan rela hati masuk ke bahagian co-pilot. Saat Alisha menunduk kepala, tangan Zayn naik melindungi kepala Alisha dari terhantuk.

Lisa dan Ena memerhati dua merpati sejoli sejak dari tadi. Mereka buat isyarat mata sesama sendiri. Masing-masing menayang senyuman penuh makna. Zayn yang mereka kenal bukan gentle begini.

"Dengan adik sendiri pun tak pernah dapat service tip top macam kak Alisha," bisik Ena ke telinga Lisa.

Lisa ketawa. "Kak Alisha, awak tu ibarat tuan puteri dia. Kita ni cuma dayang. Itu pun kalau layak. Kalau tidak hamba lah jawabnya."

Alisha berdehem beberapa kali. Sengaja dibuat sakit tekak. Dia mahu orang belakang sedar yang di boleh dengar apa mereka bualkan. Dia tak minta untuk dilayan begini.

Badan Alisha mengeras saat Zayn masuk di bahagian pemandu. Diri memujuk hati untuk bertenang. Mata mengerling sekilas ke tepi. Dari sisi, jejaka itu nampak sangat kacak.

"Semua dah okay? Kita dah bertolak ni?" Suara Zayn bergema di gegendang telinga Alisha.

"Okay!" Sorak Lisa dan Ena serentak dari belakang.

"Alisha okay?" Zayn berpaling ke tepi. Gadis itu tak menyahut.

"O-okay." Tiba-tiba gagap. Alisha malu sendiri.

Zayn senyum sendiri. Terhibur dengan wajah cuak gadis di sebelah. Pedal minyak ditekan perlahan-lahan.

Miss Flower [Re-edit]Where stories live. Discover now