Setelah sekian lama destinasi yang dituju sudah tiba. Langit yang cerah beransur gelap. Siang berganti malam. Kampung Alisha berjaya dijumpai dengan bantuan aplikasi navigasi.
Zayn meregangkan otot-otot yang lenguh. Fuh, pertama kali dia memandu jarak jauh. Macam mana lah Alisha boleh pulang dengan bas. Naik kereta pun dah lenguh.
"Angah dan sampai ke?"
Ena yang tersedar dari tidur. Mata melilau sekeliling. Dalam gelap banyak lampu yang menerangi rumah banglo bersaiz sederhana.
"Ya. Kejutkan Lisa." Jawab Zayn. Enjin kereta dimatikan.
Zayn mengerling ke tepi. Alisha yang sedang lena
dipandang. Wahai cik Bunga sungguh lena ye kamu tidur.Sempat juga dia berperang mulut dengan kedegilan Alisha Humaira. Mata dah kuyu tapi degil mahu temani dia memandu. Akhirnya, tumpas juga. Tidur tak bangun-bangun.
"Alisha bangun. Kita dah sampai." Nada Zayn lembut saja.
Alisha terus tersedar. Mata digosok. Tudung yang serabai diabaikan. Dia terus keluar dari perut kereta.
Zayn ketawa kecil. Geli hati dengan gelagat Alisha. Tak pasti betul-betul tersedar atau masih mamai. Bangun terus keluar. Comel.
Pintu rumah terbuka luas. Terpampang wajah Puan Hanani tersenyum.
"Rindunya anak umi ni." Pipi Alisha dicium bertalu - talu sebelum dibawa dalam dakapan. Akhirnya terubat juga rindu pada anak. Satu-satu harta syurga yang Puan Hanani ada.
Alisha membalas pelukan. Mata terpejam saat bau harum ibu menusuk ke hidung. Bau yang menenangkan.
"Lisa pun ada. Makin cantik anak umi ni." Giliran Lisa pula dibawa dalam pelukan.
"Tapi tak secantik umi," balas Lisa.
Puan Hanani ketawa. Bahu Lisa ditampar lembut. "Manis betul mulut anak dara umi."
Lisa sengih.
"Ini siapa pula?"
Puan Hanani lihat Zayn dan Ena silih berganti. Tak pernah lihat dua hamba Allah ni. Seorang jejaka tampan. Seorang lagi gadis cantik. Lihat pada wajah. Seiras.
"Saya Zayn. Di sebelah saya ni Ena. Adik saya. Izinkan kami tumpang rumah makcik," balas Zayn. Dia memperkenalkan diri.
Ena menghulurkan tangan. Berjabat tangan.
"Zayn panggil umi je. Ena pun sama. Tah usah segan. Buat macam rumah sendiri. Duduklah sini lama-lama pun tak apa. Umi suka," ujar Puan Hanani
Zayn tersenyum senang. Perwatakan mak dan anak sangat berbeza. Puan Hanani sangat ramah. Alisha? Garang je memanjang.
"Sepupu Lisa, umi. Lisa yang ajak dia orang."
Lisa bersuara. Zayn dan Ena datang sebab dia yang ajak.
Puan Hanani mengangguk faham. Tetapi lihat wajah Zayn dan Ena seperti bukan orang melayu."Sepupu Lisa rupanya. Cantik mata kamu berdua." Puji Puan Hanani.
Alisha senyum dalam diam. Umi pun tak terlepas dari memuji mata mereka.
"Saya ikut mata papa. Ena pula ikut amat mama."
Tangan Zayn naik menggosok belakang leher. Segan pula warna mata jadi bahan pujian.
"Umi jom lah masuk dalam. Kita sambung borak kat dalam." Alisha bersuara sebelum puan Hanani buat sesi soal jawab di tangga
"Umi lupa nak jemput masuk rumah. Itulah seronok sangat berbual," ujar Puan Hanani dalam tawa.
-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-
Para gadis sudah hilang di sebalik pintu bilik. Tinggal Zayn saja di ruang tamu. Punggung selamat mendarat di atas sofa yang empuk. Mata terpejam rapat. Hilang segala rasa lenguh yang ada. Bila-bila masa saja dia boleh terlena.
"Zayn. Kenapa tak berehat dalam bilik lagi selesa?"
Mata kembali terbuka saat suara Puan Hanani menyentuh gegendang telinga. Kedudukan dibetulkan. Biar nampak sopan di depan bakal mak mertua. Eh? Tapi apa salahnya kan ?
"Rehat sini pun dah cukup selesa umi," balas Zayn.
Puan Hanani ketawa halus. "Pandai lah kamu nak ambil hati umi."
Mata Zayn merenung gambar-gambar yang tergantung di dinding. Bibir melebar. Dia melihat wajah Alisha sewaktu kecil. Comel. Pipi pau itu buat si kecil itu nampak lagi comel.
Puan Hanani perasan pandang Zayn yang sedang mengamati setiap satu gambar milik Alisha. Dia dapat menilai renungan itu.
"Ini semua gambar sewaktu Maira kecil. Kalau Zayn nak tengok lagi. Album dalam almari sana ada banyak gambar Maira," ujar Puan Hanani.
Tanpa rasa segan Zayn bangun dan berjalan ke almari yang disebut. Tangan mencapai salah satu album di situ. Dia kembali duduk semula.
Buku album dibelek satu per satu gambar. Dari Alisha bayi hingga zaman tadika. Comel sangat. Bibir tak penat melebar.
Puan Hanani tersenyum sendiri. Anak muda ini tak pandai menyorok perasaan. Dari pandangan seorang ibu, dia dapat rasakan Zayn ada simpan perasaan terhadap anak perempuannya.
"Ini ayah Maira. Ayah dia meninggal sewaktu dia umur 2 tahun. Kesian anak umi. Waktu kecil sudah diuji tak dapat kasih sayang seorang ayah." Puan Hanani tersenyum pahit.
Zayn merenung sekeping gambar seorang lelaki berbadan tegap berbaju seragam bomba. Wajah seiras Alisha.
"Alisha beruntung dapat ibu sekuat umi," ujar Zayn dalam senyuman.
Puan Hanani senyum nipis. Senang hati tuanya.
"Anak umi lagi kuat, Zayn. Banyak ujian dilalui. Sekarang alhamdulillah. Lega umi dapat tengok Maira senyum, ketawa. Gembira umi."
Zayn hairan dengan kata-kata Puan Hanani. Seakan ada cerita yang disampaikan sangat menyedihkan. Dia kembali merenung gambar arwah ayah Alisha. Mungkin ini sebabnya.
"Jadi drama air mata pula. Zayn mari makan. Umi ada masak tapi umi masak masakan melayu je. Tak tahu kena ke tak dengan selera Zayn," ujar Puan Hanani.
"Saya tekak melayu umi. Saya makan semua tolak kayu dengan batu." Seloroh Zayn.
Puan Hanani bangun sebelum menghilangkan diri ke dapur. Zayn kembali membelek gambar - gambar milik Alisha.
Dia terdiam sejenak melihat sekeping gambar. Alisha bersama seorang perempuan yang dia sangat kenal, perpakaian sekolah. Bezanya Alisha agak tembam di dalam gambar tapi perempuan itu tiada perubahan.
Matanya tak tipu apa yang dilihat. Dia sangat kenal perempuan itu. Julia, adik kepada Alicia. Julia bekerja sebagai model di bawah Velvet.Ae, syarikat kenalannya.
Zayn bersandar pada kerusi. Buku album ditutup. Tadi hatinya berkobar-kobar mahu melihat lagi gambar-gambar comel milik Alisha namun saat mata menatap raut wajah adik kepada bekas kekasihnya membuatkan semangatnya hilang.
Bukan dia tak move on dari bekas kekasih, cuma dia terasa kelakar. Kecil betul dunia. Dalam ramai- ramai manusia, Alisha berkawan dengan Julia.
Julia Warda, the most problematic person in modelling industry.
Zayn ketawa halus.
YOU ARE READING
Miss Flower [Re-edit]
RomanceZayn Macallan x Alisha Humaira She fell for his eyes, his green eyes. He fell for her very existence. Mula : 2/11/2023 Tamat : 1/12/2023