Tengku Matthew memandang tajam ke arah Tengku Marialand ketika ini.
"Mommy cakap selesai Matthew ambil PhD dan kerja mommy akan melamar Marry untuk Matthew."Kata Tengku Matthew dengan nada kesal.Dia sudah kerja dan Tengku Marialand masih tidak melamar Tengku Marry lagi.
"Jamgan fikir mommy tak tahu apa yang Matthew buat selama ini."Balas Tengku Marialand dengan nada dingin.Dia tahu semua apa yang Tengku Matthew buat selama ini.Dia hanya diam sahaja selama ini.
"Matthew buat apa?Matthew tak pernah buat apa-apa selama ini?Kenapa susah sangat mommy nak percaya dengan Matthew?"Tanya Tengku Matthew dengan bertubi-tubi.
Tengku Marialand mengeluh kuat apabila dia mendengar soalan-soalan Tengku Matthew.Dia memandang tajam ke arah Tengku Matthew.Dia tahu apa yang Tengku Matthew buat selama ini.Ingin sahaja dia hantar Tengku Matthew ke balai polis.Tapi,Dia sayang dengan Tengku Matthew.Tiada ibu yang sanggup melihat anak masuk ke penjara.
"Jangan buat-buat tidak tahu."Kata Tengku Marialand dengan nada tinggi.Dia penat melihat Tengku Matthew berlakon.
Tengku Matthew diam apabila Tengku Marialand tinggikan suara kepadanya.Dia menunduk kepala.
"Mommy tidak akan melamar Marry.Selagi Matthew tak sembuh selagi itu Mommy tidak akan melamar Marry."Kata Tengku Marialand dengan tegas.Dia tetap dengan pendiriannya.
Selepas berkata begitu,Tengku Marialand bangun dari sofa dan dia berjalan pergi ke luar mansion.
Tengku Matthew menggengam tangannya dengan erat.
"Bunuh mommy kau.Selagi mommy kau ada selagi itu la kau dengan Marry tidak akan bersatu."Kata suara yang berada di fikiran Tengku Matthew.
"Diam."Kata Tengku Matthew sambil dia pegang kepalanya.
Selepas Tengku Matthew berkata begitu terus suara yang berada di fikiran Tengku Matthew hilang.
BALAI POLIS IPOH,PERAK
Cif Inspektor Tengku Harry semakin kesal dengan DIA.
"Kau fikir aku tak tahu ke apa yang kau buat selama ini."Kata Cif Inspektor Tengku Harry sendirian.Dia tahu apa yang DIA buat selama ini.
Cif Inspektor Tengku Harry mengeluh kuat.Dia perlu hentikan DIA Sebelum terlambat.
Cif Inspektor Tengku Harry bangun dari kerusi dan dia berjalan keluar dari bilik.
Cif Inspektor Tengku Harry berjalan keluar dari balai.
Inspektor Edward hanya diam apabila dia melihat Cif Inspektor Tengku Harry pergi.Dia ingin mengajak Cif Inspektor Tengku Harry berjumpa.Tapi,Dia batalkan niatnya apabila dia melihat Cif Inspektor Tengku Harry yang keluar dari balai.
Inspektor Edward pelik apabila melihat Cif Inspektor Tengku Harry yang tergesa-gesa keluar dari balai.Dia merasa ada sesuatu yang Cif Inspektor Tengku Harry sedang sembunyikan.
Inspektor Adrian masuk ke balai dan dia terserempak dengan Cif Inspektor Tengku Harry.
"Harry...."Belum habis Inspektor Adrian bicara.Cif Inspektor Tengku Harry sudah pergi.
Inspektor Adrian berfikir sejenak.Dia tahu ke mana Cif Inspektor Tengku Harry ingin pergi.Dia berjalan masuk ke dalam balai.
Cif Inspektor Tengku Harry masuk ke dalam kereta dan dia mula memandu menuju ke tempat yang dituju.
Tengku Marry senyum sendiri apabila dia membaca novel Ammar Zahrain.
Tengku Marry membaca novel sambil makan buah-buahan.
"Lelaki fictional lagi baik daripada lelaki realiti."Kata Tengku Marry sambil baca novel.Dia malas nak bercinta lagi.Dia selalu ditipu.Kekasihnya juga selalu hilang bagai ditelan bumi.
Tengku Marry mengambil telefon dan dia menganbil gambar novel yang dia baca.Dia upload ke status whatsapp dan ke media sosial yang lain.Dia menukis caption 'I love fictional characters'.
Selepas itu,Tengku Marry kembali menyambunh baca novel.
Tengku Harry berjalan masuk ke dalam mansion Tengku Matthew.
Tengku Harry terus berjalan ke arah Tengku Matthew yang sedang berenang di swimming pool.
"Matthew."Panggil Tengku Harry dengan nada kuat.
Tengku Matthew berhenti berenang dan dia keluar dari swimming pool.Dia berjalan ke arah Tengku Harry.
"Ada apa kau datang sini?"Tanya Tengku Matthew dengan nada dingin.Badan dia basah kerana berenang.Dia mengambil tuala kecil di tepi kerusi dan dia lap ke mukanya yang basah.
"Bila kau nak berhenti Matthew?"Tanya Tengku Harry pula.Dia abaikan soalan Tengku Matthew.
Tengku Matthew mengelap muka dan tuala kecil dia hempakan ke kerusi.
"Berhenti apa?Aku buat apa?"Tanya Tengku Matthew dengan rasa hairan.Dia memandang dingin ke arah Tengku Harry yang berada di hadapannya.
"Jangan pura-pura tak tahu la."Balas Tengku Harry dengan nada kesal.Dia kesal dengan Tengku Harry yang tidak mengaku kesalahan sendiri.
Tengku Matthew senyum sinis apabila dia mendengar balasan Tengku Harry.
"Kau dah tahu apa yang aku buat selama ini."Kata Tengku Matthew dengan senyum sinis.Dia dapat lihat wajah Tengku Harry tekejut apabila mendengar dia berkata begini.
Tengku Harry terkejut apabila mendengar kata-kata Tengku Matthew.
"Aku buat semua tu bersebab."Kata Tengku Matthew lagi.Dia melihat Tengku Harry sambil berpeluk tubuh.
"Bersebab?Sebab apa?Sebab Marry?"Tanya Tengku Harry dengan nada dingin.Dia memandang dingin ke arah Tengku Matthew.
"Aku tak suka ada orang kacau atau hina hak aku."Jawab Tengku Matthew dengan nada dingin.Dia langsung tidak menyesal dengan apa yang dia buat.
Tengku Harry yang mendengar jawapan Tengku Matthew hanya mengeleng kepala.
"Kau gila.Kau psycho."Kata Tengku Harry dengan nada sangat dingin.Dia dapat lihat yang Tengku Matthew langsung tidak ada perasaan menyesal.
"Yes,Aku psycho.Aku ada sakit DID.Aku tahu yang kau tahu semua tentang aku sebab itu kau hantar jantan tak guna tu ke Spain.Kau suruh dia perhatikan gerak geri aku.Tak silap aku nama jantan tak guna tu Adrian atau lebih tepat Inspektor Adrian ke Professor Adrian.Aku confused."Balas Tengku Matthew dengan nada sinis.Dia memberikan senyum sinis kepada Tengku Harry yang berada di hadapannya.
Tengku Harry terkejut apabila mendengar balasan Tengku Matthew.Dia tidak sangka yang Tengku Matthew tahu semua tentang Inspektor Adrian.
"Aku tidak akan berhenti."Kata Tengku Matthew dengan nada dingin.Dia tidak akan berhenti apa yang dia buat.Dia buat semua ini hanya untuk Tengku Marry.
"Aku tahu semua tentang kau dan Adrian."Kata Tengku Matthew lagi dan dia mengambil tuala lalu dia pergi dari situ.Dia meninggalkan Tengku Harry sendirian di situ.
Tengku Matthew berjalan masuk ke dalam mansion.Malas dia ingin kembali berenang.Mood dia Rosak kerana Tengku Harry.
Tengku Harry berjalan keluar dari mansion Tengku Matthew.Dia gagal untuk hentikan Tengku Matthew.Dia perlu guna cara lain untuk hentikan Tengku Matthew.
Tengku Harry masuk ke dalam kereta dan dia mula memandu balik ke balai.Dia perlu cari cara untuk hentikan Tengku Matthew.
YOU ARE READING
Marry Is Him Obession
Mystery / ThrillerTengku Marry Scarlet dalah sahabat kepada Tengku Matthew Wolf dan dia juga sangat manja dengan Tengku Matthew Wolf.Dia adalah salah satu keluarga diraja.Dia mempunyai ramai peminat.Dia selalu dijaga oleh Tengku Matthew Wolf.Dia pernah bercinta denga...