HARI ini merupakan hari paling bahagia buat Storm Family kerana mereka bakal menerima ahli keluarga yang baru atau lebih tepat lagi... bakal menantu iaitu Zandrea Annisa yang merupakan calon isteri kepada salah seorang penerus keluarga mafia tersebut, Aries Xariel Storm.
Di dalam sebuah bilik yang besar, anak-anak lelaki keluarga Storm sedang membantu Aries bersiap. Javier sedang merapikan samping manakala Damien pula memastikan pakaian sepupunya itu dalam keadaan kemas.
Aries tilik diri dalam cermin setelah siap, nampak hensem juga aku ni. Katanya riak dalam hati.
"You look good." Puji Javier.
"I know." Lambat sangat kau nak puji aku, ceh!
Tchh... Javier berdecit.
Ace yang dari tadi sandarkan punggung pada meja cermin lantas capai songkok lalu diberi pada Aries.
"Thanks, Ace." Ucap Aries pada Ace.
Kepala Ace jatuh sekali. Kemudian dia tilik pemakaian Aries atas bawah sebelum angkat ibu jari padanya tanda 'kau hensem'.
"Kau ni Ace, cubalah cakap. Asyik bisu aje." Troy yang dari tadi diam memerhati mencelah, bukan tak nak tolong tapi takut nanti butang baju melayu Aries ke zip seluar, samping pula jadi serban kat atas kepala.
"Entahnya... cousin kita nak kahwin ni, cuba kau senyum and berucap sikit. Barulah nampak kau bukan robot." Arlo turut menyuarakan pendapat, dari tadi tahan bila tengok muka Ace yang macam hilang wayar emosi.
"Please, Ace... Tolonglah untuk satu hari ni kau senyum. Dari kita kecik sampai dah Troy dah jadi babi hutan, nak tengok bibir kau tu jadi senyum pun macam nak tunggu jodoh aku turun dari langit kau tahu? Balik-balik muka sinis dengan muka beku, itu ajelah modal emosi kau ada." Bebel Tyler sambil ambil peluang kutuk Troy macam sepupu seorang itu tak wujud dalam bilik.
"Kurang ajar anak papi anjing ni." Jeling Troy, aku diam tak usik orang, kau usik aku ya...
"Apa? Betullah yang Ace ni modal beku pakej sinis aje, senyum pun tak ada."
"Tak, kalau nak mengata jaguh langit ni okay tapi apahal kau petik nama aku sekali? You tell me, is my name a fruit you want to petik-petik? You want to die eh?" Troy cekak pinggang pandang Tyler.
"Dah nama kau aje yang boleh dipetik sebab nak petik anak singa Narnia ni tak boleh, nama gelaran dia aje dah berat, anak singa. Kau ringan sikit gelaran dia, babi hutan." Balas Tyler siap tunding lagi Arlo yang elok saja makan biskut Chips More dia bawa lari dari bilik abi dia tadi.
"Apahal aku pun kena sekali?" Arlo yang tak ada kena mengena pun kena.
"Kau geng, jadi semua kena."
"Mana boleh!"
"Boleh!"
"Tak boleh!"
"Mula dah..." Damien bersuara sambil geleng kepala bersama Javier.
Aries dan Ace saling berpandangan, kepala diangguk.
"Kau ni memang nak ke- aduh!" Tak jadi Troy nak bantai Tyler bila telinga dia kena pulas dengan Ace.
"Ah... lepas! Lepas! Capang telinga aku nanti!" Telinga Tyler pun Ace tarik dengan tangan lagi satu.
"Hahahahaha kena tarik telinga! Welk! Welk!" Arlo mengejek siap goyang punggung sebelum Aries sendiri bertindak tendang punggung sepupunya itu sampai tersungkur ke lantai macam nangka busuk.
"Aduh!" Nasib saja ada kusyen atas lantai kalau tidak memang patah gigi Arlo sebab muka dia yang cium lantai dulu.
"Hahahahaha rasain lo! Berlagak lagi adu... du..." Troy dan Tyler masih sedang menahan sakit di telinga yang belum dilepaskan oleh Ace.
YOU ARE READING
THEO COLLINS: THE JOKER [COMPLETED]
RomanceStorm Series: 3 Theo Collins, lelaki kacukan Korea-Italy. Seorang yang kacak, comel, manja dan masuk air tetapi bila muncul kedinginannya, orang di sekeliling akan berasa gerun. Namun, siapa sangka si piglet akan jatuh cinta pada seorang gadis. "Kau...