Miss Flower | 24

11K 551 14
                                    

Kaki Alisha perlahan melangkah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaki Alisha perlahan melangkah. Dia perlu berjumpa dengan supervisor a.k.a Dr. Zayn atas permintaan beliau. Hari ini hari terakhir dia bertugas sebagai supervisor.

Sebagai seorang insan yang kenal erti menghargai dan mengenal budi. Dia membawa hadiah untuk beliau. Hadiah untuk membalas budi. Kotak dihiasi dengan reben merah kemas dalam pegangan.

Label nama yang tertera pada pintu ditenung seketika. Nafas ditarik dalam sebelum dihembus. Tangan mengetuk daun pintu beberapa kali. Di saat dapat sahutan dari dalam baru dia berani menguak pintu.

Mata Alisha tertumpu pada wajah serius Zayn. Aura sangat berbeza dengan Zayn yang dia kenal. Aura Dr.Zayn Macallan sangat dingin.

"Dr. Zayn." Sangat wajar untuk panggil nama panggilan itu dia sini.

Zayn seakan baru tersedar dengan kehadiran Alisha. Wajah yang tegang terus bertukar manis persis gula. Fokus laptop mula beralih sepenuhnya pada Alisha.
Bibir melebar.

"Have a sit, Alisba. Kita berdua je di sini. Tak perlu formal panggil Zayn je," balas Zayn. Tangan mempelawa Alisha duduk di hadapan.

Alisha menurut perintah. Kerusi tak berpenghuni ditarik lalu punggung dilabuhkan.

"Alisha."

"Zayn." Seru mereka serentak.

Zayn ketawa kecil. "Ladies first."

Alisha diam sejenak. Tiba-tiba gugup pula. Kotak dalam genggaman ditolak ke depan.

"Ini hadiah untuk awak."

Zayn tak berkedip memandang kotak hitam. Hati berbunga. Siapa je tak suka dapat hadiah? Kotak itu dicapai.

"Can I open it?"

Alisha mengangguk.

Zayn dengan berhati-hati membuka kotak hitam yang bersaiz tapak tangannya saja. Terdedah isi di dalam.
Tali leher berwarna hitam. Cantik.

"Maaf kalau hadiah saya tak seberapa."

Alisha bersuara perlahan. Bibir melebar nipis melihat keterujaan Zayn membuka kotak. Persis budak kecil dapat hadiah.

"It's beautiful. I love it. This is the best gift ever. Thank you, young lady." Zayn senyum lebar hingga kelihatan gigi yang cantik tersusun.

Alisha terkesima mendengar pujian Zayn. Tali leher yang nilai tak sampai ratusan ringgit tapi dipuji sebegitu rupa. Pemberiannya rasa dihargai.

"I also have something for you."

Zayn mencapai sejambak bunga mawar putih disebalik meja. Bunga ini membawa maksud isi hatinya terhadap Alisha.

White rose, everlasting love.

Giliran Alisha pula tak berkedip memandang pemberian Zayn. Dia memandang bunga dan wajah Zayn silih berganti. Tangan mencapai huluran Zayn.

"Untuk apa awak bagi pada saya?" Soal Alisha hairan.

Kalau dia bagi hadiah atas dasar penghargaan. Zayn pula atas dasar apa?

Zayn berdeham. Hilang gugup yang ada. Ada perkara yang mahu diluah pada Alisha.

Untuk mendapatkan wanita yang kamu mahukan. Kamu perlu jujur dengan perasaan kamu pada dia. Selebihnya terserah pada wanita itu. Mahu menerima atau menolak.

"Alisha Humaira, I want to speak heart to heart with you."

Badan Alisha terus tegak. Jantung mula berdegup laju. Suara Zayn cukup serius. Wajah jejaka itu pun sama. Hati mula berdebar. Menanti ayat Zayn yang seterusnya.

Zayn menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia merenung anak mata redup milik Alisha. Pandangan yang sangat dalam seakan Alisha dapat membaca isi hatinya.

"Alisha Humaira. Honestly, I have fallen deeply in love with you to the point where I don't know how to escape from the valley of your love."

Alisha terjeda. Adakah ini mimpi. Jantung laju mengembang darah. Laju sahaja ia berdegup.

"Kenapa saya sedangkan ramai lagi wanita lain jauh lebih layak daripada saya."

Alisha mempersoalkan. Bagi dia, Zayn layak untuk dapat wanita yang jauh lebih cantik darinya.

Mata kehijauan milik Zayn direnung dalam mencari keikhlasan dengan setiap bait bicara yang jejaka itu katakan.

"Saya tak perlukan sebab untuk jatuh cinta dengan awak. My heart beats for you." Zayn membalas renungan Alisha sambil tersenyum.

Alisha seakan tak mampu bernafas dengan kata-kata Zayn. Rama-rama riang berterbangan di taman hati. Melodi jantung sangat rancak.

"Zayn... Saya minta maaf."

Zayn tersentak. Wajah cuba beriak biasa.

"No, it's okay. It's a good thing to get a rejection. Hati tak boleh dipaksa."

Alisha menggeleng kepala. Bukan itu yang dia maksudkan.

"Saya terima luahan awak cuma buat masa ni saya masih belum sedia untuk buka hati saya pada sesiapa." Kepala tertunduk lemah. Lengan baju dipintal.

Zayn tersenyum nipis.

"I'll wait for you until you're ready to open your heart to me even for a hundred years. I don't mind. Take as much time as you want."

Alisha menayang wajah polos. "Walaupun masa tu rambut awak dah beruban? Kulit awak dah berkedut?"

Zayn ketawa halus. Sempat lagi berjenaka waktu tengah serius.

"It's up to you. If you don't mind marrying an old man, I promise I'll make you my wife," ujar Zayn tanpa berselindung.

Mata Alisha terbuntang luas. Wife? Isteri?

"Saya serahkan pada Tuhan untuk tentukan kita berdua. Jika saya adalah wanita terbaik untuk awak dan awak lelaki terbaik untuk saya. Sampai masa Tuhan akan temukan kita juga," ujar Alisha tenang.

Bunga di tangan ditenung lama. Itu keputusan yang tepat buat masa sekarang. Alasan yang sama. Dia tak mahu sejarah berulang semula.

"It's good to say goodbye. But it's hard to let you go at the same time." Jujur Zayn.

Alisha senyum pahit. Perpisahan ini hanya sebentar. Dia mahu fokus pada masa depan. Soal hati tolak ke tepi dahulu. Cukuplah sekali dia dibutakan. Kali ini dia nekad untuk tidak mengulangi lagi.

"Farewell Dr. Zayn." Alisha ucap penuh seikhlas hati.

Zayn senyum pahit. Kepala menunduk lemah. Tak mampu menatap mata redup milik Alisha.

"Saya harap tuhan pertemukan kita di waktu yang sempurna." Zayn berbicara lemah. Dia yakin Alisha tak dengar sebab gadis itu sudah hilang disebalik pintu.

Waktu itu akan tiba... tanpa mereka tahu bila...

-JL-

Saidina Ali bin Abi Talib pernah berkata,

"Jika kamu mencintai seseorang, biarkan dia pergi. Jika dia datang kembali, berarti dia adalah milikmu."

Miss Flower [Re-edit]Where stories live. Discover now