Miss Flower | 22

10.5K 448 8
                                    

Alisha perhatikan setiap pokok bunga hasil dari titik peluh sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alisha perhatikan setiap pokok bunga hasil dari titik peluh sendiri. Cara dia mahu buang rasa sedih atau marah. Dia akan menanam pokok bunga. Ini adalah terapi untuk dia keluar dari lembah kesedihan.

Kepala dongak ke langit. Bulan purnama cantik terbentuk. Bintang-bintang cantik berkilauan. Angin lembut menyentuh pipi. Sejuk terasa.

Mata terpejam rapat. Hati ini berjaya melepaskan tapi terasa kosong. Kadang dia tertanya, adakah dia sedang berbahagia? Ada ketika dia mahu salahkan takdir kerana berlaku kejam terhadap dirinya tetapi dia sedar.

Untuk apa dia pertahankan orang yang tak akan pertahankan dirinya. Untuk apa dia perjuangkan orang yang tak akan perjuangkan dirinya.
   
Dia belajar untuk ikhlaskan diri walaupun hakikatnya sangat menyakitkan. Sakit yang tak mampu terluah dengan kata. Sakit yang tiada penawar melainkan masa. Masa untuk dia melupakan.
   
Tubir mata mula basah. Mata masih terpejam. Dia mula terawang dengan perasaan sendiri.

"Ehem. Ehem"

Mata Alisha terbuka luas. Laju tangan menyapu hujung mata. Kepala terus berpaling ke arah suara itu.

"Encik..."

Zayn ambil tempat di sebelah Alisha. Jarak dicipta.

"Panggil saya Zayn, Alisha. Tak kan dekat rumah awak pun nak ber-encik lagi," ujar Zayn.

Alisha menayang wajah polos. "Tapi encik kan pensyarah. Lagipun encik lagi tua daripada saya."

Zayn ketawa. Auch peris kena tumbuk dengan kata-kata Alisha. Tua pun tak apalah. Asalkan belum pangkat atuk-atuk.

"Pensyarah tu hanya diguna pakai dalam kampus. Sekarang kita kat luar kalau macam tu panggil saya abang. Abang Zayn. Sedap juga bunyi dia," seloroh Zayn.

Mata Alisha tak berkedip. Nah, tadi elok bagi alasan kenapa panggil encik. Sekarang, alasan apa lagi nak guna. Mana pernah dia panggil orang dengan gelaran abang di depan. A big no !

"Tak apalah. Kita saya-awak je lah." Alisha menolak permintaan Zayn.

Zayn balas dengan tawa. Dia bukan kecewa malah bertambah kuat tawanya hingga kelihatan gigi yang tersusun cantik.

Alisha terpampang. Tawa Zayn sangat merdu di telinganya. Saat angin meniup rambut Zayn hingga beralun. Terserlah wajah kacak jejaka itu.

Apa ni tenung anak teruna orang Alisha! Jaga mata!

Wajah di paling ke arah lain. Dia kutuk diri sendiri.
Suasana kembali hening. Masing-masing diam tak berbicara.

"Are you okay?"

Soalan itu sudah lama disimpan. Setiap kali bertemu dengan Alisha setiap kali itu dia mahu menanyakan soalan itu namun seperti ada sesuatu yang menghalang.
Alisha terdiam.

"Beban kalau kita pikul sendiri memang berat tapi kalau kita kongsi dengan orang lain mesti ringan." Lembut saja nada Zayn.

Wajah Alisha di tatap lembut. Dia tahu wajah tenang itu ada tersimpan pelbagai cerita.

Miss Flower [Re-edit]Where stories live. Discover now