Miss Flower | 25

12.2K 453 14
                                    

Tali leher dikemaskan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tali leher dikemaskan. Briefcase berjenama Hermes dicapai. Zayn keluar dari perut kereta. Kaki melangkah masuk ke bangunan yang gah milik Mac Empire. Di saat kaki menjejak pintu masuk, semua manusia yang berada di dalam akan menunduk kepala.

Enam bulan berlalu. Bayang-bayang gadis itu tak kelihatan. Lagi malang gadis itu tukar nombor telefon. Dia hormat keputusan gadis itu. Saat masa itu tiba, dia janji tak akan lepas genggamannya.

Zayn kembali pada hidup asalnya. Hidup tanpa bunga. Tak berwarna hanya ada hitam dan putih.

Zayn membolos masuk ke dalam lif. Cap jari dianalisis sebelum alat pengangkutan itu bergerak naik ke atas tanpa Zayn menekan butang. Lif dicipta khas untuk Mac's family.

"Papa!" Laung suara anak kecil saat pintu lif terbuka.
Bibir Zayn melebar. Anak kecil itu dibawa dalam dukungan.

"Good morning princess papa. Kenapa tak pergi school ni?" Hidung anak kecil itu dicuit. Kaki melangkah masuk ke dalam sebuah bilik yang besar.

Pandang Zayn beralih pada tubuh tegap yang bersandar pada dinding. Mata bertembung dengan anak mata berwarna hijau pekat milik abang sulungnya.

Anders Macallan.

Anders membesarkan Dahlia sendiri. Ibu kepada Dahlia meninggal saat melahirkan anak kecil ini. Sadis. Dahlia adalah jantung milik keluarga Mac.

"Jawablah papa Zayn tanya tu. Kenapa Dahlia tak nak pergi school?"

Bibir anak kecil muncung ke depan. "Dahlia doesn't want school. Dahlia want to play." Leher Zayn dipeluk erat. Wajah disorok di sebalik leher Zayn.

Anders sudah angkat tangan. Maksudnya giliran Zayn pula memujuk anak buahnya. Tubuh kecil itu diturunkan. Zayn duduk sama paras dengan Dahlia.

"How old are you Dahlia Adeline?"

Dahlia keluarkan jari. Mulut kecil itu mula mengira.

"One... two... three.. four... five.. FIVE!"

Zayn ketawa halus. Pipi Dahlia dicubit lembut.

"Pandainya princess papa ni. Kalau Dahlia pergi school. Dahlia boleh main dengan kawan," ujar Zayn. Harap pujukan dia berjaya.

Kepala Dahlia menyenget. "Kawan? What is that papa?"

Zayn lupa Dahlia membesar di Jerman. Bahasa Melayu tak sepenuhnya anak kecil ini kuasai lagi.

"Freud (kawan)"

"Like Sophia and Felix?"

Zayn mengangguk saat nama kawan bermain Dahlia disebut.

"But I want them, papa. Dahlia wants Sophia and Felix. Dahlia vermisse sie (Dahlia rindu mereka)." Dahlia mencebik.

Zayn mengeluh perlahan. Anders dipandang sekilas. Abang sendiri pun tak tahu bagaimana mahu memujuk puteri kesayangannya. Itu sebab Anders diamkan saja.

"Sophia and Felix miss you too, Dahlia. But Dahlia can't separate them with their family. They will miss their family like Dahlia miss papa."

Tangan naik menyeka air mata di pipi gebu Dahlia.

"Ada masa kita pergi Jerman jumpa Sophia dan Felix tapi dengan syarat Dahlia kena pergi school." Kering terus air mata Dahlia.

"Really!?"

"Yes. But promise papa Dahlia to go to school."
"Dahlia promise!" Tubuh Zayn dipeluk erat. Suka bila permintaan ditunaikan.

Tangan Zayn naik mengusap rambut Dahlia. Ketawa terletus di saat Andres mengangkat ibu jari.

"You don't know. I have no idea how to cool down her when she throws a tantrum this morning," Luah Andres. Tubuh Dahlia didukung.

Zayn ketawa mendengar luahan seorang duda anak satu.

"You need to learn more, Ad. Or you need to find someone to accompany you. Seorang yang mampu pujuk Dahlia pergi sekolah pun jadi lah." Zayn bersuara dalam nada bergurau.

Andres senyum pahit. "Bila aku sedia."

Bahu Andres ditepuk. "It's been 5 years, Ad. It's time to let her go. I mean your heart."

Anders diam tak membalas.

Zayn senyum tawar.

"Macam mana projek baru kita?" Zayn tukar topik perbualan.

"Papa tak approve sebab tiada untung bina hotel di Kelantan tapi kalau kau berkeras nak teruskan. Semua kerugian kau tanggung sendiri," balas Andres.

Zayn senyum sinis.

"Do it and I'll take all the consequences," ujar Zayn yakin.

Andres ketawa sinis. "Mad man. Sebab seorang perempuan kau sanggup tanggung berjuta-juta kerugian. Are you kidding me Zayn Macallan?"

Zayn menggeleng. "I'm mad in love."

Andres menggeleng kepala dengan perangai adiknya. Ini baru boleh didefinisikan cinta itu buta. Lautan api sanggup redah tapi tukar pada kalau muflis sanggup jatuh miskin.

"Suka hati kaulah Zayn. Apa kau peduli. Syarikat kau pun sama taraf dengan syarikat papa. Setakat rugi nilai berjuta kenyit mata je kau boleh backup."

Bahu Zayn diangkat. "Kau pun pakai minyak wangi dari syarikat aku. So I can't deny how big my company it's."

Andrers ketawa. "Berlagak."

Zayn balas dengan ketawa.

Miss Flower [Re-edit]Where stories live. Discover now