"Anak umi okay dekat sana? Sihat?" Suara syurga milik Alisha, Puan Hanani.
Dialah ibu. Dialah bapa. Dialah segala-galanya untuk Alisha.
Alisha tersenyum pahit di sebalik telefon. Tak okay umi. Dia hanya berkata dalam hati. Tak mahu susahkan hati si ibu.
"Anak kesayangan umi sihat je. Umi melawat kubur ayah ke hari ni?" balas Alisha.
Setiap pagi jumaat, umi akan melawat kubur milik arwah ayah. Bacakan yasin. Bersihkan kubur. Dari kecil hingga dewasa, dia saksi betapa setianya umi terhadap ayah.
Alisha membesar tanpa bapa. Kadang buat Alisha tertanya bagaimana layanan istimewa yang anak perempuan selalu dapat dari seorang lelaki bergelar bapa.
"Pagi tadi umi pergi melawat sekejap. Umi ada banyak tempahan. Tak boleh lama-lama," terang Puan Hanani.
Alisha ketawa halus.
Umi buat homebaker dan penjual kuih muih. Tempahan tak pernah putus. Buktinya, sekarang dia sedang mendengar omelan umi tentang tempahan banyak.
"Umi jangan lupa rehat." Terbit rasa risau dalam diri Alisha.
Malang tak berbau. Kita tak boleh jangka sebarang kemungkinan akan berlaku. Tambahan pula, umi sebatang kara. Tiada siapa boleh tengokkan umi.
"Umi nak bagi anak umi makan. Kenalah cari duit." Jelas keluhan di corong telefon.
Setiap insan yang bergelar ibu, dia mahu yang terbaik untuk anak dia. Walaupun terpaksa gadai diri sendiri.
Alisha tersenyum nipis. Kalau dia keras kepala, umi pun sama. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
"Terima kasih umi. Maira okey kat sini. Duit umi masuk bulan lepas pun ada lagi. Umi tak perlu risau." Tipu Alisha.
Sejujurnya, duit yang ada cukup untuk sara dia seminggu saja. Tapi untuk melegakan hati si ibu, dia rela tipu sunat.
Bukan dirinya yang boros tapi faktor ekonomi yang meningkat drastik. Menjejas dia sebagai seorang pelajar. Dia perlu kerja sambilan untuk tampung selebihnya.
"Umi. Cuti nanti Maira balik kampung,"
"Baliklah. Lama dah umi tak jumpa anak umi ni. Bawa Lisa sekali."
"Dah agak dah. Umi memang tak akan lupa anak umi seorang lagi."
Kedengaran tawa Puan Hanani di corong telefon.
"Bukan selalu dapat jumpa. Maira, umi nak sambung buat tempahan nanti lambat siap."
"Okay umi. Assalamualaikum."
Alisha senyum saat salam dibalas. Panggilan ditamatkan. Terubat rindu.
Lantas, kaki melangkah keluar dari bilik. Ruang tamu dituju. Kepala di geleng perlahan.
Siapa lagi kalau bulan anak kesayangan umi yang seorang lagi. Lisa khusyuk menonton cerita oppa kesayangannya. Alisah duduk di ruang kosong tepi Lisa.
"Tak habis dengan Jung Hae-in kau ni," ujar Alisha, Lisa balas dengan sengihan gatal.
"Kau tahu kan angan-angan aku ape?"
Kening Alisha dijongket sebelah.
"Kahwin dengan mamat korea ni? Mimpi lah Lisa Rosalind oi."
Angan-angan yang paling mustahil untuk Alisha terima. Tak pernah padam mimpi nak kahwin dengan mamat kimchi.
Lisa menjeling Alisha. Hancur angan-angan dengan tawa kawan sendiri.
"Tak support member lah kau ni." Lisa mencebik. Tangan naik di silang ke dada. Gaya merajuk. Bibir muncung ke depan.
"Kalau berangan nak kahwin dengan anak raja. Aku boleh tolong doakan lagi. Ini dengan mamat kimchi," bebel Alisha.
Lisa naikkan kedua belah kening. Dia tersengih hingga nampak gigi yang tersusun cantik.
"Anak raja pun cun juga"
"Berangan lah mak cik oi, selagi boleh. Angan-angankan percuma." Mata Alisha juling ke atas. Kuat betul si Lisa berangan.
Lisa sengih tak bersalah. "Kan kan."
"Umi ajak balik kampung. Kau nak ikut tak?" Tanya Alisha. Walaupun dia sudah tahu jawapannya.
"Jangan ditanya soalan yang dah ada jawapan. Of course aku nak pergi," ujar Lisa teruja. Mata seakan bersinar-sinar.
Alisha ketawa halus. Jarang orang bandar suka suasana kampung. Tak suka nyamuk la. Panas la. Lebih-lebih lagi internet lembab.
Berbeza dengan Lisa. Minah ni campak dalam hutan pun dia boleh hidup. Lain spesies.
"Kalau kali ni kita pergi ramai sikit nak tak?" Cadang Lisa. Lagi ramai, lagi seronok.
Dahi Alisha berkerut. "Kau nak ajak siapa?"
"Adalah. Boleh ke tak?" Dalam pemikiran Lisa sudah tahu siapa yang mahu diajak. Alisha suka atau tak. Dia tak peduli.
"Ajaklah. Kalau ramai kita berkhemah depan rumah," seloroh Alisha.
Lisa ketawa.
"Aip aip captain." Lisa mendabik hormat.
Alisha layankan aje. Asalkan jangan porak-peranda sudah. Roboh rumah nanti.
"Jom balik Kelantan! Tak sabarnya!" Bergema suara Lisa bersorak.
YOU ARE READING
Miss Flower [Re-edit]
RomansaZayn Macallan x Alisha Humaira She fell for his eyes, his green eyes. He fell for her very existence. Mula : 2/11/2023 Tamat : 1/12/2023